Now Reading
Kebaikan Vitamin C, Cara Penggunaan dan Produk Yang Patut Dibeli

Kebaikan Vitamin C, Cara Penggunaan dan Produk Yang Patut Dibeli

kebaikan vitamin c

Kebaikan vitamin C diakui oleh peminat produk penjagaan kulit. Vitamin C penting untuk kesihatan dan salah satu produk yang tinggi antioksida di pasaran.

Ia membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda dan berseri. Ia membantu menyingkirkan radikal bebas serta menyembuhkan tisu dan menghasilkan kolagen untuk kulit yang sihat.

Penuaan, pencemaran atau pendedahan kepada sinaran UV boleh menurunkan peratus ketersediaan vitamin di dalam kulit lebih-lebih lagi di epirdemis. Pengambilan vitamin C secara oral memberi kesan yang bagus tetapi tidak sebagus penggunaan topikal.

Mari kita lihat kebaikan vitamin C, cara penggunaannya dan produk yang mengandungi vitamin C yang patut anda beli.

KEBAIKAN VITAMIN C

1. Sesuai untuk semua jenis kulit

Jika dilihat secara majoriti, semua orang boleh gunakan vitamin C untuk jangka masa yang lama tanpa sebarang kesan sampingan. Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif mungkin akan menghidapi sedikit iritasi tetapi situasi ini jarang berlaku.

2. Air untuk kulit

Magnesium ascorbyl phosphate adalah salah satu bahan biasa yang terdapat di dalam vitamin C, telah terbukti dapat memberi hidrasi kepada kulit. Ia mengurangkan kehilangan air di transepidermal, agar kulit anda kekal lembap.

3. Memudarkan hiperpigmentasi

Kegunaan vitamin C adalah untuk mengurangkan pembentukan melanin. Ini membantu parut gelap pudar dan tona kulit menjadi lebih sekata.

4. Melindungi dari kerosakan sinar matahari

Vitamin C ini kaya dengan antioksida dan ia melindungi kesihatan sel kulit dengan memberi elektron kepada radikal bebas.

5. Membantu menyembuhkan luka

Vitamin C juga boleh mempercepatkan penyembuhan luka, contohnya seperti sunburn. Inflamasi, jangkitan ataupun parut semakin berkurang apabila ia pulih dengan cara yang betul.

6. Mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata

Lingkaran hitam di bawah mata dapat dirawat dengan menguatkan kulit sensitif yang nipis di sekitar mata. Kesan daripada antioksida yang terkandung di dalam vitamin C bantu jadikan kulit lebih anjal dan sembunyikan saluran darah.

7. Membantu merawat penuaan kulit

Proses penuaan menjadi lebih perlahan kerana antioksida di dalam vitamin C akan mempengaruhi sel-sel di dalam badan.

Pengambilan vitamin C yang lebih tinggi akan mengurangkan risiko kedutan, kulit kering, dan akan kulit kelihatan lebih sihat. Selain itu, rawatan vitamin C topikal memang telah terbukti dapat merawat kedutan.

CARA PENGGUNAAN

1. Serum di waktu pagi

Secara umum, tiada halangan kalau anda mahu gunakan vitamin C di waktu petang, tetapi anda akan dapat kebaikan maksimum apabila anda menggunakannya di waktu pagi. Sebaiknya vitamin C digunakan pada waktu pagi, ketika sinaran UV berada di puncaknya.

Walau bagaimanapun, keberkesanannya akan berkurang apabila ia terdedah dengan cahaya matahari, jadi biar ia meresap masuk ke dalam kulit anda sebelum anda keluar rumah.

Untuk mendapat perlindungan UV pada tahap optima, sangatlah penting untuk menggabungkan krim pelindung matahari dengan vitamin C. Ia akan menggandakan perlindungan berbanding hanyan memakai krim pelindung matahari sahaja pada waktu siang.

2. Kepekatan yang tepat

Jumlah vitamin C berbeza bergantung kepada produk yang ada di pasaran. Kepada mereka yang mempunyai kulit kering atau sensitif, boleh mulakan dengan kepekatan yang rendah, mungkin dalam 5 peratus.

Kepekatan yang lebih tinggi sesuai untuk si kulit berminyak atau mereka yang mempunyai masalah pigmentasi dan ingin merawatnya.

3. Musuh vitamin C

Benzoyl peroxide adalah satu bahan yang anda perlu elak dipakai dalam rutin yang sama dengan vitamin C. Ia akan teroksida dan keberkesanan menurun. Anda boleh pakai gunakan vitamin C untuk rutin penjagaan kulit di waktu pagi dan benzoyl peroxide pada waktu malam.

Retinol juga tergolong di dalam bahan yang tidak boleh dicampur bersama vitamin C. Retinol bekerja dengan lebih baik untuk masalah kulit yang berbeza. Campuran kedua bahan ini boleh menyebabkan ia kurang efektif. Kerana kedua-duanya memberi kesan yang sama terhadap kulit

4. Penyimpanan

Simpan produk yang mengandungi vitamin C di bekas yang legap dan kedap udara. Kebanyakan produk vitamin C di luar mempunyai pembungkusan yang legap.

5. Jaga-jaga dengan perubahan warna pada produk

Serum vitamin C seharusnya tiada warna atau berwarna kuning cair. Keberkesanan serum akan berkurang apabila ia bertukar ke warna kuning atau keperangan. ia masih boleh digunakan, Cuma kesannya tidak sebagus sebelum ia teroksida.

Tambahan lagi, sangat jarang untuk produk ini teroksida. Akan tetapi, anda perlu buang kesemua produk yang berubah warnanya secara mendadak terutama apabila warnanya menjadi keperangan.

PRODUK YANG MANA ANDA PATUT BELI?

1. EUCERIN Hyaluron Filler Vitamin Booster

  • Memberi keanjalan dengan kadar yang segera
  • Pori-pori kurang kelihatan
  • Tahap tolerasi yang tinggi dengan kulit

2. The Ordinary Vitamin C Suspension

  • Tona kulit sekata
  • Memerangi tanda-tanda penuaan
  • Melindungi daripada radikal bebas

3. SOMEBYMI Galactomyces Pure Vitamin C Glow Serum

  • Kulit semakin berseri
  • Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif
  • Paling dikenali ramai

4. Mad Hippie Vitamin C Serum

  • Menangani tona kulit tidak sekata, hiperpigmentasi, kulit kusam dan tanda penuaan.
  • Mempunyai agen pengelupasan dan mampu memulihkan kulit.
  • Kulit kelihatan awet muda

Penjagaan kulit memerlukan anda untuk try and error untuk tahu produk yang mana sesuai dengan kulit anda. Produk high-end tidak semestinya selalu berkesan dan kualiti sebahagian produk di drugstore  kadang lebih baik.

Anda perlu selalu buat patch test sebelum membeli vitamin C untuk mengelakkan iritasi. Anda juga digalakkan untuk menggunakan vitamin C setiap hari atau pada hari kulit anda tidak terlalu sensitif atau berminyak untuk bertolak-ansur dengan produk ini.

Sumber:

https://www.healthline.com/health/beauty-skin-care/vitamin-c-serum-benefits#firming

https://www.verywellhealth.com/vitamin-c-for-skin-5084225

https://www.webmd.com/diet/features/the-benefits-of-vitamin-c#3

https://www.self.com/story/vitamin-c-for-skin-tips

https://www.womanandhome.com/beauty/what-is-ascorbic-acid-and-how-does-it-work-in-skin-care

error: Content is protected !!