Kari berasal daripada perkataan Tamil yang sama maksud dengan perkataan bahasa Inggeris ‘curry’ yang merujuk kepada kuah.
Kebiasaannya, kari dihasilkan daripada campuran rempah berasal dari India dikenali sebagai garam masala iaitu campuran lada hitam, kayu manis, ketumbar dan beberapa jenis rempah lain.
Campuran rempah biasanya rempah kering yang dijadikan pes dan dicampur bersama bahan masakan lain seperti halia, cili merah, jintan putih, kunyit, daun kari, bawang putih dan bawang merah untuk melengkapkan resipi.
Resepi kari ayam ini adalah lebih menyihatkan dengan tiga cara iaitu: Mengurangkan jumlah santan (iaitu kandungan lemak), menggunakan dada ayam bagi menggantikan paha dan menerapkan penggunaan ubi keledek berbanding ubi kentang putih (GI rendah).
- Masa penyediaan – 10 minit
- Masa memasak – 10 minit
- Tahap – Mudah
- Saiz hidangan: 4 orang
Peralatan yang diperlukan:
- Kuali
Bahan-bahan:
- 1 tangkai serai, bahagian putih sahaja yang dicincang
- 5cm akar halia, dikupas dan dicincang
- 2 biji bawang merah dikupas dan dicincang
- 2 sudu besar serbuk kari
- Sedikit minyak
- 500g dada ayam, dipotong dadu
- 400g ubi keledek, dikupas dan potong dadu
- 100ml santan
- 250ml susu
- 1 sudu gula perang (pilihan)
Cara penyediaan:
- Masukkan serai, bawang putih, halia dan bawang merah ke dalam mesin pengisar makanan dan kisar sehingga menjadi pes. Kacau serbuk kari sekali.
- Campurkan separuh adunan dengan ayam dipotong dadu dan biarkan ia diperap di dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali yang tidak melekat dan masukkan pes kari yang tinggal.
- Masak dengan api sederhana, kacau dengan kerap iaitu selama 3 hingga 4 minit sehingga wangi dan warnanya menjadi gelap.
- Tingkatkan suhu api dan masukkan ayam. Tumis dengan cepat di semua sisi dan berhati-hati agar pes tidak menjadi hangus.
- Masukkan ubi keledek, santan, susu, setengah cawan air dan gula merah. Kacau untuk gabungkan semuanya.
- Biarkan ia mereneh, kemudian turunkan api hingga rendah dan didihkan selama 15 minit sehingga ayam dimasak dan ubi keledek menjadi lembut.
- Kemudian, hidangkan bersama nasi perang atau quinoa.
Tefal Cook Easy Wok 36cm with Lid
RM329.00
Teknologi THERMO-SIGNAL® menunjukkan suhu memasak permulaan yang ideal yang menjamin tekstur, warna dan rasa yang sempurna. Kuali ini sangat ringan dan sangat mudah untuk dikendalikan ketika menggoreng. Ianya diperbuat daripada aluminium yang menyebarkan haba dengan sekata agar makanan yang dimasak dapat dimasak sepenuhnya. Kuali yang mempunyai lapisan tidak mudah melekat ini dapat memastikan makanan tidak mudah hangus terbakar. Manakala, luas kuali dan kedalaman kuali ini juga agak besar dan sesuai untuk semua jenis masakan.
Kenwood Blender
RM149.00
Motor 400W untuk memotong dan mengadun setiap hari dengan fungsi 2 speed dan pulse untul kelenturan pencampuran. Kisar pengisar sesuai untuk kacang dan rempah. Unit pisau keluli tahan karat yang boleh dilepas untuk pembersihan mudah dan hasil yang sangat baik.
Kuasa motor luarbiasanya memberikan hasil selembut sutera namun bahagian terbaiknya adalah terletak pada kelajuan yang boleh ditingkatkan perlahan-lahan untuk memastikan poket udaranya tidak mengangkat bahan-bahan ke atas dan seterusnya tidak sampai pada pisau pengisar.
Motor 400W sesuai untuk kegunaan harian dengan fungsi 2 kelajuan dan pulse bagi mengikut kesesuaian. Pengisar Kenwood juga sesuai untuk mengisar kacang dan rempah. Mempunyai unit pisau keluli tahan karat yang boleh ditanggalkan bagi memudahkan pembersihan dan hasil yang baik.
Kuasa motor luarbiasanya memberikan hasil yang baik namun bahagian terbaiknya adalah terletak pada kelajuan yang boleh ditingkatkan perlahan-lahan untuk memastikan poket udaranya tidak mengangkat bahan-bahan ke atas dan seterusnya tidak sampai pada pisau pengisar.
Kuasa motor luarbiasanya memberikan hasil selembut sutera namun bahagian terbaiknya adalah terletak pada kelajuan yang boleh ditingkatkan perlahan-lahan untuk memastikan poket udaranya tidak mengangkat bahan-bahan ke atas dan seterusnya tidak sampai pada pisau pengisar.