Banyak kelebihan latihan kekuatan seperti memberi manfaat pada jantung, meningkatkan keseimbangan, menguatkan tulang dan banyak lagi. Sekiranya anda mengetahui bahawa sejenis latihan tertentu boleh memberi manfaat pada jantung, meningkatkan keseimbangan, menguatkan tulang dan membantu anda mengurangkan berat badan, tidakkah anda akan lebih terdorong untuk melakukannya secepat yang boleh? Malah, kajian telah menunjukkan bahawa latihan kekuatan boleh memberikan manfaat seperti yang telah disebutkan serta banyak lagi.
Latihan kekuatan, juga dikenali sebagai latihan berat atau latihan rintangan adalah aktiviti fizikal yang direka khas untuk meningkatkan kecergasan otot atau kumpulan otot tertentu terhadap rintangan luaran seperti pemberat, mesin pemberat dan berat badan anda sendiri.
Bagaimanakah latihan kekuatan membantu meningkatkan tahap kesihatan anda?
Selain boleh menguatkan dan meningkatkan keregangan otot, latihan kekuatan juga memberi banyak manfaat lain seperti yang berikut.
– Menjadikan anda lebih kuat dan sihat
Kelebihan latihan kekuatan adalah sesuatu yang jelas tetapi ia tidak boleh diabaikan. Kekuatan otot sangat penting bagi memudahkan anda melakukan rutin harian dengan baik terutamanya apabila anda telah meningkat usia dan mula kehilangan otot. Latihan kekuatan yang dipanggil sebagai latihan rintangan juga melibatkan pengukuhan tona otot dengan pengecutan otot kerana daya tahan.
Terdapat dua jenis latihan kekuatan:
- Latihan kekuatan isometrik – melibatkan pengecutan otot terhadap objek yang tidak bergerak seperti melakukan ‘push-up’ melawan lantai. Untuk keselesaan kepada anda, gunakan tikar semasa push-up. Satu lagi contoh latihan isometrik ialah ‘pull-up’.
- Latihan kekuatan isotonik – melibatkan pengecutan otot terhadap pelbagai pergerakan seperti angkat berat. Contoh alatan angkat berat ialah dumbell dan kettelebell.
- Memelihara kesihatan tulang dan jisim otot
Sekitar umur 30 tahun, setiap individu akan mula kehilangan sebanyak 3 hingga 5 peratus jisim otot tanpa lemak disebabkan faktor umur.
Hanya dengan melakukan latihan kekuatan intensiti tinggi dan latihan impak selama 30 minit sebanyak dua kali seminggu terbukti boleh meningkatkan prestasi badan. Ia juga dikatakan boleh meningkatkan ketumpatan tulang, struktur dan kekuatan pada wanita yang telah melalui fasa menopaus dan mempunyai jisim tulang yang rendah. Senaman sebegini juga dikatakan tidak mempunyai kesan negatif pada badan.
Bagi semua individu pula, aktiviti pengukuhan otot membantu memelihara dan meningkatkan jisim, kekuatan dan kuasa otot yang penting bagi kesihatan tulang, sendi dan otot apabila umur anda semakin meningkat.
– Membantu mengurangkan berat badan
Latihan aerobik seperti berjalan, berlari dan berbasikal adalah antara aktiviti mudah yang boleh membantu meningkatkan proses pembakaran kalori dalam sehari dan secara tidak langsung membantu mengurangkan berat badan berlebihan.
Namun begitu, kelebihan latihan kekuatan boleh memberi kesan yang sama walaupun anda tidak membakar sejumlah kalori yang banyak semasa melakukan latihan.
Para penyelidik sains sukan mengesyaki bahawa kelebihan latihan kekuatan boleh membantu seseorang untuk mengurangkan berat badan kerana ia meningkatkan kadar metabolisme sewaktu ‘rehat’, iaitu kadar pembakaran kalori apabila anda tidak melakukan sebarang aktiviti.
Jika dibandingkan antara individu yang berdiet dan individu yang tidak bersenam dengan individu yang hanya melakukan senaman aerobik, kumpulan yang berdiet dan melakukan latihan kekuatan sebanyak empat kali seminggu selama 18 bulan berjaya hilang lemak dengan jumlah paling banyak =(kira-kira 8kg berbanding 5kg bagi mereka yang tidak bersenam dan 7kg bagi mereka yang melakukan senaman aerobik). Anda boleh gunakan alat pengukur berat badan untuk ketahui penurunan berat badan anda setelah melakukan senaman secara konsisten.
– Membantu membentuk mekanisme badan yang lebih baik
Tambahan lagi, kelebihan latihan kekuatan juga dari segi keseimbangan, koordinasi dan postur badan. Satu kajian telah menunjukkan bahawa orang tua lebih berisiko untuk jatuh (dan mengalami pelbagai masalah) disebabkan oleh fungsi fizikal mereka yang sudah berkurangan. Oleh itu, latihan kekuatan yang dilakukan dapat mengurangkan risiko untuk seseorang jatuh sebanyak 40 peratus berbanding individu yang tidak melakukan senaman ini.
Jadi, semakin kuat otot anda, semakin meningkatlah keseimbangan badan anda.
– Membantu menguruskan penyakit kronik
Kajian telah mendapati banyak kelebihan latihan kekuatan termasuklah membantu mengawal beberapa jenis penyakit kronik yang dihidapi oleh seseorang individu. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai masalah arthritis, latihan kekuatan boleh menjadi salah satu rawatan untuk mengubati kesakitan yang dialami akibat penyakit ini.
