Now Reading
Kaum Terbesar Di Sabah: Sejarah Dan Budaya Etnik Kadazandusun

Kaum Terbesar Di Sabah: Sejarah Dan Budaya Etnik Kadazandusun

Kaum Terbesar Di Sabah

Kadazan-Dusun merupakan suku kaum terbesar di Sabah yang membentuk hampir 30% daripada keseluruhan jumlah penduduk. Etnik Kadazan-Dusun ini mempunyai pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam  tradisionalkerana terdapat 27 suku kaum kecil di dalamnya.

Contoh kaum kecil dalam etnik ini adalah seperti Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan banyak lagi.

Aspek bahasa dalam kaum terbesar di Sabah

Bahasa merupakan pengenalan dan asas perpaduan bagi semua kaum. Demikian juga dengan kaum Kadazandusun yang mempunyai bahasanya sendiri iaitu Bahasa Kadazandusun. Bahasa ini adalah identiti bagi sukukaum Kadazandusun. Sekiranya lenyap bahasa maka sesuatu kaum itu juga akan pupus.

Oleh itu, Bahasa Kadazandusun ini haruslah dikembangkan dan dipelihara supaya tidak lenyap. Bagi mengembangkan dan memelihara bahasa ibunda kaum Kadazandusun ini lenyap maka beberapa usaha telah diambil contohnya Bahasa Kadazandusun ini telah mula diajar di beberapa buah sekolah rendah terpilih untuk projek perintis pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun.

Kadazandusun merupakan suku kaum yang terbesar di negeri Sabah. Mereka menuturkan banyak dialek dalam bahasa Kadazandusun. Walaupun terdapat perbezaan ini namun ianya masih dalam rumpun suku kaum Kadazandusun. Dengan adanya pendidikan Bahasa Kadazandusun di sekolah rendah kini, maka bahasa Kadazandusun ini akan dapat di mertabatkan dan dikekalkan serta dapat dipelihara daripada pupus.

Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi sesuatu kaum. Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazandusun. Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei.

Selain perayaan, biasanya suku kaum Kadazandusun yang tinggal di kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini.Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazandusun. Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun ini amat berbeza dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini lazat, sudah tentu ianya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Masyarakat Sabah telah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan. Ini adalah kerana keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian makanan. Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan, udang dan sebagainya, hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan liar, herba, buah-buahan dan didiami pelbagai jenis hidupan liar. Masyarakat tempatan Sabah telah memperkenalkan pelbagai jenis makanan tradisi.

Kebiasaan ini diamalkan oleh lebih dari tiga puluh golongan etnik yang mana lebih dipengaruhi dengan cara hidup dan keadaan persekitaran tempat tinggal etnik tertentu.Masyarakat kaum Kadazandusun di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan Tradisi sejak turun-temurun dan masih diamalkan sehingga hari ini.Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun.

Kadazandusun

Muzik Tradisional kaum terbesar di Sabah

Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh. Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma. Alat-alat muzik di Sabah, dikelaskan kepada ;

  • Kordofon – (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan)
  • Erofon – (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)
  • Idofon – (togunggak, gong,kulintangan) dan membranofon (kompang,gendang atau tontog).
  • GONG – Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial.

Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama untuk menseragamkan iramanya.

Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistic, isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai. Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi galvanic yang dibeli di sini. Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau Brunei.

Gong of Sabah and Gong Making in Kg. Sumangkap | MySabah.com

Pakaian Tradisi Kadazandusun

Pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun kaya dengan keunikannya. Ini adalah kerana, ianya berlainan diantara satu tempat dengan tempat yang lain. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai perbezaan dari segi pakaian tredisinya. Contohnya pakaian tradisi bagi etnik Dusun Bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang di Kota Marudu.

Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Biasanya pakaian tradisi ini dipakai pada musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga upacara khas seperti perkahwinan. Selalunya para gadis dari kaum Kadazandusun ini akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan di Peringkat Negeri Sabah.

Momogun ethnic of North Borneo

Kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun.

Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari “Nunuk Ragang” sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun.

Sumber:

http://mohammadia5193.blogspot.com/2019/05/sejarah-dan-perkembangan-etnik.html

https://infomasimalaysia.wordpress.com/2017/01/15/first-blog-post/

https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30114?language=my

error: Content is protected !!