Kedai makan Kuala Lumpur merupakan syurga makanan yang tidak dapat disangkal lagi. Bandar raya Kuala Lumpur sememangnya terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan dari pelbagai negeri.
Walaupun berstatus bandar raya, namun makanan tradisional dari pelbagai negeri di negara ini termasuk nasi kerabu, tempoyak, budu, nasi dagang, mi kolok, ayam penyet, nasi beriani, rojak, pasembor boleh didapati di KL dengan mudah. Jadi
Bukan itu sahaja, juadah luar negara seperti Korea, Vietnam, Taiwan, Indonesia, Thailand, India, Arab, Itali, Perancis sehingga ke juadah terkenal etnik minoriti Uighur, iaitu Mi Tarik boleh didapati dengan mudah di sini pada bila-bila masa. Siapa tak pernah menjamu selera menikmati nasi beriani kambing pada pukul 4 pagi?
1. Satay Capitol 1951
Alamat: No, 1, Jalan Haji Hashim, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 3 pm – 12 am
Jika Kajang ada sate Kajang, Kampung Baru ada Satay Capitol 1951. Restoran ini memang boleh dikatakan legend kerana ianya telah beroperasi sejak 1951 lagi.
Kunci utama keenakkan sate di sini terletak pada bahan perapan satenya. Tambahan pula, sate di sini dibakar dengan begitu sempurna sehinggakan dagingnya menjadi lembut sekali. Memang terbaik!
2. Restoran Sambal Hijau
Alamat: Lot 2990, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari (7.30 am – 12 am)
Untuk yang inginkan nasi berlauk pelbagai, ini adalah tempatnya. Pelbagai menu anda dapat temui di sini. Asas menu mereka adalah masakan Melayu dan Minang, sesuai dengan penggemar masakan kampung.
Antara lauk-pauk yang boleh anda cuba ialah daging salai, keli goreng belado, sambal tempe, ayam bakar dan juga aneka jenis ulaman. Pasti lebih enak jika dimakan bersama sambal belacan!
3. Nasi Lemak Wanjo
Alamat: 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari (6.30 am – 1 am)
Nasi lemak di sini menggunakan resepi turun-temurun sejak lebih 50 tahun lagi, jadi jelaslah yang ianya memang ‘legend’. Lauk-pauk di sini juga ada berbagai.
Antara lauk-pauk yang boleh didapati ialah sambal sotong, sambal paru, ayam goreng dan rendang ayam. Kami yakin jika anda ke sini pasti anda akan ambil lebih dari sejenis lauk. Biasalah, rambang mata!
4. Restoran Rosdet Tomyam
Alamat: 5, 160, Jalan Abdul Rahman Idris, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Setiap hari (12pm – 12 am)
Sebut sahaja tentang Tomyam, siapa sahaja yang tidak menggemari masakan Thai yang cukup popular ini? Kami yakin ramai di kalangan pembaca yang menggemarinya. Jika anda ingin mencuba Tomyam kena dengan selera anda, anda wajib serbu restoran ini!
Restoran Rosdet Tomyam yang bertempat di Chow Kit ini cukup terkenal dengan masakan Thai yang asli. Antara menu yang menambat hati ramai ialah Siakap Tiga Rasa, Tomyam Seafood, Lidah Masak Merah dan Lala Masak Pedas. Rasanya cukup memukau!
5. Fiske Steakhouse & Asam Pedas
Alamat: No k4, medan selera Au 2 c, Taman Desa Keramat, 54200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (9am – 12 pm)
Jarang-jarang kita jumpa restoran yang menggabungkan citarasa tempatan dan Barat, namun di KL anda boleh menikmati hidangan sebegini di restoran Fiske Steakhouse & Asam Pedas!
Untuk makanan tempatan, semestinya asam pedas menjadi pilihan ramai. Ada asam pedas ikan parang, daging tetel, ikan pari dan banyak lagi. Ianya juga pedas dan persis asam pedas Melaka!
