Kanser vulvar adalah sejenis kanser yang berlaku di kawasan permukaan luar pada alat kelamin wanita. Vulvar adalah kawasan kulit yang mengelilingi bahagian uretra dan faraj, termasuk kelentit dan labia.
Selain itu, kanser jenis ini biasanya berbentuk benjolan atau rasa sakit pada vulva yang sering menyebabkan rasa gatal-gatal. Walaupun ia boleh berlaku pada mana-mana golongan umur, kanser vulvar ini biasanya didiagnosis pada orang dewasa yang lebih berumur. Seterusnya, rawatan kanser vulvar selalunya melibatkan prosedur pembedahan untuk membuang kanser dan sejumlah kecil tisu sihat di sekelilingnya. Kadangkala, pembedahan kanser vulvar memerlukan pembuangan keseluruhan vulva. Lebih awal kanser ini didiagnosis semakin kuranglah kemungkinan individu itu perlu melakukan pembedahan yang besar sebagai satu langkah rawatan.
Jenis Kanser Vulvar
Terdapat lima bentuk utama penyakit ini termasuklah.
- Karsinoma sel skuamosa adalah jenis yang paling biasa. Ia bermula di sel-sel kulit. Sesetengah jenis ini dikaitkan dengan HPV iaituvirus papilloma manusia. Inilah jangkitan yang anda dapat setelah melakukan hubungan seks dengan individu yang mempunyainya. Malah, wanita muda lebih cenderung untuk mendapatkan kanser vulvar yang dikaitkan dengan HPV berbanding golongan lelaki.
Wanita yang lebih tua juga lebih sering mendapatkan bentuk yang tidak berkaitan dengannya.
Jenis karsinoma sel skuamosa yang sangat jarang berlaku sebenarnya kelihatan seperti ketuat. Ia tumbuh dengan perlahan. Jadi, doktor anda akan melakukan prosedur biopsi untuk memeriksa sama ada ia adalah kanser atau bukan.
- Adenokarsinoma pula biasanya bermula di sel yang terletak di dalam kelenjar iaitu hanya dalam pembukaan faraj. Ia boleh kelihatan seperti sista, jadi anda mungkin tidak dapat mengesannya pada permulaan. Jenis ini juga malah boleh membentuk kelenjar peluh di sekitar kulit vulva.
- Melanoma pula membentuk dalam sel yang menghasilkan pigmen, atau warna kulit. Anda lebih cenderung untuk mendapatkannya pada kulit yang terdedah kepada matahari, tetapi ia boleh muncul di kawasan lain juga, seperti vulva. Biasanya, kira-kira 6 daripada setiap 100 vulvar adalah bersifat kanser.
- Sarkoma bermula pada bahagian tulang, otot atau sel tisu penghubung. Ia adalah berbeza dengan jenis kanser vulvar lain kerana ia boleh memberi kesan pada mana-mana peringkat umur, termasuklah pada zaman kanak-kanak juga.
- Karsinoma sel basal adalah jenis kanser kulit yang paling biasa berlaku. Ia biasanya terjadi pada kulit yang terdedah kepada matahari. Namun, ia jarang sekali melibatkan vulva.
Simptom Kanser Vulvar
Tanda pertama kanser vulvar biasanya merupakan benjolan atau ulser, serta mungkin dengan simptom seperti kegatalan, kerengsaan atau pendarahan.
Kadangkala, seorang wanita tidak boleh mendapatkan bantuan perubatan dengan segera kerana perasaan malu, tetapi diagnosis awal bagi keadaan ini akan meningkatkan harapan untuk sembuh.
Gejala yang paling tipikal termasuklah:
- Hubungan seks yang menyakitkan
- Pendarahan.
- Kesakitan dan rasa seperti terbakar.
- Perubahan warna gelap dalam kes melanoma.
- Kencing yang menyakitkan.
- Kegatalan yang berterusan.
- Ketidakselesaan dan sensitif.
- Pertumbuhan seperti ketuat.
- Kulit yang menebal.
- Ulser.
Pelbagai jenis kanser vulva mungkin mempunyai gejala yang berbeza, dan dalam sesetengah kes, ada juga yang mungkin tidak mempunyai gejala yang ketara. Sebarang perubahan yang berlaku itu perlu diperiksa oleh doktor dengan segera.
Punca Kanser Vulvar
Kanser berlaku apabila adanya pertumbuhan sel tidak terkawal.
Kebanyakan kanser membahayakan tubuh apabila sel-sel yang rosak membahagi secara tidak terkawal dan membentuk ketulan atau jisim tisu, mahupun tumor. Tumor boleh tumbuh dan menjejaskan fungsi badan kita. Dua jenis tumor iaitu tumor jinak (benign) akan kekal di satu tempat dan tidak merebak, tetapi jenis tumor kedua iaitu tumor yang ganas (malignant) akan merebak dan menyebabkan kerosakan lain.
