Seterusnya, kanser jenis ini biasanya memberi kesan kepada orang dewasa yang sudah berumur, walaupun ia boleh berlaku pada sesiapa tanpa mengira usia. Ia biasanya bermula sebagai kelompok kecil sel-sel yang tidak dikenali (jinak) yang dipanggil polip. Sel-sel ini terbentuk di bahagian dalam kolon. Dari masa ke masa, beberapa polip ini boleh menjadi kanser usus besar.
Polip mungkin kecil dan boleh menyebabkan adanya gejala yang sedikit. Disebabkan itulah, doktor mengesyorkan individu untuk membuat ujian pemeriksaan teratur. Ini dapat membantu mencegah kanser kolon dengan mengenal pasti dan menghilangkan polip lebih awal sebelum mereka menjadi kanser.
Jika penyakit ini telah berkembang, banyak rawatan boleh dibuat untuk membantu mengawalnya, termasuklah pembedahan, terapi radiasi dan rawatan ubat, seperti kemoterapi, terapi yang disasarkan dan imunoterapi.
Kanser kolon juga kadang kala dipanggil kanser kolorektal iaitu istilah yang menggabungkan kanser kolon dan kanser rektum, yang bermula di rektum.
Punca Kanser Kolon
Doktor masih tidak pasti akan apa yang menyebabkan kebanyakan kanser usus besar.
Secara umum, kanser ini bermula apabila sel-sel yang sihat dalam usus besar mengalami perubahan (mutasi) dalam DNA mereka. Sel DNA mengandungi satu set arahan yang memberitahu sel apa yang perlu dilakukan.
Sel-sel yang tumbuh dengan sihat dan dibahagikan dengan cara yang teratur dapat memastikan tubuh berfungsi dengan normal. Tetapi, apabila sel DNA telah rosak dan menjadi kanser, sel-sel tersebut akan terus membuat pembahagian walaupun sel baru tidak diperlukan. Apabila sel-sel ini terkumpul, mereka akan membentuk tumor.
Dari semasa ke semasa, sel-sel kanser boleh tumbuh untuk menyerang dan memusnahkan tisu biasa yang berdekatan. Mereka juga boleh bergerak ke bahagian lain badan untuk membentuk deposit di situ (metastasis).
Simptom Kanser Kolon
Tanda dan gejala kanser tersebut termasuklah:
- Perubahan berterusan dalam perlakuan usus anda, termasuk cirit-birit atau sembelit ataupun perubahan konsistensi najis anda.
- Pendarahan rektum atau darah dalam najis anda.
- Ketidakselesaan perut yang berterusan, seperti kekejangan, gas atau sakit.
- Perasaan bahawa usus anda tidak kosong sepenuhnya.
- Kelemahan atau keletihan.
- Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.
Ramai orang yang mengalami kanser kolon tidak mengalami gejala pada peringkat awal penyakit ini. Apabila gejala muncul, mereka mungkin berbeza bergantung kepada saiz dan lokasi kanser di usus besar anda.
Tahap Kanser Kolon
Terdapat pelbagai cara untuk membezakan tahap kanser. Tahap-tahap kanser ini bergantung kepada sejauh mana kanser itu telah merebak.
Berikut adalah ringkasan ringkas empat peringkat yang biasa digunakan bermula di mana kanser itu dijumpai pada awal setiap peringkat.
- Tahap 0: Kanser berada pada peringkat yang awal. Ia dikenali sebagai karsinoma in situ. Kanser ini juga tidak merebak jauh daripada kawasan lapisan dalaman kolon.
- Tahap 1: Kanser telah berkembang menjadi lapisan tisu seterusnya, tetapi belum mencapai nodus limfa atau organ lain.
- Tahap 2: Kanser telah mencapai lapisan luar kolon, tetapi ia tidak tersebar di luar kolon.
- Tahap 3: Kanser telah berkembang melalui lapisan luar kolon dan telah mencapai satu hingga tiga nodus limfa. Ia tidak merebak ke bahagian-bahagian lain yang jauh.
- Tahap 4: Kanser telah mencapai tisu lain di luar dinding kolon. Apabila tahap 4 berlangsung, kanser berjaya mencapai bahagian jauh dalam badan.
Kanser berkembang secara progresif. Setiap peringkat adalah tidak tetap tetapi menggambarkan fasa semasa perkembangan tertentu berlaku.
Faktor Risiko Kanser Kolon
Faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser ini anda termasuklah:
- Usia lebih tua. Kanser kolon boleh didiagnosis pada usia berapa pun, tetapi majoriti pesakit dengan kanser usus berusia lebih dari 50 tahun. Kadar kanser tersebut pada individu berusia kurang 50 tahun semakin meningkat, tetapi para doktor tidak pasti mengapa.