Untuk makanan Barat pula, Lamb Stew, Lamb Grill dan Grilled Chicken Chop merupakan antara yang terlaris. Saiznya juga besar, pasti kena dengan citarasa anda.
6. Gerai Ikan Bakar Seri Melaka
Alamat: Lorong Bellamy & Jalan Istana, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari (11 am – 4 pm) manakala Jumaat (10 am – 3 pm)
Ada penggemar ikan bakar di sini? Restoran Gerai Ikan Bakar Seri Melaka ini menghidangkan ikan bakar yang bukan sahaja enak, malah segar dari ladang!
Terletak berhampiran dengan Istana Negara, antara menu yang terlaris di sini ialah menu ikan bakar, kerang bakar dan sotong bakar. Ikan di sini juga berbagai jenis, dan ikan yang menjadi pilihan ramai ialah semestinya ikan pari.
Lauknya juga segar-segar belaka dan dibakar dengan sempurna. Enak dicicah bersama kicap yang istimewa!
7. Restoran ZK
Alamat: 76, Jalan Kampung Attap, Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari (11 am – 4 pm)
Dari luar kedainya, kelihatan seperti restoran Mamak biasa sahaja. Namun, ada yang tak tahu yang Restoran ZK ini sangat terkenal dengan menu kari kepala ikannya!
Semestinya kari kepala ikan di sini sangat istimewa. Saiznya berbeza-beza tetapi yang pasti, semuanya besar-besar belaka. Jika anda pencinta kari kepala ikan, anda pasti akan berpuas hati dengan kualitinya!
8. Gobang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai
Alamat: Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, Selasa – Khamis (11 am – 7 pm) manakala Jumaat – Ahad (11 am – 10 pm).
Sebut sahaja patin tempoyak, pasti anda mula kecur air liur memikirkan menu yang cukup popular dari Pahang ini, bukan? Untuk menikmati patin tempoyak Pahang, singgah sahaja di restoran ini!
Sebut sahaja patin tempoyak, pasti anda mula kecur air liur memikirkan menu yang cukup popular dari Pahang ini, bukan? Untuk menikmati patin tempoyak Pahang, singgah sahaja di restoran ini!
9. Nasi Ayam Chee Meng
Alamat: 50, Bukit Bintang Street, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari (11 am – 10 pm)
Peminat nasi ayam Hainan, kami ada berita gembira buat anda. Restoran Nasi Ayam Chee Meng ini ada menyediakan nasi ayam Hainan yang dikatakan antara yang terbaik di KL.
Semestinya halal dan enak, restoran ini terletak di Bukit Bintang. Ayamnya dipuji ramai kerana isinya sangat ‘juicy’ dan nasinya pula lembut. Lebih enak jika dimakan bersama kerabu kaki ayam!
10. Nasi Kandar Mohd Yaseen
Alamat: No. 351 & 353, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 24 jam setiap hari
Sebenarnya terdapat beberapa kedai nasi kandar di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahmman. dan salah satunya ialah restoran Nasi Kandar Yaseen. Bolehlah singgah makan di kedai makan Kuala Lumpur ini alang-alang membeli belah.
Betulkah sedap nasi kandar di sini? Adakah ianya sama seperti nasi kandar di Penang? Gerai ini pernah muncul di dalam akhbar The Star sebagai nasi kandar paling sedap yang pernah dimakan oleh penulisnya. Jadi, lekaslah terjah!
Wah menarik bukan makanan yang disajikan oleh kedai makan Kuala Lumpur ini? Jika anda merupakan anak jati Kuala Lumpur atau akan datang ke Kuala Lumpur untuk urusan kerja atau melancong jangan lupa untuk singgah dan merasa sendiri keenakan makanan-makanan ini! Selamat mencuba!
Sumber:
https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-kuala-lumpur/
https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-kuala-lumpur/
https://www.mstar.com.my/lain-lain/rencana/2011/04/13/ada-apa-di-kuala-lumpur