Keganasan berlaku apabila dua perkara ini terjadi:
- Sel kanser berupaya untuk bergerak ke seluruh tubuh menggunakan sistem darah atau limfa dan menghancurkan tisu yang sihat melalui proses yang disebut sebagai invasi atau serangan.
- Sel membahagi dan tumbuh melalui proses yang disebut angiogenesis. Dalam proses ini, sel akanmembuat saluran darah baru untuk memberi makan kepada diri sendiri.
Tanpa rawatan yang betul, kanser boleh tumbuh dan merebak ke bahagian badan lain dan ini dipanggil sebagai metastasis. Jika ia memasuki sistem limfa, sel kanser boleh sampai ke bahagian lain badan, termasuk organ-organ yang penting.
Diagnosis Kanser Vulvar
Doktor akan menjalankan penilaian ginekologi, termasuklah pemeriksaan pada vulva.
Sekiranya terdapat ulser, benjolan atau jisim yang kelihatan mencurigakan, biopsi mungkin akan diperlukan.
Pemeriksaan juga ini perlu merangkumi kawasan ‘perineal’, termasuk kawasan sekitar kelentit dan uretra. Doktor juga harus membesarkan kelenjar Bartholin. Jadi, anestesia boleh digunakan dalam prosedur sebegini.
Bergantung kepada keputusan biopsi, ujian lanjutan seperti di bawah mungkin diperlukan:
- ‘Cystoscopy’: pundi kencing akan diperiksa untuk menentukan sama ada kanser telah merebak ke kawasan tersebut atau tidak.
- ‘Proctoscopy’: rektum akan diperiksa untuk melihat sama ada kanser telah merebak ke dinding rektum.
- Ujian imbasan: ujian ini boleh membantu doktor menentukan sama ada kanser telah merebak atau tidak. Jika ia memang ternyata telah merebak, lokasinya perlu ditentukan. Imbasan MRI atau imbasan CT juga boleh digunakan. Malah, sinar-X boleh dilakukan untuk menentukan sama ada kanser telah mencapai bahagian paru-paru.
Faktor Risiko Kanser Vulvar
Pakar tidak mengetahui punca yang menyebabkan sel mula berkembang dengan terlalu cepat, tetapi ada faktor risiko tertentu yang boleh meningkatkan peluang individu untuk membangunkan penyakit ini.
- Umur: Lebih separuh daripada semua kes yang dilaporkan melibatkan wanita yang berumur lebih dari 70 tahun, dan kurang daripada 1 dalam 5 kes berlaku sebelum usia 50 tahun.
- ‘Human papilloma virus (HPV)’: Wanita yang dijangkiti penyakit HPV mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengembangkan kanser vulvar.
- Vulvar neoplasia intraepithelial (VIN): Ini adalah istilah umum untuk keadaan terdahulunya, di mana sel tertentu dalam epitel vulvar mempunyai pelbagai karsinoma bergred rendah. Wanita yang mempunyai VIN mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk membangunkan kanser vulvar.
- ‘Lichen sclerosus et atrophicus (LSA)’: Keadaan ini menyebabkan kulit menjadi tebal dan gatal, dan ia juga boleh meningkatkan sedikit kecenderungan kepada kanser vulvar.
- Melanoma: Sejarah melanoma peribadi atau keluarga di bahagian lain badan boleh meningkatkan risiko kanser vulvar.
- Jangkitan seksual (STI): Wanita dengan tahap antibodi yang lebih tinggi terhadap jenis herpes simplex virus jenis 2 dikatakan mempunyai peningkatan risiko kanser vulva.
- Merokok: Kajian mencadangkan bahawa wanita yang sering merokok mempunyai peningkatan risiko kanser vulvar sebanyak tiga hingga enam kali. Jika perokok biasa juga mempunyai jangkitan HPV, risiko itu masih kekal lebih tinggi.
- Pemindahan buah pinggang: Pemindahan buah pinggang juga nampaknya meningkatkan peluang untuk mengembangkan kanser vulvar. Ini mungkin terjadi disebabkan oleh penggunaan ubat imunosupresan. Ubat-ubatan ini digunakan seumur hidup pesakit selepas menjalani pemindahan untuk menjaga tubuh daripada menolak organ baharu itu.
- Virus immunodeficiency manusia (HIV): Orang yang mempunyai HIV atau AIDS lebih mudah terdedah kepada jangkitan HPV.
