Bantuan Sara Hidup atau BSH dahulu dikenali sebagai BR1M BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA, telah dijenamakan semula oleh pimpinan baru Kerajaan Pakatan Harapan.
Bantuan kewangan ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk mengurangkan beban golongan B40 iaitu golongan yang berpendapatan rendah.
BSH kali ini akan lebih mensasarkan kepada golongan B40(berpendapatan rendah) dan saiz isi rumah.
Walaupun daripada barisan kerajaan yang berbeza namun usaha yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk membantu rakyat. Tidak kiralah bagaimanapun kita sebagai rakyat perlu menyambut baik setiap usaha kerajaan dari mana-mana bahagian dalam memastikan keharmonian.
Kategori Penerima & Jumlah Pembayaran BSH
Berikut adalah beberapa kategori penerima BSH , mengikut jumlah pendapatan isi rumah:
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM2000 dan ke bawah/Sebulan :
– Jumlah bantuan yang diterima = RM1000 + RM120/ anak - Pendapatan Isi Rumah adalah RM2001 hingga RM3000/Sebulan :
– Jumlah bantuan yang diterima = RM750 + RM120/ anak - Pendapatan Isi Rumah adalah RM3,001 hingga RM4000/Sebulan :
– Jumlah bantuan yang diterima = RM500 + RM120/ anak
Bantuan Bujang dan OKU
- Bujang dan berumur 40 Tahun ke atas – Pendapatan bulanan RM2000 ke bawah :
– Jumlah Bantuan RM300 - OKU dan berumur 18 Tahun ke atas – Pendapatan bulanan RM2000 ke bawah :
– Jumlah bantuan RM300
Tahukah anda pada tahun ini kerajan sekali lagi menggantikan Bantuan Kewangan iaitu BSH kepada BPR?
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah bantuan baru yang menggantikan BSH pada tahun ini, dimana terdapat beberapa kategori isi rumah dan bujang yang bakal menerima manfaat. BPR telah dibentangkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Belanjawan 2021.
BPR merupakan insentif kerajaan menerusi belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul november lalu, ianya merupakan pergantian kepada bantuan sedia ada iaitu Bantuan Sara Hidup (BSH), insenytif ini telahpun diluluskan.
Cara Semakan BPR
Semakan boleh dibuat secara online. Sila ikuti langkah-langkah di dibawah ini :
- Lawati laman Rasmi BPR : https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login serta log masuk.
- Seterusnya, sila Isi Kad Pengenalan anda
- Tekan butang Semakan Status. Dan Status paparan akan dipaparkan kepada anda.
Bagi anda yang berjaya mendapat BPN 2.0 dan BSH 2020, anda dinasihatkan untuk membuat kemaskini bagi memastikan maklumat adalah tepat dan terbaru.
Tidak kira apa jua status kita, bantuan yang disalurkan oleh kerajaan adalah hendaklah dipandang baik dan dihargai. Setiap bantuan itu bertujuan untuk menambahbaik kehidupan bagi mengharungi hari-hari yang kian sukar.
Perkara seperti ini amatlah bermakna bagi golongan yang layak menerima ini. Sekiranya kita bukanlah penerima bantuan kita juga bertanggungjawab untuk mewar-warkan kepada yang layak menerimanya. Jangan pula kita rasa cemburu, kadang- kadang nilai bantuan ini apalah sangat jika dibandingkan dengan apa yang telah kita kecapi.
Bagi penerima pula hendaklah menerima dengan menggunakannya ke perkara yang berfaedah dan bermanfaat. Janganlah kerana telah menerima wang ini kita sewenang-wenangnya menggunakannya tanpa haluan yang betul. Ini secara langsung merugikan diri kita sendiri.
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda. Semoga bermanfaat!
SUMBER: