Now Reading
7 Kelebihan Menderma Darah yang Anda Tidak Ketahui

7 Kelebihan Menderma Darah yang Anda Tidak Ketahui

kelebihan menderma darah

Setiap tahun, ribuan orang bergantung pada penerimaan darah dan produk darah yang disumbangkan untuk kekal hidup. Kecederaan dan penyakit tertentu boleh menyebabkan kadar darah seseorang menurun. Tanpa bekalan darah yang cukup, mereka tidak akan menerima oksigen yang mencukupi dalam badan yang seterusnya boleh mengakibatkan kematian.

Banyak hospital dan pusat perubatan menggunakan bekalan darah yang didermakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit mereka. Malah, menderma darah bukan hanya memberi kelebihan kepada penerima kerana terdapat juga faedah kesihatan bagi penderma, selain dapat membantu menyelamatkan nyawa orang lain.

Sekarang, mari kita lihat beberapa kelebihan menderma darah.

1. Mencegah hemochromatosis

Hemochromatosis adalah keadaan kesihatan yang berlaku kerana penyerapan zat besi yang berlebihan oleh tubuh. Ini mungkin satu masalah yang diwarisi atau mungkin terjadi disebabkan oleh alkoholisme, anemia atau gangguan lain. Sumbangan darah secara berkala dapat membantu mengurangkan jumlah zat besi secara berlebihan ini.

2. Membakar kalori

Menderma darah boleh membakar sehingga 650 kalori dalam setiap sumbangan. Walaupun ia tidak boleh menjadi alternatif untuk bersenam, namun kalori yang dapat dibakar masih bermanfaat bagi sesetengah orang.

3. Menurunkan risiko bagi serangan jantung

Menurut kajian yang dilakukan oleh American Journal of Epidemiology, menderma darah sekurang-kurangnya sekali setahun dapat mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 88 peratus,. Tahap zat besi yang tinggi dalam darah boleh menyekat saluran darah anda dan menimbulkan lebih banyak risiko mendapat serangan jantung. Jadi, pengurangan simpanan zat besi tambahan dengan menderma darah boleh memberi ruang kepada saluran anda untuk beroperasi dengan lebih banyak.

4. Merangsang pengeluaran sel darah

Setelah menderma darah, badan akan berfungsi untuk mengatasi kehilangan darah yang berlaku itu. Ini justeru merangsang pengeluaran sel darah baru dan seterusnya membantu menjaga kesihatan anda.

5. Mempunyai manfaat anti-kanser

Derma darah boleh membantu menurunkan risiko kanser. Dengan menderma darah, simpanan zat besi di dalam badan akan dijaga pada tahap yang sihat. Pengurangan tahap zat besi dalam badan ini dikaitkan dengan risiko kanser yang rendah.

6. Meningkatkan kesihatan mental anda

Menderma darah mempunyai impak untuk membantu tiga individu yang memerlukan darah untuk terus hidup. Menderma darah, terutama secara berkala, adalah serupa dengan pekerjaan sukarela. Bayangkan, anda meluangkan masa (dan darah literal anda) untuk menolong orang asing yang memerlukannya. Dengan satu tindakan ini, ia sebenarnya dapat memberi semangat kepada anda dengan cara terbaik. Menjadi seorang sukarelawan juga terbukti memberi kesan positif terhadap kehidupan seseorang.

7. Dituntut dalam agama

Walaupun menderma darah memberikan banyak manfaat kesihatan untuk tubuh kita sendiri, ia juga merupakan amalan yang mulia dalam banyak agama. Setiap agama menyokong pemikiran dan tindakan bagi menyelamatkan nyawa seseorang walaupun mereka adalah orang asing bagi kita. Oleh itu, menderma darah sangat dialu-alukan untuk semua orang selagi anda sihat dan sesuai untuk mengikuti prosesnya.

Apakah prosedur untuk menderma darah?

Anda mesti mendaftar dahulu untuk menderma darah. Ini termasuklah memberikan maklumat pengenalan diri, sejarah perubatan anda, dan menjalani pemeriksaan fizikal terlebih dahulu. Kemudian, anda juga akan diberikan beberapa maklumat mengenai proses menderma darah untuk dibaca.

Setelah anda bersedia, prosedur pendermaan darah akan bermula. Derma darah secara keseluruhan adalah jenis derma darah yang paling biasa. Ia menawarkan fleksibiliti yang paling baik. Di samping itu, ia dapat disalurkan sebagai darah yang penuh atau dipisahkan menjadi sel merah, platelet, dan plasma bagi penerima yang berbeza.

Bagi prosedur pendermaan darah keseluruhan:

  1. Anda akan duduk di kerusi yang boleh berbaring. Malah, anda juga boleh menderma darah sama ada ketika duduk atau berbaring.
  2. Sebahagian kecil lengan anda akan dibersihkan. Kemudian, jarum yang telah disteril akan dimasukkan.
  3. Anda akan terus duduk atau berbaring semasa darah anda diambil. Ini biasanya mengambil masa selama 8 hingga 10 minit.
  4. Apabila sejumlah darah telah dikumpulkan, seorang kakitangan akan mengeluarkan jarum dan membalut lengan anda.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/319366

https://www.healthline.com/health/benefits-of-donating-blood

https://www.rasmussen.edu/degrees/health-sciences/blog/surprising-health-benefits-of-donating-blood

https://www.brmsonline.com/blog/wellness/healthcare/2018/benefits-of-blood-donation

error: Content is protected !!