Now Reading
Kahak – Simptom,Jenis, Punca dan Rawatan

Kahak – Simptom,Jenis, Punca dan Rawatan

kahak

Kahak merupakan satu bahan yang likat, melekit dan terletak dibahagian tekak. Ia dihasilkan kerana campuran lendir mukus dan air liur.

Terdapat lapisan mukosa (Mucous membrane) yang menghasilkan mukus di bahagian tekak. Mukus ialah bahan yang melembabkan saluran pernafasan. Lapisan mukosa ini melapisi pada bahagian mulut, hidung, tekak dan paru-paru. Mukus ini mempunyai sifat melekit dan dapat memerangkap habuk dan virus di dalam udara.

Cecair mukus ini tidak terlalu likat dan tidak akan sedar akan kehadirannya apabila seserorang itu sihat tubuh badan. Mukus ini akan dihasilkan dengan lebih banyak dan ketika mengeluarkan bahan tersebut, itulah yang dipanggil sebagai kahak apabila seseorang itu tidak sihat. Apabila seseorang itu batuk atau selesema, kahak akan dihasilkan.

Simptom Kahak

  • Batuk
  • Letih
  • Selesema
  • Sakit Kepala
  • Sakit otot
  • Loya dan kurang selera makan
  • Hidung berair
  • Bersin berpanjangan
  • Sakit tekak, dan keradangan tonsil

Memahami Jenis-jenis Kahak

  • Warna darah: Penyakit tuberkulosis sering ditemui
  • Warna karat: Penyakit pneumonia sering ditemui kerana bakteria pnuemokokus.
  • Warna nanah: Mengandungi nanah, dengan warnanya memberi petua tentang sebab-sebab yang mungkin
  • Warna kuning kehijauan: Disebabkan oleh jangkitan bakteria
  • Warna putih, warna susu, atau warna legap : Disebabkan oleh jangkitan virus
  • Warna putih berbuih: Disebabkan oleh sumbatan ataupun edema

Punca Menyebabkan Kahak

Masalah Alergik

Apabila seseorang itu keluar lendiran, ia mungkin tindak balas alergik yang merangsangkan sel-sel tertentu ke dalam tubuh badan. Keluaran lendiran itu adalah untuk mengumpul segala bahan alergik ini dan mengeluarkannya dengan cara batuk. Oleh sebab itu, seseorang itu akan berasa tidak selesa ketika sekiranya lendiran ini menjadi terlalu pekat atau dalam kuantiti yang banyak ia akan susah dikeluarkan melalui batuk.

Jangkitan Kuman Bakteria

Ia menjadi lumrah badan kita untuk mencipta benteng pertahanan terhadap benda-benda asing seperti virus, bakteria yang dapat menjejaskan kesihatan. Benteng pertahanan sebagai sistem imunisai kita. Ia boleh membantu keluarkan bakteria dan virus ini dengan cara menghasilkan lendir untuk menyelubungi bakteria dan virus ini lalu mengeluarkannya dalam bentuk kahak semasa kita batuk. Oleh sebab itu, kita berasa kahak sukar untuk mengeluarkannya dengan cara membatuk jika kahak terlau tebal.

Post Nasal Drip

Pada waktu pagi selalunya kahak lekat di tekak. Ini berlaku kerana seseorang itu mengeluarkan lendir dari hidung, lendir itu tidak dapat dikeluarkan dari lubang hidung namun ia akan mengalir ke belakang dan berkumpul di tekak. Ini akan menybabkan masalah kahak tersekat.

Asma

Individu yang mengalami penyakit asma juga mempunyai saluran udara yang sensitif terhadap alergik, pencemaran alam sekitar dan jangkitan pernafasan. Kepekaan ini dapat menyebabkan saluran udara meradang, dan meningkatkan pengeluaran lendir dari hidung.

Individu yang Merokok

Para perokok akan mengalami masalah saluran pernafasan serta paru-paru yang kronik. Ini menyebabkan penghasilan lendir untuk membantu mengeluarkan hasil toksik rokok. Walau bagaimanapun perokok batuk berkali-kali atau batuk sekuat mana pun, lendir itu tetap melekat Ini akan menjadi perokok berasa tidak selesa. Oleh sebab itu, para perokok sellau mengalami masalah batuk kerana mereka mempunyai lendir yang melekat pada tekak.

Rawatan untuk kahak

  • Minum air suam dengan kerap dan dalam kuantiti yang banyak – Hal ini kerana kaedah ini dipercayai dapat mencairkan kepekatan lendir di tekak sekali gus membolehkannya dikeluarkan dengan mudah apabila batuk. Selain itu, elakkan minum air sejuk kerana minuman sejuk dapat membantu lendiran tersebut melekat dengan lebih kukuh dan menghasilkan gumpalan. Kita menasihati minum air suam dan mengelakkan mimuman sejuk.
  • Pengambilan ubat ‘anti histamine’ atau ‘steroid – Kedua-dua ubat sebagai penyelamat kepada masalah seperti ini kerana dapat mencairkan lendir dan mengeluarkannya dengan cara yang mudah dan mencegah masalah pada masa akan datang.
  • Melembapkan udara – Mengekalkan lendir yang nipis kita mesti memastikan persekitan dalam keadaan lembap. Selain itu, boleh juga gunakan pelembap kabut sejuk (mist humidifer) untuk melembapkan udara di sekeliling kita.
  • Gunakan minyak kayu putih (eucalyptus) – Menyapukan minyak pati kayu putih pada dada boleh mengeluarkan lendir. Minyak kayu putih berfungsi untuk melonggarkan lendir sehingga dapat membuangkan lendir dengan lebih mudah dengan caranya. Pada masa yang sama juga boleh melegakan batuk.

SUMBER

https://www.webmd.com/lung/what-is-a-sputum-culture

https://www.healthline.com/health/cold-flu/how-to-get-rid-of-phlegm#humidity

https://www.verywellhealth.com/what-is-sputum-2249192

https://www.healthgrades.com/right-care/ear-nose-and-throat/phlegm-symptoms

https://www.medicalnewstoday.com/articles/318359

error: Content is protected !!