- Bangsa Afrika-Amerika. Bangsa Afrika-Amerika mempunyai risiko kanser usus besar lebih tinggi berbanding kaum lain.
- Sejarah peribadi kanser kolorektal atau polip. Jika anda pernah mempunyai kanser kolon atau polip usus tanpa kanser, anda mempunyai risiko mendapat kanser kolon yang lebih besar pada masa akan datang.
- Masalah keradangan usus. Penyakit radang kolon yang kronik, seperti kolitis ulseratif dan penyakit Crohn, boleh meningkatkan risiko mendapat kanser berkenaan.
- Sindrom warisan yang meningkatkan risiko kanser kolon. Sesetengah mutasi gen yang diwarisi oleh generasi keluarga anda boleh meningkatkan risiko kanser tersebut dengan ketara. Hanya sebilangan kecil kanser usus besar dikaitkan dengan gen yang diwarisi. Sindrom yang paling biasa diwarisi dan boleh meningkatkan risiko itu ialah poliposis adenomatous familial (FAP) dan sindrom Lynch, yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal nonpoliposis keturunan (HNPCC).
- Sejarah keluarga kanser kolon. Anda lebih cenderung untuk mendapat kanser berkenaan jika anda mempunyai keluarga terdekat yang mengalami penyakit ini. Jika lebih daripada satu ahli keluarga anda mempunyai kanser kolon atau kanser rektum, risiko anda adalah lebih besar.
- Serat rendah, diet tinggi lemak. Kanser kolon dan kanser rektum mungkin dikaitkan dengan diet Barat yang tipikal, iaitu diet yang rendah serat dan tinggi lemak dan kalori. Sesetengah kajian telah menemui peningkatan risiko kanser tersebut pada orang yang memakan makanan yang banyak seperti daging merah dan daging yang diproses.
- Gaya hidup yang tidak aktif. Orang yang tidak aktif lebih cenderung untuk mendapat barah kolon. Membuat aktiviti fizikal secara berkala boleh mengurangkan risiko kanser berkenaan.
- Diabetes. Orang yang mempunyai kencing manis atau rintangan insulin mempunyai risiko mendapat kanser kolon.
- Obesiti. Orang yang gemuk mempunyai peningkatan risiko kanser kolon dan peningkatan risiko berlakunya kematian apabila dibandingkan dengan orang dengan berat badan normal.
- Merokok. Orang yang merokok mungkin berisiko mendapat kanser kolon.
- Minuman keras. Pengambilan minuman keras yang berlebihan meningkatkan risiko kanser kolon.
- Terapi radiasi untuk kanser. Terapi sinaran yang dibuat terus ke perut untuk merawat kes kanser terdahulu meningkatkan risiko kanser kolon.
Rawatan Kanser Kolon
Rawatan yang paling sesuai untuk membantu anda bergantung pada keadaan tertentu termasuklah lokasi kanser, tahap kanser dan kebimbangan kesihatan anda yang lain. Rawatan untuk kanser kolon biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang kanser. Namun begitu, rawatan lain seperti terapi sinaran dan kemoterapi, mungkin juga disyorkan.
-
Pembedahan untuk kanser kolon peringkat awal
Sekiranya kanser anda sangat kecil, doktor anda mungkin mencadangkan pendekatan yang sedikit invasif untuk pembedahan, seperti:
- Mengeluarkan polip semasa kolonoskopi (polypectomy). Sekiranya kanser anda kecil, berada di kawasan setempat, sepenuhnya terkandung dalam polip dan berada pada peringkat awal, doktor anda boleh mengeluarkan keseluruhan kanser itu semasa kolonoskopi.
- Reseksi mukosa endoskopik (Endoscopic mucosal resection). Polip lebih besar mungkin dikeluarkan semasa kolonoskopi menggunakan alat khas untuk mengeluarkan polip dan sejumlah kecil lapisan dalaman kolon dalam prosedur yang dipanggil reseksi mukosa endoskopik.
- Pembedahan minimum invasif (pembedahan laparoskopik). Polip yang tidak boleh dikeluarkan semasa kolonoskopi boleh dikeluarkan menggunakan pembedahan laparoskopi. Dalam prosedur ini, pakar bedah anda melakukan pembedahan melalui beberapa torehan kecil di dinding perut anda, memasukkan instrumen dengan kamera yang dipasang bagi memaparkan usus pada monitor video. Pakar bedah juga boleh mengambil sampel dari nodus limfa di kawasan terletaknya kanser itu.
Â
– Pembedahan untuk kanser kolon yang lebih maju
Sekiranya kanser telah tumbuh dalam atau melalui kolon anda, pakar bedah anda mungkin mencadangkan:
- Pengeluaran kolon secara separa. Semasa prosedur ini dibuat, pakar bedah akan membuang bahagian kolon anda yang mengandungi kanser, bersama dengan margin tisu normal pada salah satu sisi kanser. Pakar bedah biasanya akan menyambung semula bahagian yang sihat pada usus atau rektum anda. Selain itu, prosedur ini biasanya boleh dilakukan dengan pendekatan invasif minima (laparoskopi).