Selain itu, latihan kekuatan yang digabungkan dengan gaya hidup sihat juga dikatakan boleh mengawal kadar glukosa pada pesakit kencing manis jenis 2.
– Meningkatkan tenaga dan menjadikan emosi lebih baik
Kelebihan latihan kekuatan boleh membantu meningkatkan tahap endorfin dalam sistem badan anda (opiat semulajadi yang dihasilkan oleh otak), seterusnya meningkatkan tenaga anda dan menjadikan emosi anda lebih baik.
Sebenarnya, semua jenis latihan kekuatan mampu memberikan manfaat tersebut memandangkan kesemuanya boleh meningkatkan enfordin. Tambahan lagi, kajian tambahan yang melihat pada tindak balas neurokimia dan neuromuskular mendapati bukti tambahan bahawa latihan kekuatan sememangnya mempunyai kesan positif terhadap otak anda.
Sekiranya kesemua bukti kajian tersebut masih tidak cukup untuk menyakinkan anda, ada juga bukti yang menyatakan bahawa melakukan aktiviti kekuatan boleh membantu anda tidur dengan lebih baik.
– Lebih banyak pembakaran kalori berlaku
Kelebihan latihan kekuatan membantu meningkatkan kadar metabolisme anda tetapi latihan berat atau rintangan boleh meningkatkan kadar pembakaran kalori semasa dan selepas latihan.
Anda sebenarnya membakar lebih banyak kalori semasa melakukan latihan kekuatan, dan badan anda akan terus melakukan proses berkenaan walaupun setelah latihan tamat (sama seperti selepas anda melakukan senaman aerobik). Proses ini dipanggil penggunaan oksigen berlebihan selepas latihan. Apabila anda melakukan latihan kekuatan, latihan berat atau latihan rintangan, badan memerlukan lebih banyak tenaga, bergantung pada jumlah tenaga yang telah digunakan (lebih kuat anda bersenam, lebih banyak tenaga diperlukan). Ini bermakna lebih banyak kalori yang akan dibakar semasa anda bersenam, dan keadaan itu akan berterusan walaupun badan anda kembali dalam keadaan rehat.
– Mempunyai manfaat kesihatan kardiovaskular
Sama seperti senaman aerobik, aktiviti fizikal yang menguatkan otot juga membantu mengurangkan tekanan darah anda. Untuk mengetahui tekanan darah anda,
Sekiranya anda melakukan aktiviti pengukuhan otot sebanyak dua kali seminggu ditambah dengan aktiviti intensiti minimum mingguan selama 150 minit, ia boleh mengurangkan risiko hipertensi dan penyakit jantung.
Smart treadmill t540c
RM 1999.00
Treadmill ini adalah untuk menjaga kecergasan kardio sehingga 5 jam seminggu. Treadmill ini senyap dengan geladak berjalan yang direka untuk pengguna yang suka bersukan dan ia bergerak dengan kelajuan hingga 16 km / j. T540 serasi dengan aplikasi Domyos E-Connected untuk anda mengesan rekod senaman anda.
Tikar keselesaan Pilates (15mm) burgundy – nyamba
RM 129.00
Tikar setebal 15 mm ini menawarkan tahap keselesaan yang baik untuk semua latihan yang anda dilakukan tanpa kasut. Bersenam dalam keadaan yang betul! Anda pasti menyukai reka bentuk yang sangat selesa dan ukuran sempurna 180 cm x 60 cm x 15 mm. Selain itu, tali mudah-bawa ultra-praktikal untuk membawanya ke mana sahaja!
Bar push-up boleh-dikunci – 70 cm
RM 99.00
Bar ini direka untuk senaman berat badan yang mudah di rumah. Ia boleh dipasang tanpa skru untuk latihan badan bahagian atas dalam sekelip mata.
Kit dumbbells latihan berat 20kg
RM 199.00
Sempurna untuk memulakan dan melakukan pelbagai latihan latihan berat badan untuk menggerakkan bisep, trisep, deltoid dan pec. Mudah digenggam kerana bentuknya yang ergonomik.
Kettlebell 8 kg
RM 89.00
Kettlebell ini direka khas untuk latihan silang. Gabungkan pengukuhan otot dan latihan kardio! Latihan kettelebell memberikan lebih banyak kekuatan dan juga lebih banyak fleksibiliti dan ketahanan.
Riverside 100 basikal matt hybrid
RM 699.00
Mudah dan cekap untuk memulakan berbasikal trekking. ia mempunyai rangka aluminium baru, rantai tunggal, pergeseran gear pada hendal. Tayar 700 x 32 untuk fleksibiliti dan kestabilan yang lebih besar.
Pengukur tekanan darah automatik
RM 59.00
Alat ini menggunakan kaedah Oscillographic Determine yang mempunyai teknik pengukuran lanjutan untuk memberi anda bacaan paling tepat. Ia mempunyai rekod pengukuran bebas yang membolehkan pengguna dapat merekod sehingga 99 ukuran. Ia juga membantu pengguna untuk mengukur degupan jantung dengan mudah pada masa dan tarikh tertentu.
SUMBER
https://www.cancer.org/latest-news/five-benefits-of-strength-training.html
https://www.onelifefitness.com/news/5-benefits-of-strength-training
https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/fitness/in-depth/strength-training/art-20046670