Rawatan Kanser Vulvar
Pilihan rawatan untuk kanser vulvar bergantung kepada jenis dan peringkat kanser, kesihatan keseluruhan dan pilihan anda.
– Pembedahan untuk membuang kanser vulvar
Pembedahan yang dilakukan untuk merawat kanser vulvar termasuk:
- Pembedahan mengeluarkan kanser dan margin tisu yang sihat (excision). Prosedur ini yang juga boleh dipanggil pemotongan setempat yang luas atau pemotongan radikal, melibatkan pembuangan kanser dan sejumlah kecil tisu normal yang mengelilinginya. Pemotongan margin tisu yang kelihatan normal oleh doktor itu dibuat untuk membantu memastikan semua sel-sel kanser telah dikeluarkan.
- Pembedahan yang lebih meluas. Pembedahan untuk mengeluarkan sebahagian daripada vulva (vulvektomi separa) atau keseluruhan vulva, termasuk tisu asas (vulvectomy radikal), mungkin menjadi pilihan untuk kanser yang lebih teruk. Walau bagaimanapun, doktor mungkin mengesyorkan gabungan terapi sinaran dan kemoterapi untuk mengecilkan tumor sebelum pembedahan, kerana ia mungkin membolehkan doktor melakukan pembedahan yang kurang meluas.
Pembedahan untuk membuang keseluruhan vulva membawa risiko komplikasi, seperti jangkitan dan masalah penyembuhan pada sekitar potongan yang dibuat.
Selain itu, pembedahan sebegini juga mengubah sensasi di kawasan alat kelamin anda. Bergantung pada jenis pembedahan, kawasan alat kelamin anda mungkin berasa mati dan anda mungkin tidak dapat mencapai tahap klimaks semasa melakukan hubungan seksual.
– Pembedahan untuk membuang nodus limfa berdekatan
Kanser vulvar boleh merebak ke nodus limfa di pangkal paha, jadi doktor boleh mengeluarkan kelenjar getah bening ini semasa anda menjalani pembedahan untuk membuang kanser. Bergantung kepada keadaan anda, doktor mungkin hanya mengeluarkan beberapa nodus limfa atau seberapa banyak yang boleh.
Mengeluarkan nodus limfa boleh menyebabkan pengekalan cecair dan pembengkakan kaki, iaitu satu keadaan yang dipanggil limfedema.
Dalam keadaan tertentu, pakar bedah boleh menggunakan teknik yang membolehkan mereka membuang nodus limfa yang kurang. Ini dipanggil sebagai biopsi nodus limfa sentinel dan prosedur ini melibatkan proses menentukan nodus limfa mana yang berpotensi untuk dijangkiti kanser terlebih dahulu. Pakar bedah kemudian akan membuang nodus limfa bagi tujuan ujian. Jika sel-sel kanser tidak dijumpai di nodus limfa, maka sel-sel kanser ini tidak mungkin merebak ke nodus limfa yang lain.
– Terapi radiasi
Terapi radiasi yang menggunakan rasuk tenaga berkuasa tinggi, seperti sinar-X dan proton boleh membunuh sel-sel kanser. Terapi radiasi untuk kanser vulvar biasanya dikawal oleh mesin yang bergerak di sekeliling badan dan mengarahkan radiasi ke titik tepat pada kulit anda (radiasi sinar luaran).
Di samping itu, terapi ini kadangkala digunakan untuk mengecilkan kanser vulva yang besar untuk meningkatkan keberkesanan pembedahan yang yang dibuat. Radiasi ini juga ada kalanya digabungkan dengan rawatan kemoterapi, yang boleh membuatkan sel kanser lebih terdedah kepada terapi radiasi.
Jika sel-sel kanser ditemui di nodus limfa anda, doktor mungkin mengesyorkan radiasi ke kawasan di sekitar nodus limfa anda untuk membunuh mana-mana sel-sel kanser yang mungkin kekal selepas pembedahan.
– Kemoterapi
Kemoterapi adalah rawatan ubat yang menggunakan bahan kimia untuk membunuh sel-sel kanser. Ubat kemoterapi biasanya diberikan melalui vena di lengan atau mulut anda. Bagi mereka yang mempunyai kanser vulvar lanjutan yang telah merebak ke bahagian lain badan, kemoterapi mungkin menjadi satu pilihan.
Malah, prosedur ini kadangkala digabungkan dengan terapi radiasi untuk mengurangkan kanser vulvar besar bagi memudahkan pembedahan dan meningkatkan keberkesanannya. Kemoterapi juga boleh digabungkan dengan terapi radiasi jika ada bukti bahawa kanser telah merebak ke bahagian nodus limfa.
SUMBER
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/vulvar-cancer/symptoms-causes/syc-20368051