Now Reading
Perkhidmatan Kurier Terbaik Di Malaysia

Perkhidmatan Kurier Terbaik Di Malaysia

j&t

Anda tahu kurier yang terbaik? Penting ke kurier? Sejak bermulanya kehidupan norma baru, ramai antara kita sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk dalam menangani wabak penularan COVID-19.

Antara salah satu bukti, statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) menunjukkan pembelian barang atas talian meningkat kepada 45 peratus pada 2020 melalui e-dagang seperti Shopee, Lazada dan Grab. Ini mungkin kita semua bertanggungjawab amalkan #stayhome.

Dalam masa yang sama, kini sudah terdapat banyak syarikat penghantaran barang wujud untuk meluaskan perkhidmatan servis penghantaran barang dan ada juga menambah baik servis dan perkhidmatan penghantaran barang.

Jadi, sekarang kami nak kongsikan perkhidmatan servis penghantaran barang yang ada di Malaysia dan mungkin salah satu daripadanya anda tidak sangka sudah pun wujud beberapa tahun yang lalu.

8 Perkhidmatan Servis Kurier Yang Terbaik Di Malaysia

1. J&T Express

J&T Express merupakan syarikat yang setanding dengan City Link. Mereka kini menarik banyak perhatian dalam alternative kepada Poslaju. Kini masih berlumba untuk menjadi pilihan perkhidmatan penghantaran barang atau kurier untuk market e-commerce.

Jenis barangan yang diterima;

  • Semua jenis barang yang tak dilarang

2. Lalamove

Perkhidmatan Lalamove tidak seperti syarikat perkhidmatan servis penghantaran barang yang lain kerana Lalamove mempunyai pelbagai jenis kenderaan seperti motorsikal, kereta, van, lori 4×4 atu lori. Pemilihan kenderaan ini bertujuan mengikut kesesuaian saiz barang pelanggan untuk dihantar.

Caranya mudah saja, muat turun aplikasi Lalamove di Google Apps Store atau Play Store. Kemudian, pilih lokasi pick-up dan drop-off, pilih jenis kenderaan yang bersesuaian dengan saiz barang, bayar dan pesanan diproses. Pembayaran boleh dilakukan melalui atas talian juga. Mudah!

Bukan itu saja, penggunaan aplikasi Lalamove sangat mudah untuk pelanggan melakukan proses penghantaran dan menyemak status penghantaran melalui kod yang diberi untuk setiap pesanan.

Jenis barangan yang diterima;

  • Barangan dapur.
  • Barangan kecil.
  • Dokumen.
  • Perabot.
  • Barangan kain.
  • Barangan elektrik.
  • Makanan dan minuman.
  • Barangan pertukangan dan pembinaan.

3. Grab Malaysia

Dalam aplikasi Grab, ianya mempunyai pelbagai servis. Antaranya penghantaran barang, makanan dan lain-lain lagi tapi apa yang paling popular, Grab Car juga ada disediakan untuk servis seperti teksi bagi menghantar anda dari satu tempat ke satu tempat. 

Penghantaran barang pula diproses selama 4 jam dan harga dikira mengikut jarak. Malah, pihak Grab juga menyediakan harga promosi buat semua pelanggan mereka tetapi mengikut masa tertentu.

Menariknya lagi, anda boleh membeli-belah di aplikasi Grab kerana terdapat banyak butik terkenal bekerjasama dengan pihak Grab. Antaranya, Zalora, Hermo, Fashionvalet, Mac, Lancome, The Face Shop, Mr. DIY dan banyak lagi.

Jenis barangan yang diterima;

  • Dokumen.
  • Ubat-ubatan.
  • Barangan dapur.
  • Bungkusan (barang yang dibungkus dalam kotak atau beg)
  • Makanan yang dibungkus (tidak mudah rosak, tidak beku, tidak rapuh)

4. Bungkusit

Perkhidmatan servis penghantaran barang dari syarikat Bungkusit dikhaskan untuk mereka yang inginkan sesuatu barang dalam tempoh yang cepat. Misalnya, anda tertinggal dokumen di rumah dan memerlukan runner mengambilnya, servis Bungkusit adalah pilihan yang tepat.

Jangan risau, setiap servis penghantaran mengambil masa selama 1 jam dan Bungkusit hanya menyediakan servis membeli dan menghantar apa saja barang yang bersesuai dengan kenderaan motosikal. Dalam kata mudah, anda seperti memiliki runner bermotosikal peribadi.

Menariknya lagi, ketika Bungkusit dalam perjalanan menghantar barang anda dan pada masa yang sama anda terlupa satu lagi barang. Jangan risau, anda boleh hubungi runner semula untuk membuat penghantaran semula. 

