Now Reading
Kedutan (Wrinkles) – Simptom, Punca dan Rawatan

Kedutan (Wrinkles) – Simptom, Punca dan Rawatan

kedutan

Kedut atau kedutan seperti garis halus atau alur dalam biasanya berlaku di bahagian-bahagian badan yang paling banyak terdedah kepada matahari.

Bahagian terdedah matahari seperti muka, leher, belakang tangan dan bahagian atas lengan. Sekiranya kedutan mengganggu anda, anda boleh menghindarinya melalui beberapa pilihan.

Simptom Kedutan

Kedut adalah garis dan lipatan yang terbentuk di kulit anda. Sesetengah kedutan boleh menjadi garis yang dalam dan mungkin sangat ketara di sekitar mata, mulut dan leher anda.

Punca Kedutan

Kedut adalah sebahagian daripada proses semulajadi penuaan. Apabila seseorang individu meningkat usia, kulit mereka akan menjadi lebih nipis, kering hingga muncul garisan di permukaan kulit.

Ekspresi wajah yang berulang kali seperti senyum, mengerutkan kening atau mengecilkan mata boleh menyebabkan garis halus dan kedutan sewaktu usia yang lebih muda.

Setiap kali seseorang individu menggunakan dan menggerakkan otot muka, alur akan terbentuk di bawah permukaan kulit.

Sewaktu muda, kulit biasanya akan kembali menganjal seperti asal, tetapi bagi individu yang lebih tua, kulit kehilangan keanjalannya. Justeru, kemungkinan kulit untuk menganjal kembali seperti sediakala adalah lebih sukar dan mengakibatkan alur menjadi kekal.

Sejumlah faktor persekitaran juga boleh mencetus kepada pembentukan Kedutan. Salah satunya adalah melalui pendedahan sinaran ultra ungu (UV – Ultra Violet).

Anda boleh terdedah kepada sinaran UV apabila berjemur di bawah matahari, menggunakan ‘tanning booth’ dan aktiviti sukan di luar. Semua perkara ini boleh meningkatkan risiko Kedutan yang muncul dengan lebih awal.  

Sinaran UV boleh merosakkan serat kolagen dan elastin dalam kulit anda. Serat ini penting bagi membentuk tisu penghubung kulit. Ia terletak di bawah permukaan kulit, dan memberi sokongan kepada kulit anda.

Memecahkan lapisan ini menyebabkan kulit menjadi lemah dan kurang fleksibel. Oleh itu, kulit mula menggelebeh dan Kedutan pun muncul.Pakaian yang menutupi badan, seperti topi dan lengan panjang, boleh memperlahankan perkembangan Kedutan.

Individu yang bekerja di bawah cahaya matahari mengalami risiko yang lebih tinggi untuk membentuk Kedutan awal pada kulit mereka.

Contoh pekerjaan yang melibatkan pendedahan tinggi kepada cahaya matahari termasuklah memancing dan bertani. Selain itu, nelayan, pemain golf, pasukan penyelamat pantai dan tukang kebun juga mungkin lebih cendrung mengalami penuaan kulit awal.

Rawatan Kedutan

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan dan menghilangkan penampilan kedut pada wajah.

• Retinoid (tretinoin, Altreno, Retin-A, Renova). Di antara rawatan perubatan yang lain, cara ini adalah yang paling terbukti dan berkesan untuk memperbaiki penuaan seperti Jeragat, Pigmentasi, kulit kasar, dan Kedutan. Pada mulanya, ubat-ubatan ini mungkin boleh mengakibatkan kemerahan dan pengelupasan pada kulit. Keadaan ini mungkin tidak menyenangkan namun pemulihan kulit berlaku apabila pengelupasan telah berhenti.

Asid alfa-hidroksi. Juga digelar sebagai asid buah, dan termasuklah asid glikolik dan asid laktik. Rawatan yang mengandungi asid buah ini agak selamat dan hanya mengakibatkan kerengsaan ringan yang sementara. Proses rawatan yang dihasilkan mungkin agak sedikit.

