Now Reading
Kaki Bengkak Semasa Mengandung – Punca, Cara Mengatasi dan Komplikasi

Kaki Bengkak Semasa Mengandung – Punca, Cara Mengatasi dan Komplikasi

Kaki Bengkak Semasa Mengandung - Punca, Cara Mengatasi dan Komplikasi

Kebanyakan wanita mengalami kaki bengkak semasa mengandung. Namun begitu, bengkak adalah perkara biasa pada fasa kehamilan kerana tubuh anda sedang menyimpan cecair tambahan untuk melindungi dan menyokong janin yang sedang tumbuh.

Pembengkakan pada kaki biasanya berlaku pada akhir kehamilan, ketika berat rahim dan janin memberi tekanan tambahan pada kaki. Tekanan ini dapat mengurangkan peredaran dan meningkatkan pengumpulan cecair yang menyebabkan pembengkakan.

Oleh itu, artikel ini akan membincangkan punca, simptom serta langkah-langkah yang boleh diambil oleh wanita untuk mengurangkan kaki bengkak semasa mengandung.

Punca

Anda mungkin akan mengenal pasti bahawa kaki anda mulai bengkak pada separuh pertama atau lebih kehamilan anda.

  • Trimester pertama

Pada fasa trimester pertama, kadar hormon progesterone yang meningkat dengan sangat cepat (ia dikenali sebagai “pro gestation” atau “pro kehamilan”) telah mengakibatkan proses pencernaan berjalan dengan lambat.

Hal sebegini boleh menyebabkan perut kembung dengan agak lama sebelum anda mengalami baby bump yang ketara. Selain itu, anda juga mungkin mengalami sedikit bengkak di tangan, kaki, atau wajah, tetapi tidak banyak.

Sekiranya anda melihat banyak pembengkakan pada fasa ini, terutamanya jika disertai dengan gejala lain seperti pening, sakit kepala, atau pendarahan, adalah lebih baik sekiranya anda terus menghubungi doktor.

  • Trimester kedua

Trimester kedua bermula pada minggu ke-13 kehamilan (kira-kira permulaan bulan keempat). Anda pasti akan melihat kaki anda mulai bengkak pada bulan kelima kehamilan, terutamanya jika anda banyak berjalan atau cuaca terlalu panas.

Pembengkakan ini disebabkan oleh peningkatan jumlah darah dan cecair di dalam badan anda. Jumlah darah anda meningkat sekitar 50 peratus sepanjang kehamilan, dan ia disertai dengan banyak pengekalan cecair hormon.

Walaupun pembengkakan ini akan mengakibatkan cincin dan kasut anda tidak lagi muat untuk disarung, tetapi cecair tambahan ini sebenarnya membantu melembutkan badan anda sekaligus menjadikan anda lebih bersedia untuk melahirkan si comel.

Jangan risau dan yakinlah bahawa cecair tambahan ini akan berkurang dengan cepat pada hari dan minggu selepas bayi anda dilahirkan.

  • Trimester ketiga

Trimester ketiga bermula dengan minggu ke-28 kehamilan. Fasa ini adalah paling biasa atau normal sekiranya anda mengalami bengkak kaki. Contohnya, terutama ketika anda menghampiri minggu ke-40, jari kaki anda akan lebih cenderung untuk menyerupai sosej kecil.

Hal ini adalah disebabkan tubuh anda sedang membina bekalan darah dan cecair, yang boleh menyebabkan pembengkakan. Rahim anda juga akan menjadi semakin berat apabila bayi mulai membesar, di mana keadaan seperti ini dapat melambatkan aliran darah dari kaki ke jantung.

Walaubagaimanapun, anda tidak perlu bimbang kerana ia tidak berbahaya – anda hanya akan berasa sedikit tidak selesa.

Antara faktor lain yang boleh menyumbang kepada kaki bengkak semasa mengandung adalah termasuk:

  • Cuaca panas
  • Ketidakseimbangan diet
  • Pengambilan kafein
  • Tidak minum air secukupnya
  • Berkerja atau melakukan sesuatu dengan berdiri atau berjalan untuk jangka masa yang panjang

Langkah-Langkah Untuk Mengurangkan Kaki bengkak

Walaupun kaki bengkak tidak sakit atau berbahaya, namun keadaan ini mungkin menyebabkan anda berasa tidak selesa. Oleh itu, berikut adalah senarai langkah-langkah yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan kaki bengkak semasa mengandung.

  • Kurangkan pengambilan garam

Salah satu cara untuk mengurangkan kaki bengkak semasa kehamilan adalah dengan mengurangkan pengambilan natrium (atau garam). Garam menjadikan badan anda menahan air tambahan.

Selain itu, anda dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada makan makanan dalam tin atau makanan yang telah diproses, kerana ia mengandungi kandungan garam yang sangat tinggi.

Cuba juga untuk tidak meletakkan garam tambahan dalam makanan anda. Menggunakan ramuan-ramuan herba seperti rosemary, thyme, dan oregano adalah cara mudah untuk menambahkan rasa pada masakan anda tanpa menggunakan garam.

  • Tingkatkan pengambilan kalium

Tidak mendapat kalium yang cukup juga dapat menambahkan lagi pembengkakan pada kai anda, kerana kalium membantu badan mengimbangi jumlah cairan yang ditahannya. Selain itu, vitamin pranatal haruslah mempunyai sedikit kalium tambahan untuk anda.