Jenis barangan yang diterima;

  • Semua barang asalkan tidak melebihi 10 kilogram.

5. Mat Kilat Express

Syarikat Mat Kilat Express menyediakan perkhidmatan seperti perkhidmatan servis penghantaran barang yang lain juga.

Tapi apa yang membezakan mereka dengan syaraikat lain adalah mereka hanya fokus menyediakan perkhidmatan barang saja.

Kenderaan yang mereka sediakan adalah lori dan motor. Untungnya bagi mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur, proses penghantaran boleh diproses selama 24 jam saja.

Kiraan barang penghantaran pula mengikut kilogram (KG) pada sesuatu barang dan tiada terhad.

Jenis barangan yang diterima;

  • Semua jenis barang.

6. Zepto Express

Harga penghantaran bermula dari RM4.80 dan pelanggan juga boleh membuat penghantaran sehingga ke Sabah dan Sarawak dengan harga RM8.

Malah, anda juga boleh memilih berapa lama tempoh barang perlu dihantar. Misalnya, anda ingin barang dihantar dalam tempoh 1 jam jadi, anda boleh membuat pilihan ketika melakukan proses penghantaran. Anda juga boleh membuat pilihan jika ingin barang dihantar dalam tempoh 3 jam.

Menariknya lagi, anda boleh menderma sambil menggunakan perkhidmatan mereka kerana pihak Zepto Express memberi satu ruang kepada pelanggan untuk membantu golongan yang memerlukan. Antara barang yang boleh didermakan adalah dalam bentuk bahan masakan atau ubat-ubatan.

Jenis barang yang diterima;

  • Semua jenis barang yang tidak melebihi 15 kilogram.

7.  GoGet

Mungkin tak ramai sedar kehadiran servis perkhidmatan GoGet tapi kalau anda meneroka apa yang ada di website dan aplikasi mereka, pasti terkejut dengan servis mereka sediakan.

Terdapat 13 jenis servis selain daripada menghantar dan mengambil barangan pelanggan, antaranya mencari kerja sambilan, kerja pembersihan, pengambilan kerja untuk apa-apa urusan, memasukkan deposit cek dan sebagainya.

Selain itu, pelanggan juga boleh menggunakan perkhidmatan servis penghantaran makanan atau barangan keperluan dapur tidak kira basah atau kering hanya menyenaraikan barangan apa yang ingin dibeli secara spesifik kepada pihak GoGet.

Banyak lagi sebenarnya kalau nak senaraikan kelebihan servis perkhidmatan GoGet ini. Apa kata anda sendiri melihat apa yang mereka tawarkan untuk anda.

Jenis barangan yang diambil;

  • Semua jenis barang.

8. Karhoo Express

Inginkan barang dihantar pada hari yang sama? Karhoo Express ada untuk ada tapi dengan syarat, penghantaran mestilah di bandar yang sama atau sekitarnya. Perkhidmatan ini hanya disediakan di kawasan Lembah Klang.

Setiap penghantaran pada hari yang sama, boleh dihantar di antara 1 hingga 3 jam. Manakala, jika penghantaran barang di luar kawasan Lembah Klang, proses penghantaran mungkin dijangkakan selama 2 hingga 3 hari waktu bekerja.

Selain itu, pihak Karhoo Express juga menyediakan servis perkhidmatan penghantaran hadiah seperti menghantar jambangan bunga, bakul hadiah berisi buah dan lain-lain. 

Jenis barangan yang diterima;

  • Kesemua jenis barang kecuali barang terlarang.

Perdana Menteri mengingatkan kita untuk duduk di rumah sambil menonton filem. DG Hisham juga bersetuju dan menggesa semua rakyat Malaysia untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana usaha untuk merendahkan lengkung mula menampakkan kejayaan.

Tetapi hidup mesti diteruskan dan kami yakin ada di antara pembaca yang masih perlu menghantar barangan kepada sanak saudara atau rakan pada waktu ini. Keadaan ini menjadikan pergerakan agak terhad terutamanya untuk hampir semua aspek kehidupan seharian memandangkan kita perlu mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, usah terlampau risau mengenainya kerana anda masih boleh melakukan penghantaran barangan menerusi beberapa pengendali perkhidmatan penghantaran yang masih dibenarkan beroperasi.

Sumber:

1) https://productnation.co/my-bm/27998/servis-penghantaran-terbaik-malaysia/

2) https://amanz.my/2020232828/

3) https://samedaydelivery.motorex.com.my/20-senarai-perkhidmatan-penghantaran-barang-di-johor-bahru/

error: Content is protected !!