- Pembedahan untuk mewujudkan cara supaya bahan buangan anda keluar dari Apabila tiada kemungkinan untuk menyambung kembali bahagian kolon atau rektum yang sihat, anda mungkin memerlukan ostomi. Ini melibatkan proses membuat pembukaan di dinding perut anda daripada sebahagian usus yang tersisa untuk mengeluarkan najis ke dalam beg yang muat dengan permukaannya.
Kadang kala, ostomi itu hanya bersifat sementara, membolehkan kolon atau rektum anda diberi masa untuk sembuh selepas pembedahan. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, kolostomi mungkin kekal.
- Pembuangan nodus limfa. Nodus limfa yang berdekatan biasanya dikeluarkan semasa pembedahan kanser tersebut dan diuji untuk kanser.
Â
– Pembedahan untuk kanser yang sudah teruk
Jika kanser anda sangat teruk atau tahap kesihatan anda sangat rendah, pakar bedah anda boleh mencadangkan pembedahan untuk melegakan penyumbatan usus atau keadaan lain untuk memperbaiki gejala anda. Pembedahan ini tidak dilakukan untuk menyembuhkan kanser, tetapi untuk melegakan tanda-tanda dan gejala, seperti penyumbatan, pendarahan atau rasa sakit.
Dalam kes tertentu di mana kanser telah tersebar hanya ke hati atau paru-paru tetapi kesihatan keseluruhan anda masih baik, doktor mungkin mengesyorkan pembedahan atau rawatan setempat yang lain untuk mengeluarkan kanser itu. Kemoterapi boleh digunakan sebelum atau selepas prosedur ini dibuat. Pendekatan ini juga memberi peluang kepada individu untuk bebas daripada kanser buat jangka masa panjang.
Â
– Kemoterapi
Kemoterapi menggunakan ubat untuk memusnahkan sel kanser. Rawatan kemoterapi bagi kanser kolon biasanya diberikan selepas pembedahan sekiranya kanser menjadi lebih besar atau telah merebak ke nodus limfa. Dengan cara ini, kemoterapi boleh membunuh mana-mana sel kanser yang kekal di dalam badan dan membantu mengurangkan risiko kanser itu berulang.
Kemoterapi juga boleh digunakan sebelum operasi untuk mengecutkan kanser bersaiz besar supaya ianya lebih mudah untuk dikeluarkan semasa pembedahan.
Selain itu, rawatan kemoterapi juga boleh dibuat untuk melegakan gejala kanser kolon yang tidak boleh dirawat dengan pembedahan atau yang telah merebak ke bahagian badan yang lain. Kadang kala, rawatan ini digabungkan dengan terapi radiasi.
Â
– Terapi radiasi
Terapi radiasi menggunakan sumber tenaga yang kuat, seperti sinar-X dan proton untuk membunuh sel kanser. Ia mungkin digunakan untuk mengecilkan kanser bersaiz besar sebelum menjalani pembedahan supaya ianya dapat dikeluarkan dengan lebih mudah.
Apabila pembedahan tidak menjadi satu pilihan, terapi radiasi mungkin digunakan untuk melegakan gejala seperti rasa sakit. Kadang kala, terapi radiasi dilakukan bersama terapi kemoterapi.
Â
– Terapi ubat yang disasarkan
Rawatan ubat yang disasarkan memberi tumpuan kepada keabnormalan tertentu yang terdapat dalam sel-sel kanser. Dengan menyekat kelainan ini, rawatan ubat yang disasarkan boleh menyebabkan sel-sel kanser mati.
Ubat yang disasarkan biasanya digabungkan dengan rawatan kemoterapi. Mereka juga biasanya dikhaskan bagi mereka yang mempunyai kanser usus yang sudah teruk.
Â
– Imunoterapi
Imunotherapi adalah rawatan ubat yang menggunakan sistem imun anda untuk melawan kanser. Sistem imun yang memerangi penyakit anda mungkin tidak menyerang kanser kerana sel-sel kanser menghasilkan protein yang membutakan sel pada sistem imun daripada mengenali sel-sel kanser. Imunoterapi berfungsi dengan mengganggu proses itu.
Imunoterapi biasanya digunakan untuk kanser usus yang sudah teruk. Doktor anda mungkin membuat pemeriksaan pada sel kanser anda untuk melihat sama ada mereka memberi bertindak balas atau tidak terhadap rawatan ini.
SUMBER
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/colon-cancer/symptoms-causes/syc-20353669
https://www.healthline.com/health/colon-cancer