Di samping itu, anda juga hendaklah mengambil diet makanan yang mengandungi sumber kalium yang baik. Antara makanan yang mempunyai kandungan kalium yang tinggi secara semula jadi adalah seperti:

  • Ubi kentang termasuk kulit
  • Ubi kentang manis (juga dengan kulit)
  • Pisang
  • Bayam
  • Kacang
  • Beberapa jus buah seperti prun, delima, oren, lobak, dan buah markisa khususnya)
  • Yogurt
  • Ikan salmon
  • Lentil
  • Kurangkan pengambilan kafein

Walaupun pengambilan kafein sekali-sekala semasa mengandung tidak berbahaya, namun minum kafein dengan berlebihan adalah tidak bagus untuk bayi anda. Ia juga boleh membuatkan kaki anda bengkak dengan lebih teruk.

Kafein adalah diuretik yang menyebabkan anda buang air kecil lebih banyak, seterusnya membuatkan badan anda berfikir bahawa ia perlu menahan cairan.

Sekiranya anda tetap mahukan kafein, cubalah kopi susu tanpa kafein atau teh herba seperti pudina untuk membantu memberi anda sedikit tenaga.

  • Minum lebih banyak air

Sekiranya badan anda berfikir bahawa anda mengalami dehidrasi, badan akan menahan lebih banyak cecair untuk mengimbangi. Oleh itu, cubalah minum sekurang-kurangnya 10 gelas air setiap hari untuk memastikan buah pinggang anda membuang segala toksik dan badan anda akan terhidrasi.

Sekiranya berasa seperti menakutkan untuk meminum air sebanyak itu, cubalah dapatkan cawan comel yang ingin anda isi semula, atau sebotol air gergasi yang hanya perlu anda ulang mengisinya beberapa kali sehari sahaja. Anda juga dapat menambah perasa air anda dengan lemon, pudina, atau beri untuk menjadikannya lebih menggembirakan.

  • Berehat

Walaupun anda mempunyai sejuta perkara yang ingin anda selesaikan sebelum bayi tiba, cubalah duduk dan berehat seketika. Walaupun duduk sepanjang masa tidak bagus untuk peredaran darah, berdiri sepanjang masa juga sukar untuk badan anda yang sedang hamil.

Duduk dengan kaki diangkat sebentar terutama pada penghujung hari dapat membantu mengalirkan cecair yang terkumpul di kaki anda sepanjang hari.

Komplikasi Kaki Bengkak Semasa Mengandung

Kaki bengkak semasa mengandung kadang-kadang boleh memberi isyarat masalah kesihatan. Anda seharusnya segera menghubungi doktor sekiranya terdapat peningkatan bengkak secara tiba-tiba atau mendadak.

  • Preeklampsia

Peningkatan bengkak pada kaki secara tiba-tiba boleh menjadi tanda preeklamsia. Selain itu, anda juga mungkin melihat terdapat bengkak pada wajah, bengkak di sekitar mata, atau bengkak di tangan secara tiba-tiba.

Sekiranya bengkak pada kaki melampau, seperti apabila anda menekan ke kulit ia boleh meninggalkan lekukan selama beberapa saat. Mungkin juga terdapat beberapa warna pada kaki. Preeklampsia adalah keadaan kesihatan yang boleh berlaku semasa kehamilan atau selepas bersalin.

Preeklamsia menyebabkan tekanan darah tinggi dan masalah organ pada wanita hamil. Selalunya berlaku selepas 20 minggu kehamilan atau hingga 6 minggu selepas melahirkan. Preeklampsia dapat berkembang dengan cepat, dan sekiranya tidak dirawat dengan segera, ia sangat bahaya bagi wanita dan janin.

Doktor boleh menetapkan ubat antihipertensi untuk menurunkan tekanan darah. Sekiranya kehamilan telah mencapai 37 minggu atau lebih, doktor mungkin mengesyorkan supaya melahirkan bayi lebih awal.

  • Trombosis urat dalam

Pembengkakan yang tidak rata di kaki atau kaki mungkin menunjukkan pembekuan darah, yang dikenali sebagai trombosis urat dalam (DVT). Wanita hamil dan wanita yang telah melahirkan dalam 3 bulan terakhir mempunyai risiko DVT yang lebih tinggi daripada wanita yang tidak hamil.

Sebabnya ialah darah lebih mudah membeku semasa mengandung untuk mengelakkan kehilangan darah berlebihan semasa bersalin dan kelahiran. Janin yang tumbuh juga memberi tekanan pada kaki, sekaligus dapat mengurangkan peredaran darah.

Kurang bergerak daripada biasa semasa kehamilan dan tempoh pemulihan selepas bersalin juga dapat mengurangkan aliran darah di kaki.

Doktor boleh menetapkan ubat yang disebut heparin dengan berat molekul rendah untuk mencegah atau merawat pembekuan darah dan DVT. Doktor biasanya akan menyuntik ubat di bawah kulit.

Sumber:

https://www.medicalnewstoday.com/articles/swollen-feet-pregnancy#complications

https://www.healthline.com/health/pregnancy/swollen-feet-during-pregnancy#remedies

https://www.medicalnewstoday.com/articles/swollen-feet-pregnancy#complications

error: Content is protected !!