Kecelaruan obsesif kompulsif (obsessive compulsive disoder – OCD) mempunyai corak pemikiran dan ketakutan yang tidak munasabah (obsesif) yang menyebabkan anda melakukan tingkah laku berulang (kompulsif). Obsesif dan kompulsif ini boleh mengganggu aktiviti harian dan menyebabkan kesusahan yang besar.
Anda boleh cuba mengabaikan atau menghentikan obsesif anda, tetapi itu hanya akan meningkatkan kesengsaraan dan kebimbangan anda. Pada akhirnya, anda berasa terdorong untuk melakukan tindakan yang kompulsiff bagi cuba meredakan tekanan tersebut. Walaupun anda berusaha untuk mengabaikan atau menghilangkan pemikiran atau dorongan yang mengganggu ini, mereka akan terus kembali. Ini justeru mendorong kepada perilaku ritualistik yang lebih banyak iaitu kitaran ganas OCD.
Selain itu, masalah OCD sering berpusat sekitar tema tertentu – contohnya, ketakutan untuk mendapat jangkitan daripada kuman. Bagi meringankan kebimbangan pencemaran, anda mungkin membasuh tangan anda secara paksa sehingga mereka melecet dan merekah.
Simptom Kecelaruan Obsesif Kompulsif
Gangguan obsesif-kompulsif (obsessive compulsive disoder) biasanya merangkumi kedua-dua aspek obsesif dan kompulsif. Namun, ia juga mungkin mempunyai gejala obsesif atau gejala kompulsif secara sendiri. Anda mungkin sedar atau tidak sedar bahawa rasa obsesif dan kompulsif anda berlebihan atau tidak munasabah, tetapi keadaan ini boleh mengambil kebanyakan masa dan mengganggu rutin harian serta fungsi sosial atau kerja anda.
– Gejala obsesif (obsession)
Obsesif OCD adalah fikiran yang berulang, berterusan dan tidak diingini, dorongan atau imej yang mengganggu dan menyebabkan kesusahan atau kebimbangan. Anda mungkin cuba mengabaikannya atau menyingkirkannya dengan melakukan tingkah laku atau ritual yang kompulsif. Perkara ini biasanya mengganggu apabila anda cuba memikirkan atau melakukan perkara lain.
Rasa obsesif sering mempunyai tema, seperti:
- Takut pada pencemaran atau kotoran.
- Memerlukan sesuatu yang teratur dan simetri.
- Pemikiran yang agresif atau dahsyat berkenaan mencederakan diri sendiri atau orang lain.
- Fikiran yang tidak diingini, termasuk pencerobohan, atau subjek seksual atau agama.
Contoh tanda dan gejala obsesif termasuk:
- Takut menjadi tercemar dengan menyentuh objek yang sudah disentuh orang lain.
- Mempunyai keraguan bahawa anda telah mengunci pintu atau mematikan suis gas dapur.
- Berasa tertekan apabila objek dalam keadaan tidak teratur atau menghadap cara tertentu.
- Imej mencederakan diri anda atau orang lain yang tidak diingini dan membuatkan anda tidak selesa.
- Pemikiran tentang menjerit tidak senonoh atau bertindak secara tidak rasional yang tidak diingini dan membuatkan anda tidak selesa.
- Mengelakkan situasi yang boleh mencetuskan rasa obsesif, seperti berjabat tangan.
- Tertekan tentang imej seksual tidak menyenangkan yang berulang dalam fikiran anda.
– Gejala desakan (compulsion)
Desakan OCD berlaku ketika anda melakukan tingkah laku berulang kerana dorongan tertentu. Tingkah laku berulang atau tindakan mental ini bertujuan untuk mencegah atau mengurangkan kerisauan yang berkaitan dengan sifat obsesif anda atau mencegah sesuatu yang tidak baik berlaku. Walau bagaimanapun, terlibat dalam hal kompulsif tidak mendatangkan keseronokan dan hanya boleh menawarkan bantuan sementara daripada kebimbangan.
Anda boleh membuat peraturan atau ritual yang perlu diikuti untuk membantu mengawal kebimbangan anda apabila anda mempunyai pemikiran yang obsesif. Aspek kompulsif yang berlebihan ini sering tidak berkaitan secara realistik dengan masalah yang mahu dibetulkan.
