Karsinoma berminyak adalah sejenis kanser yang jarang berlaku dan bermula di dalam kelenjar minyak pada kulit anda. Masalah ini paling kerap menjejaskan kelopak mata.
Selain itu, maslah karsinoma berminyak mungkin bermula sebagai benjolan yang tidak menyakitkan atau penebalan kulit pada kelopak mata. Apabila ia tumbuh, kanser mungkin berdarah atau melelh. Jenis yang berlaku di bahagian badan lain biasanya muncul sebagai benjolan kuning yang mungkin berdarah.
Rawatan bagi keadaan ini biasanya melibatkan prosedur pembedahan untuk membuang kanser. Karsinoma berminyak boleh merebak ke bahagian lain badan dan mungkin sukar untuk dirawat.
Simptom Karsinoma Berminyak
Kebanyakan karsinoma berminyak terjadi pada kelopak mata. Apabila kanser kulit yang jarang berlaku ini berkembang pada kelopak mata, individu mungkin memperolehi salah satu atau lebih tanda daripada yang berikut:
- Benjolan kekuningan yang membesar secara perlahan-lahan pada kelopak mata yang terada teguh, mendalam dan tidak menyakitkan.
- Penebalan kelopak mata, antara kelopak mata dan bulu mata.
- Kerak kekuningan atau kemerahan pada kelopak mata, antara bahagian kelopak mata dan bulu mata.
- Pertumbuhan pada kelopak mata yang kelihatan seperti jerawat.
- Pertumbuhan pada kelopak mata yang berdarah.
- Rasa sakit pada kelopak mata yang tidak sembuh, atau sembuh tetapi muncul kembali.
Punca Karsinoma Berminyak
Penyebab sebenar masalah karsinoma berminyak masih tidak jelas. Berikut merupakan beberapa kemungkinan yang dapat meningkatkan risiko tumor ini:
- Sindrom Muir-Torre atau Lynch yang tersembunyi.
- Terapi radiasi sebelumn ini pada kawasan dengan pelbagai keadaan jinak dan teruk, seperti retinoblastoma.
- Sejarah penggunaan diuretik thiazide oral.
- Mutasi pada penekan tumor gen p53.
- Imunotindasan.
Diagnosis Karsinoma Berminyak
Ujian dan prosedur yang dilakukan untuk mendiagnosis karsinoma berminyak termasuk:
- Pemeriksaan kulit. Doktor akan memeriksa kulit anda dengan teliti untuk memahami keadaan anda.
- Pemeriksaan mata. Doktor mata (pakar mata) akan memeriksa kelopak mata dan mata anda dengan teliti untuk mencari tanda-tanda sekiranya kanser telah merebak ke tisu (konjunktiva) yang meliputi bahagian dalam kelopak mata dan bahagian putih mata anda (sklera).
- Biopsi kulit. Doktor akan mengeluarkan sedikit sampel tisu untuk ujian. Ujian makmal khusus boleh menentukan jika adanya sel kanser atau tidak.
Rawatan Karsinoma Berminyak
Rawatan karsinoma berminyak biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang kanser. Terapi radiasi dan rawatan eksperimen mungkin menjadi pilihan jika anda tidak boleh menjalani pembedahan.
Seterusnya, rawatan yang dibuat biasanya diketuai oleh doktor yang merawat penyakit kulit (pakar dermatologi) bersama rundingan dengan pakar lain, seperti doktor mata (pakar mata) dan doktor yang menggunakan radiasi untuk merawat kanser (ahli onkologi radiasi). Pakar-pakar lain juga boleh terlibat, bergantung kepada keadaan anda.
Pilihan rawatan mungkin termasuk:
- Pembedahan untuk membuang kanser. Doktor boleh mengesyorkan prosedur untuk membuang kanser dan beberapa tisu sihat yang mengelilinginya (pembedahan eksisional dengan margin normal tisu). Seorang pakar akan memeriksa bahagian tepi tisu untuk memastikan tiada sel kanser yang wujud. Ini dilakukan bagi memastikan semua sel-sel kanser telah dikeluarkan semasa pembedahan dibuat.
- Pembedahan Mohs. Pembedahan Mohs adalah sejenis pembedahan khusus yang melibatkan pembedahan secara berperingkat bagi menghilangkan lapisan kulit yang mengandungi kanser sehingga kulit tersebut bebas dari sel kanser. Selepas setiap lapisan kulit dibuangkan, ia akan diperiksa untuk tanda-tanda kanser. Proses tersebut akan berterusan sehinggalah tiada tanda-tanda kanser dapat dikesan. Teknik ini boleh membantu jika kanser anda berada di kawasan yang mengambil margin di sel-sel sihat yang sihat dan luas, seperti pada kelopak mata atau di wajah anda.
- Terapi radiasi. Terapi radiasi yang menggunakan pancaran tenaga kuat, seperti sinar-X dan proton dapat membunuh sel-sel kanser. Bagi masalah karsinoma berminyak, terapi radiasi boleh digunakan secara sendiri, atau boleh juga dilakukan selepas pembedahan yang membunuh mana-mana sel kanser yang masih ada.
- Ujian klinikal. Percubaan klinikal untuk menguji rawatan baharu mungkin menjadi pilihan. Berunding dengan doktor sama ada anda layak untuk mengambil bahagian dalam percubaan klinikal atau tidak.
SUMBER
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sebaceous-carcinoma/cdc-20352957
https://www.aad.org/public/diseases/skin-cancer/types/common/sebaceous/symptoms
https://www.aad.org/public/diseases/skin-cancer/types/common/sebaceous