Air Terjun Sungai Gabai adalah salah satu air terjun yang paling dekat dengan Kuala Lumpur dan ia mudah diakses dengan kereta. Ini menjadikannya sangat popular dan boleh menjadi sangat padat pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah.
Semasa ketibaan, anda melalui pintu masuk pintu masuk dan membayar bayaran masuk sebanyak RM1 setiap orang. Lata pertama adalah tepat di luar tempat letak kereta dan ada kemungkinan untuk berenang di kolam semula jadi.
Laluan jenis konkrit akan bermula di sini. Laluan ini dibuat dengan baik dengan tepi yang tidak licin dan rel tangan. Secara keseluruhan terdapat 333 langkah jika anda ingin terus maju. Sepanjang perjalanan anda melewati sejumlah tempat perlindungan dan gazebo untuk berkelah atau berehat.
Bagaimana untuk ke Air Terjun Sungai Gabai ?
Sebilangan besar orang akan memandu melalui Hulu Langat (Selangor), sama ada mengambil B62 dari Ampang atau B52 dari Cheras dengan menggunakan highway. Sekiranya tidak terlalu jauh, ada juga yang lebih suka B19 dari Semenyih yang membawa anda melepasi Sg. Taman Rekreasi Telaka dan Takungan Semenyih yang indah pemandangannya juga. Apa sahaja jalan yang anda ambil, menuju ke Kampung Gabai di B19 di mana anda akan melihat papan tanda untuk air terjun ini.
Buka setiap hari dari 8 pagi – 7 malam.
Kemasukan bayaran hanya RM 1 seorang.
Aktiviti menarik apabila anda sampai di sana.
- Mandi air terjun
Bagi mereka yang nak photoshoot seeloknya datang waktu tengahari kerana kat sini kawasannya sangat redup dan nyaman. Banyak pokok-pokok yang tinggi dan rendang. Kalau nak mandi waktu tengahari memang bestlah, sebab tak panas sangat. Air terjun pun rasa sejuk sangat.
Kalau datang bersama kawan-kawan bolehlah rancang untuk membuat bbq, bakar ayam dan berkelah, memang terbaik !! Pekan terdekat pun tidak jauh sangat, dalam lingkungan 5 km. Kalau bercadang untuk datang berkelah di Sungai Gabai, seeloknya membawa makanan sendiri sebab di sini tiada gerai-gerai yang menarik yang menjual makanan seperti keropok atau pun bebola bebola daging.
- Berkhemah di alam semula jadi
Tempat di tepi air terjun ini juga sesuai untuk aktiviti berkhemah disebabkan ada tempat yang rata dan luas yang senang untuk memasangkan khemah di sini. Tetapi khemah ini untuk menyenangkan anak anda berehat dan menyalin baju sahaja. Tidak digalakkan untuk bermalam dan berkhemah di sini disebabkan faktor keselamatan. Alang-alang hendak rasa berkhemah waktu singkat bolehlah pilih dekat air terjun ini.
- Hutan lipur trekking
Kawasan air terjun ini ada beberapa tingkat ketinggiannya. Kalau anda hendak pergi ke tingkat yang lebih tinggi, ada tangga yang disediakan untuk anda panjat untuk sampai ke atas di mana jumlah anak tangga yang terdapat disini ada lebih kurang 300 lebih anak tangga. Bila panjat anak tangga ini macamlah tengah membuat aktiviti hiking. Bolehlah mengambil kesempatan di sini untuk membuat exercise yang sikit bila datang sini untuk aktiviti berpeluh. Sebab sambil memanjat anak tangga ini, bolehlah kita tinjau panorama hutan serba hijau ini.
Bagi mereka yang sejak kebelakagan ini selalu rasa tension sangat, bolehlah cari masa untuk berkunjung ke tempat-tempat alam semulajadi ini untuk mendapatkan ketenangan minda. Cukup sekadar merancang perkelahan dekat tempat tenang macam ini pun dah cukup untuk memberikan rasa kembali anda dari kehidupan bandaraya yang sibuk dan stress itu.
SUMBER :
https://www.malaysia-traveller.com/sungai-gabai-waterfall.html