Seperti obsesif, aspek kompulsif biasanya mempunyai tema tertentu, seperti:
- Membasuh dan membersih.
- Memeriksa.
- Mengira.
- Susunan.
- Mengikut rutin yang ketat.
- Menuntut jaminan.
Contoh tanda-tanda dan gejala kompulsif termasuk:
- Basuh tangan sehingga kulit menjadi melecet.
- Memeriksa pintu berulang-ulang untuk memastikan ia dikunci.
- Memeriksa gas dapur berulang kali untuk memastikan ia sudah ditutup.
- Mengira dalam corak tertentu.
- Mengulangi doa, kata atau frasa dengan senyap.
- Menyusun barangan bertin dengan menghadap cara yang sama.
Punca Kecelaruan Obsesif Kompulsif
Penyebab gangguan obsesif-kompulsif masih tidak difahami sepenuhnya. Teori utama termasuk:
- Biologi. Masalah OCD mungkin berlaku disebabkan perubahan dalam kimia semula jadi atau fungsi otak anda sendiri.
- Genetik. Masalah OCD mungkin mempunyai komponen genetik, tetapi gen tertentu masih belum dikenal pasti.
- Persekitaran. Beberapa faktor persekitaran seperti jangkitan dicadangkan boleh menjadi pencetus untuk OCD, tetapi lebih banyak kajian perlu dilakukan.
Diagnosis Kecelaruan Obsesif Kompulsif
Menurut pakar, kriteria diagnostik untuk masalah OCD termasuk:
- Kehadiran aspek obsesif, kompulsif atau kedua-duanya sekali.
- Obsesif dan kompulsif yang memakan masa lama atau menyebabkan kesusahan atau kemerosotan signifikan secara klinikal dalam bidang sosial, pekerjaan atau bidang penting lain.
- Gejala obsesif-kompulsif berlaku bukan disebabkan oleh kesan fisiologi bahan larangan, contohnya penyalahgunaan dadah atau ubat untuk keadaan lain.
Jika kriteria di atas dipenuhi, diagnosisnya mungkin OCD. Beberapa gangguan psikiatri dan neurologi yang lain, seperti kemurungan dan kecemasan mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan OCD dan boleh berlaku sekali di samping keadaan OCD ini.
Faktor Risiko Kecelaruan Obsesif Kompulsif
Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko mengembangkan atau mencetuskan gangguan obsesif-kompulsif termasuk:
- Sejarah keluarga. Mempunyai ibu bapa atau ahli keluarga lain dengan gangguan ini boleh meningkatkan risiko anda mendapat masalah yang sama.
- Peristiwa kehidupan yang memberi tekanan. Sekiranya anda mengalami peristiwa traumatik atau tertekan, risiko anda mungkin meningkat. Reaksi ini boleh mencetuskan pemikiran, ritual dan ciri-ciri keresahan emosi OCD atas sebab tertentu.
- Gangguan kesihatan mental yang lain. OCD mungkin berkaitan dengan gangguan kesihatan mental yang lain, seperti gangguan keresahan, kemurungan, penyalahgunaan bahan atau gangguan tik.
Rawatan Kecelaruan Obsesiff Kompulsif
Masalah OCD biasanya berkembang menjadi keadaan kronik jika ia tidak dirawat, sekiranya berlaku keadaan yang mana gejala kelihatan bertambah baik. Tanpa rawatan, kadar pengulangan masalah yang sama adalah rendah, iaitu sekitar 20 peratus.
Walau bagaimanapun, sekitar 40 peratus individu yang mempunyai masalah OCD semasa kanak-kanak atau remaja mengalami masalah sama ketika meningkat dewasa. Rawatan untuk OCD bergantung kepada berapa banyak keadaan yang mempengaruhi keupayaan seseorang untuk berfungsi.
Rawatan utama untuk OCD selalunya termasuk:
- Terapi tingkah laku kognitif (cognitive behavioral therapy – CBT)
- Perencat serotonin reuptake terpilih (selective serotonin reuptake inhibitors – SSRI).
- Gabungan rawatan SSRI dan CBT.
SUMBER
https://www.webmd.com/mental-health/obsessive-compulsive-disorder