Kek keju (Bahasa Inggeris: cheesecake) adalah kek pencuci mulut dibuat dengan mencampurkan keju bertekstur lembut, telur, susu, dan gula sebelum beliau dibubuh atas suatu lapisan biskut atau pastri keras dan bertekstur rapuh. Keju yang umumnya digunakan adalah keju krim, namun jenis lain seperti cottage cheese, ricotta, mascarpone, neufchâtel atau quark dapat juga digunakan.Kek keju umumnya diberi hiasan buah segar, krim dan lapisan gula. Pembuatannya bergantung kepada bahan pelikat asas yang digunakan – kek keju menggunakan telur umumnya dibakar untuk memasak telur tersebut,manakala kek keju berasaskan gelatin tidak perlu dibakar malah hanya perlu disejukkan terlebih dahulu sebelum disajikan.
Kek ini datang dalam pelbagai perisa seperti matcha,strawberry, labu, key lime, lemon, coklat, Oreo, chestnut, atau gula-gula. Ia barangkali juga boleh dihiasi buah-buahan, krim kocok, kacang, kek buah, sos, atau sirup coklat di atasnya.
Nikmati kek keju Jepun yang berkrim dan lazat ini. Ianya benar-benar bebas gula dan gluten. Jom cuba sediakan kek keju matcha sekarang!
- Masa persediaan – 15 minit
- Masa memasak – 1 jam 20 minit
- Masa sejuk – 8 jam
- Tahap – Sederhana
- Saiz hidangan: 10 keping
Peralatan yang diperlukan:
- Talam bakar bulat berdiameter 23cm
- Ketuhar
- Pengadun tangan
- Kertas parchment
Bahan-bahan:
- Adunan kek keju matcha
- 450g keju krim
- 180g (3/4 cawan) krim masam
- 180ml (3/4 cawan) krim padat
- 2 sudu teh serbuk matcha
- 120g Erythritol
- 3/4 sudu teh serbuk stevia
- 1 sudu teh ekstrak vanila
- 3 biji telur
Bagi penyediaan kerak kek matcha:
- 75g tepung badam
- 40g kacang pistachio dicincang
- 1/4 sudu serbuk ekstrak stevia (pengganti gula)
- 2 sudu besar mentega cair
- 1 sudu teh serbuk matcha
Cara penyediaan:
- Panaskan ketuhar kepada suhu 150°C.dan tuangkan kira-kira satu inci air panas ke dalam dulang pembakar yang dalam dan letakkan di rak bawah dalam ketuhar.
- Campurkan bahan-bahan kerak matcha bersama-sama. Ia seharusnya membentuk menjadi adunan berminyak.
- Alas tray bakar dengan kertas parchment. Pindahkan adunan kerak ke dalam tray bakar dan tekan dengan jari dan telapak tangan anda sehingga semuanya sama rata. Letakkan kerak matcha ke dalam ketuhar yang dipanaskan dan bakar selama 10 minit.
- Semasa kerak dibakar, kacak krim keju menggunakan pengadun tangan. Pastikan tiada benjolan keju dan ia telah menjadi berkrim.
- Tambahkan Erythritol, Stevia dan esen vanila. Gaulkan semua sekali lagi sehingga sebati. Tambah krim masam, serbuk matcha dan kacau lagi.
- Perlahan-lahan tuangkan krim sedikit demi sedikit. Pastikan anda melakukan ini sedikit demi sedikit atau krim akan memercik pada seluruh baju dan kaunter dapur anda. Gaulkan dengan baik selama sekitar satu minit. Anda akan mempunyai adunan hijau tebal yang bagus sekarang.
- Tambahkan satu telur pada satu masa dan hanya pukul sehingga ia dicampur dengan baik. Jangan terlebih pukul telur sampai berbuih.
- Keluarkan kerak daripada ketuhar. Tuangkan adunan keju ke dalam kerak yang disediakan. Pastikan ia sebati dan sekata. Letakkannya balik ke dalam ketuhar selama 70 minit.
- Selepas dibakar, buka pintu ketuhar sedikit dan biarkan kek keju sejuk sepenuhnya di dalam ketuhar selama 1 hingga 2 jam.
- Setelah disejukkan, pindahkan kek ke dalam peti sejuk untuk berehat selama 8 jam atau lebih ataupun semalaman.
- Anda boleh hidangkannya mengikut ‘topping’ kesukaan anda selepas itu.
Selamat mencuba!
Stainless Steel Hand Whisk Mixer
RM33.00
Reka bentuk bulat dan keluli tahan karat sangat sesuai untuk mencampurkan telur atau sos. Kebanyakan whisks terdiri daripada pemegang panjang dan sempit dengan mempunyai gelung dawai yang disambungkan pada hujungnya. Whisks biasanya digunakan untuk mencampur putih telur sehingga menjadi buih untuk membuat meringue. Ia sangat mudah digunakan dan ianya wajib ada bagi yang sukakan memasak.
Panasonic Microwave Oven
RM319.00
Mempunyai meja putar 340mm yang luas dan 6 tahap kuasa berubah-ubah, Panasonic 20L Inverter Microwave Oven with Sensor menjadikan penyediaan hidangan sederhana dan pemanasan cepat menjadi tugas di dapur lebih mudah.
Ketuhar ini dapat menyahbeku makanan frozen anda dalam masa hanya beberapa minit sahaja. Boleh memuatkan kapasiti sehingga 20L dan dijamin selamat penggunaannya.
Ianya menjimatkan masa dan tidak perlu menunggu terlalu lama untuk memanaskan makanan. Rekaannya juga sangat menarik dan tidak memerlukan ruangan yang besar untuk meletakkannya. Sesuai buat ruangan dapur yang terhad.