Now Reading
Kanser (Cancer)

Kanser (Cancer)

kanser

Kanser sememangnya adalah satu penyakit yang digeruni bagi sesiapa sahaja tanpa mengira usia, jantina, bangsa dan keturunan. Malah, ia merupakan pembunuh nombor 2 di Malaysia buat masa yang lama. Walaupun dengan perkembangan teknologi perubatan yang semakin baik, namun penawar kanser secara tepat masih tidak dapat menjamin apa-apa.

Dengan senarai penyakit kanser yang panjang, ia tentulah menjadi satu mimpi ngeri bagi setiap individu terutamanya mereka yang mempunyai sejarah keluarga ataupun berisiko mendapatkannya. Terdapat beberapa jenis kanser yang lebih bertumpukan pada jantina atau usia yang spesifik, manakala ada juga yang lain tidak memilih mangsanya.

Sekarang, mari ketahui tentang penyakit kanser dengan lebih lanjut.

Apakah itu penyakit kanser?

Kanser adalah gelaran yang diberikan bagi satu koleksi penyakit yang berkaitan. Dalam kesemua jenis kanser, beberapa sel tubuh mula membahagi tanpa henti dan merebak ke tisu di sekitarnya.

Selain itu, penyakit ini boleh bermula hampir di mana sahaja dalam tubuh manusia. Dalam proses yang normal, sel dalam badan manusia membahagi secara terkawal untuk membentuk sel baru dan menggantikan sel-sel yang telah mati disebabkan telah tua dan rosak.

Namun, jika kanser berkembang, proses ini akan menjadi terganggu. Apabila lebih banyak sel menjadi tidak normal dan bertambah, sel yang tua dan rosak masih bertahan walaupun sel baru telah terbentuk. Sel-sel tambahan ini kemudian membahagi lagi dan lagi sehingga membentuk ketumbuhan yang disebut sebagai tumor.

Jadi, adakah semua tumor itu kanser?

Tidak, bukan semua tumor itu adalah kanser. Biasanya, doktor akan mengambil sampel tumor bagi melakukan pemeriksaan selanjutnya untuk menentukan sama ada tumor tersebut adalah kanser atau tidak. Tumor yang bukan kanser disebut sebagai tumor jinak (benign) manakala tumor yang merupakan kanser disebut sebagai tumor jahat (malignant).

Bagaimana penyakit kanser ini bermula?

Kanser adalah sejenis penyakit genetik yang mana secara amnya, ia terjadi disebabkan perubahan pada gen yang mengawal cara sel berfungsi. Jadi, perubahan genetik yang berlaku boleh menyebabkan kanser ini boleh diwarisi dalam sesebuah keluarga.

Namun begitu, kanser bukan sahaja berlaku disebabkan faktor keturunan. Ada juga yang terjadi disebabkan kesilapan yang berlaku ketika sel membahagi atau kerana kerosakan pada DNA disebabkan pendedahan kepada persekitaran tertentu. Biasanya, pendedahan alam sekitar yang menyebabkan kanser merangkumi bahan seperti bahan kimia dalam asap tembakau, serta radiasi seperti sinar ultraviolet daripada sinar matahari. Jadi, sesiapa sahaja boleh mendapatkan kanser walaupun tidak mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit ini.

Jom ketahui jenis-jenis kanser yang ada

Sehingga kini, terdapat lebih daripada 100 jenis kanser yang telah diketahui. Jenis kanser biasanya dinamakan berdasarkan organ atau tisu di mana ketumbuhan itu terbentuk. Apabila seseorang individu menghidap kanser, doktor akan melakukan pelbagai diagnosis untuk menentukan jenis kanser tersebut. Ini bagi membolehkan doktor menentukan pelan rawatan terbaik yang sesuai bagi merawat penyakit itu.

Senarai jenis kanser di bawah adalah berdasarkan lokasi atau sistem dalam badan di mana ketumbuhan mula berkembang.

a) Payudara

  • Kanser payudara
  • Kanser payudara lelaki

b) Pencernaan/ Gastrousus

c) Organ kencing dan kemaluan

d) Organ pembiakan wanita

e) Kepala dan Leher

f) Hematologi/ Darah

  1. Leukemia limfoblastik akut
  2. Leukemia myeloid akut
  3. Leukemia limfosit kronik
  4. Leukemia myeloid kronik
  5. Leukemia sel berbulu
  1. Limfoma berkaitan AIDS
  2. Limfoma sel-T kulit
  3. Limfoma Hodgkin
  4. Limfoma Bukan Hodgkin
  5. Limfoma sistem saraf pusat utama

g) Tulang atau tisu lembut (Musculoskeletal)

h) Neurologi

i) Pernafasan

  • Kanser paru-paru

j) Kulit

Bagaimana penyakit kanser dirawat?

Pilihan rawatan kanser bergantung pada jenis, tahap serta jika kanser telah merebak dan menjejaskan kesihatan umum anda. Rawatan dilakukan bertujuan untuk membunuh sebilangan besal sel kanser sambil mengurangkan kerosakan sel normal di sekitar kawasan itu.

Tiga rawatan utama kanser adalah:

  • Pembedahan – membuang tumor secara langsung
  • Kemoterapi – menggunakan bahan kimia untuk membunuh sel kanser
  • Terapi radiasi – menggunakan sinar-X untuk membunuh sel kanser

SUMBER

https://www.cancer.org/cancer/cancer-basics/what-is-cancer.html

https://www.cancer.gov/about-cancer/understanding/what-is-cancer

https://www.cancercenter.com/what-is-cancer

https://www.cancer.gov/types/by-body-location

error: Content is protected !!