Now Reading
Kalkulator Berat Kehamilan : Jadual Berat Badan Normal untuk Wanita Hamil

Kalkulator Berat Kehamilan : Jadual Berat Badan Normal untuk Wanita Hamil

Kalkulator berat kehamilan

Kalkulator berat kehamilan adalah alat yang berguna untuk mengira berapa banyak berat badan yang perlu anda tambah semasa mengandung. Anda boleh menggunakannya untuk menentukan kenaikan berat badan kehamilan dari minggu ke minggu.

Ingatlah bahawa nilai ini hanyalah anggaran, jadi jangan bimbang jika kenaikan berat badan anda berlaku terlalu cepat atau terlalu perlahan. Makan makanan yang sihat dan seimbang akan membantu bayi anda mendapatkan nutrien yang diperlukan dan membesar dengan sihat.

Tetapi, berapakah kalori tambahan yang anda perlukan? Walaupun anda memerlukan beberapa kalori tambahan, tetapi itu tidak semestinya bermakna bahawa anda perlu “makan untuk dua orang”.

Rata-rata wanita hamil hanya memerlukan kira-kira 300 kalori sihat lebih dalam sehari daripada yang diperlukan sebelum dia hamil. Ini akan membantunya menambah berat badan dengan betul semasa mengandung.

Secara amnya, anda harus menambah berat badan sekitar 2 hingga 4 paun selama tiga bulan pertama anda hamil dan 1 paun seminggu sepanjang tempoh kehamilan anda.

Sekiranya anda menjangkakan anak kembar, anda harus menambah berat badan sekitar 35 hingga 45 paun semasa kehamilan anda. Ini akan menjadi purata dengan 1 1/2 paun setiap minggu selepas kenaikan berat badan biasa dalam tiga bulan pertama.

Ke Mana Perginya Berat Tambahan Semasa Hamil?

Bayi 8 paun
Plasenta 2-3 paun
Cecair ketuban 2-3 paun
Tisu payudara 2-3 paun
Bekalan darah 4 paun
Lemak yang disimpan untuk penghantaran dan penyusuan  5-9 paun
Rahim lebih besar 2-5 paun
Jumlah 25-35 paun
Berat Tambahan Semasa Hamil

Ketahuilah bahawa ini hanya sekadar cadangan dan kenaikan berat badan di kalangan wanita adalah berbeza-beza. Oleh yang demikian, rujuklah pada pegawai perubatan anda untuk menentukan keperluan khusus setiap individu dengan lebih tepat.

BMI Pra Kehamilan (kg/m2)KategoriAnggaran Jumlah Kenaikan BeratAnggaran Jumlah Kenaikan Berat Mengandung Kembar
<18.5Kurang Berat Badan12-18 kg 
18.5-24.9Berat Normal11-15 kg16.7-24.5 kg
25.0-29.9Berat Badan Berlebihan6-11 kg14-22.6 kg
>30.0Obesiti4.9-9 kg11.3-19 kg
Cadangan untuk kenaikan berat badan semasa hamil dengan BMI pra kehamilan

Adakah Ianya Selamat Untuk Menurunkan Berat Badan Semasa Mengandung?

Sekiranya seorang wanita mempunyai berat badan berlebihan ketika hamil, doktor mungkin menyarankan anda untuk menurunkan berat badan.

Anda hanya boleh menurunkan berat badan di bawah pantauan doktor sahaja. Tetapi dalam kebanyakan kes, wanita tidak boleh mengurangkan berat badan atau berdiet semasa mengandung.

Cara Memperoleh Berat Yang Bersesuaian Semasa Kehamilan

Sekiranya pegawai perubatan anda menyarankan anda menambah berat badan semasa hamil, petua berikut boleh dicuba:

  • Makan lima hingga enam hidangan bersaiz kecil setiap hari.
  • Sentiasa membawa snek yang cepat dan mudah, seperti kacang, kismis, keju dan biskut, buah kering, dan ais krim atau yogurtke mana-mana.
  • Sapu mentega kacang pada roti bakar, biskut, epal, pisang, atau saderi. Satu sudu mentega kacang berkrim memberi anda kira-kira 100 kalori dan 7 gram protein.
  • Tambah susu tepung tanpa lemak ke dalam kentang hancur, telur hancur dan bijirin panas anda.
  • Makanan tambahan juga boleh ditambah seperti, seperti mentega atau marjerin, krim keju, kuah, krim masam, dan keju.

Dengan adanya kalkulator berat kehamilan, ia boleh membantu anda memantau berat kehamilan yang bersesuaian terutama sewaktu anda hamil. Pastikan sebelum anda menurunkan dan menaikkan berat badan, anda telah mendapatkan khidmat nasihat doktor. Jangan risau jika anda gemuk! Kerana pengorbanan anda akan berbaloi dengan kehadiran si comel nanti!

SUMBER

https://www.omnicalculator.com/health/pregnancy-weight-gain

https://www.calculator.net/pregnancy-weight-gain-calculator.html

https://www.webmd.com/baby/guide/healthy-weight-gain#2


error: Content is protected !!