Now Reading
Jom Terokai New York Hotel JB: Budget Yang Menarik!

Jom Terokai New York Hotel JB: Budget Yang Menarik!

New York Hotel JB

New York Hotel JB (Johor Bahru) ini terletak tidak jauh dari Johor Bahru-Singapore Causeway yang hanyalah 10 minit perjalanan dari hotel. Di sekitar hotel ini juga terdapat banyak kedai makan dan pusat membeli-belah. Tak perlu risau tentang lokasi!

Menawarkan 413 buah bilik yang dihias moden termasuklah tandas yang lengkap dengan tab mandian. Tak cukup dengan ini, kemudahan lain yang disediakan hotel adalah bilik sauna, gym, kolam renang yang dilengkapi jakuzi air panas dan spa. Anda sekeluarga dapat menikmati percutian sebenar dengan menginap di hotel ini.

Jenis-jenis bilik yang menjadi pilihan di sini seperti berikut :

New York Hotel JB

Bilik jenis deluxe dengan satu king bed atau queen bed atau boleh pilih bilik dengan twin super single bed juga. Bilik siap dengan ruang living yang kecil dengan kerusi sofa yang serba cantik.

Keistimewaan Hotel New York Johor Bahru :

New York Hotel JB

Staff Hotel – memang mesra dan bersopan serta berbudi bahasa staf hotel sini, senang untuk call dan memenuhi semua khidmat pelanggan. Ruang lobby yang besar juga. Ruang – luas dan besar, setiap sudut diperhatikan memang mempunyai ruang yang tersangat besar.

New York Hotel JB

Ruang bilik Hotel yang murah dan luas memang padan dengan harga yang berpatutan ini. Jenis superior datang dengan katil twin bed cukup untuk anda yang membawa keluarga bersama anak-anak kecil bermalam di sini.

Perabot dalam bilik yang ala moden dan lama menjadi konsep cantuman perabot lama dan baru, tapi masih nampak elok dan cantik mata memandang dengan wallpaper bilik yang istimewa. Siap dengan ruang mini fridge dan bahagian minuman sekali di dalam bilik. Katilnya semua rasa empuk dan berbau bersih macam tinggal di hotel 5 bintang punya standard ini.

Perkhidmatan dalam bilik seperti WiFi percuma yang menggunakan pasword nama kita sendiri dan nombor bilik kita menginap, memang canggih sekali. Pintu bilik pun serba magnetik yang menggunakan sistem moden, mudah masuk dan keselamatan terkawal apabila anda menginap di sini. Penghawa dingin dalam bilik pun canggih dengan controller dan terasa amat tersangat sejuk dalam jangkamasa yang singkat.

Bilik air juga yang serba moden, luas dan ada shower siap dengan set mandian yang disediakan dari pihak hotel. Manakala, seterika baju ada disediakan juga disetiap floor yang terletak di luar bilik.

Pemandangan tingkap dari bilik menunjukkan view dari jalan besar di depan hotel dan bilik dapat  pencahayaan yang sangat baik apa bila langsirnya di buka luas. Nanti bolehlah rancang mencari makanan di gerai di bawah ini. Sebab hotel ini juga ada menyediakan sarapan pagi di hotel ini dengan  percuma apa bila anda menginap di sini dan semua hidangannya sedap seperti hotel 5 bintang gitu.

Untuk aktiviti lain, hotel ini juga ada kolam renang dan jacuzzi siap dengan hot jacuzzi sekali. Memang best menginap di hotel ini. Sambil anak-anak berenang di kolam mandi, bolehlah anda yang dewasa cuba bertandang di dalam jacuzzi panas untuk menghilangkan rasa keletihan dan rileks saja.

Seperti hotel 5 bintang yang lain, sini pun disediakan bilik sauna dan gym untuk pelanggan di sini. Memang berbaloilah kalau menginap di sini dan dapat menggunakan semua perkhidmatan di sini semasa anda bercuti di hotel ini.

Diharap perkongisan hotel ini dapat memudahkan anda untuk mencari hotel yang murah sebagai penginapan di Johor Bahru, dan pastinya tidak akan mengecewakan anda dari segi lokasinya, di mana-mana sahaja anda berada, ada sahaja destinasi menarik untuk dilawati.

Sumber:

https://www.maisinggah.com/hotel-menarik-di-johor-bahru/

https://www.juliajohari.com/2016/09/new-york-hotel-johor-bahru-persis-hotel.html

http://www.sizzlingsuzai.com/2016/10/new-york-hotel-jb-review.html

error: Content is protected !!