• Antioksidan. Rawatan jenis ini termasuklah vitamin A, C, dan E serta beta-karoten. Produk yang mengandungi antioksidan boleh memberikan perlindungan dari cahaya  matahari dan memperbaiki kedut. Namun begitu, anda masih perlu menggunakan pelindung matahari bagi melindungi kulit anda daripada sinaran UV dengan sempurna.

• Pelembap. Produk jenis ini boleh mengurangkan penampilan Kedutan buat sementara waktu. Namun demikian, kebanyakan iklan di pasaran mendakwa bahawa produk mereka boleh menghilangkan garis-garus halus sedangkan, ia hanya boleh mengurangkan dan tidak boleh menghilangkannya secara kekal.

Pengelupasan Asid Glikolik. Produk pengelupasan ini boleh memberi perbezaan yang sangat kecil dalam penampilan kedutan halus.

 Pengelupasan Kulit yang Lebih Mendalam. Rawatan ini menggunakan bahan-bahan seperti phenol, asid salisilik, TCA dan asid trichloroacetic dan ia boleh menembusi lebih dalam ke dalam kulit. Pengelupasan jenis ini dengan lebih baik untuk melicinkan garis halus berbanding pengelupasan asid glikolik. Secara umumnya, semakin dalam kesan rawatan pada lapisan kulit, semakin besar kemungkinan kesan sampingannya, seperti parut dan perubahan warna kulit. Keadaan seperti ini boleh meningkatkan ketidakselesaan. Jadi, tanya dahulu ahli dermatologi atau doktor pakar kulit anda bagi mendapatkan kepastian mengenainya. 

• Dermabrasion. Prosedur ini menggunakan “pasir” pada kulit. Bergantung kepada kemahiran dan pengalaman profesional individu yang menjalankannya, dermabrasion boleh memberi perbezaan yang besar terhadap penampilan kedut. Kesan sampingan yang mungkin dialami termasuklah pembentukan parut dan dan perubaham warna kulit yang kekal.

Laser. Doktor boleh menggunakan laser untuk merangsang pengeluaran kolagen kulit, yang membantu menganjalkan kulit. Terdapat pelbagai jenis rawatan laser, dan anda harus bertanya kepada doktor mengenai jenis rawatan yang anda perlukan serta berapa lama masa yang diperlukan bagi penyembuhan kulit dan sebarang risiko yang mungkin anda alami.

• Pembedahan plastik. ‘Facelift’, ‘brow lift’, dan jenis pembedahan kosmetik lain boleh membantu sesetengah individu. Bagi individu yang pula, prosedur yang lebih kecil sudah cukup untuk membantu mereka merawat kedut. Berunding dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum anda memutuskan prosedur rawatan yang anda inginkan.

• Terapi ultrabunyi. Food & Drug Association telah meluluskan teknik yang dipanggil Ultherapy yang menggunakan ultra bunyi secara tidak invasif untuk mengangkat dan menegangkan kulit muka, leher, dan dagu. Ia juga boleh digunakan untuk memperbaiki Kedut di bahagian dada.

• Suntikan. Sesetengah suntikan, termasuklah Botox, boleh merelakskan otot yang menghasilkan “garis kedut” di dahi, garis halus di sekeliling mata, dan kedutan lain. Penambahbaikan akan bertahan selama beberapa bulan dan harus diulang semula untuk mempertahankankan kesannya. Suntikan yang lain termasuklah ‘fillers’ kedutan. Namun begitu, ingatlah bahawa anda seharusnya mendapatkan suntikan daripada doktor yang bertauliah sahaja.

Sumber:

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/wrinkles/symptoms-causes/syc-20354927

https://www.healthline.com/health/beauty-skin-care/wrinkles

https://www.medicalnewstoday.com/articles/174852

https://en.wikipedia.org/wiki/Wrinkle

error: Content is protected !!