Now Reading
Kelebihan Menjadi Shopee Seller

Kelebihan Menjadi Shopee Seller

Shopee Seller

Shopee Seller adalah program yang dilancarkan shopee untuk memberi peluang kepada anda untuk menjual barang di platform mereka dengan menggunakan sistem yang telah disediakan.

Semasa musim pandemik COVID-19 ini, banyak orang mengalami masalah kewangan. Menjadi penjual Shopee di Malaysia memberi satu alternatif untuk rakyat rakyat agar boleh menyambung kehidupan seperti biasa. Semoga perkongsian ini dapat membantu semua yang memerlukan

Apa itu Shopee Seller Center

Shopee Seller Center ialah satu platform untuk penjual lebih mudah untuk menguruskan urusan jual beli mereka di samping memudahkan penjual untuk menyesuaikan halaman perniagaan mereka. Selain daripada pengurusan produk dan kedai, penjual juga dapat menggunakan platform ini untuk menjalankan promosi dan kempen iklan.

Menjalankan kempen ini membolehkan penjual menarik lebih ramai pembeli ke produk dan kedai maya anda. Di sinilah anda dapat mengatur penjualan dan data anda. Terdapat beberapa ciri dan fungsi tertentu untuk memeriksa prestasi perniagaan secara terus.

Ciri-ciri Shopee Seller Center

Ciri-ciri yang anda akan nampak adalah papan pemuka atau “dashboard”. Di sinilah anda akan mendapat gambaran keseluruhan metrik utama anda seperti Senarai apa yang anda harus lakukan, Business Insights, Marketing Center, Prestasi, dan Penalti.

Bagaimana untuk menjual di Shopee Malaysia?

Shopee telah membuat aplikasi mudah alih sendiri dengan cara membeli dan menjual dengan mudah. Dengan Aplikasi Shopee, penjual kini boleh menjual bila-bila masa dan di mana sahaja!

Shopee bermula sebagai e-marketplace pertama yang mudah alih, jadi tidak menghairankan bahawa aplikasi Shopee berada di kedudukan teratas di Apple App Store dan Google Play Store jika anda merujuk kepada SimilarWeb.

Sebenarnya, ia adalah aplikasi yang paling popular suatu ketika dulu sehingga sekarang di antara semua e-commerce dan menjadi pemain e-marketplace paling utama, di hadapan pesaingnya yang paling sengit iaitu Lazada.

Berapa banyak jenis Shopee Seller?

Terdapat 3 jenis penjual yang menjual di Shopee, iaitu Penjual Normal, Penjual Pilihan, dan Penjual Mall Shopee.

Apabila anda telah menjadi Penjual Pilihan, anda dapat menikmati faedah tambahan berbanding penjual biasa. Dengan label atau lencana, anda mendapat reputasi dan kepercayaan yang lebih tinggi daripada bakal pelanggan.

Untuk menjadi seorang Shopee preffered seller, kriteria bulanan ini mesti dipenuhi:

  1. Minimum 75 pembelian baru
  2. Minimum 35 jumlah pembelian unik
  3. Minimum 70% respons chat
  4. Minimum 4.6 rating kedai
  5. 0 markah untuk penalti
  6. 100% asli
  7. Ada stok 95%

Kelebihan menjadi Shopee Seller

Upah Komisen 0%

Pada sebelum ini, Shopee bertindak secara agresif untuk menaikkan pasaran mereka dengan tanpa mengenakan sebarang bayaran komisen kepada penjual (peratusan semasa penjualan produk).

Bayaran komisen masih tiada buat masa ini, kecuali Shopee Mall Seller kerana Shopee akan mula mengenakan bayaran 3% hingga 5% (bergantung pada kategori produk) mulai 1 Mei 2019 dan seterusnya.

Upah Bayaran Transaksi 1%

Jangan salah paham dengan komisen sebelum ini, upah bayaran transaksi bermaksud untuk upah pengendalian pembayaran yang dikenakan pada semua transaksi yang berhasil melalui semua saluran pembayaran.

Shopee biasa menyerap bayaran transaksi tetapi sekarang sudah mula mengenakan hanya 1% setelah penjualan berjaya.

Penghantaran percuma

Shopee menjalankan pelbagai program penghantaran percuma yang menawarkan kelebihan kepada penjual dan pembeli.

Chat secara live

Dengan adanya Shopee chat secara live, penjual dapat membantu bakal pembeli dalam masa nyata. Selain memberikan pengalaman berbelanja yang baik untuk pelanggan Shopee, ini juga membantu penjual untuk meningkatkan kadar penjualan.

Rating Kedai dan reputasi

Dengan memberikan kualiti produk yang baik dan perkhidmatan pelanggan yang sangat baik, ini akan menggalakkan pembeli meninggalkan penilaian dan ulasan yang baik di kedai dalam talian anda.

Reputasi kedai yang lebih tinggi juga, akan membuatkan kedai anda mendapat kepercayaan yang lebih tinggi dari bakal pelanggan baru anda, Kedai dan produk anda akan lebih mudah untuk mendapat kedudukan yang lebih tinggi juga dengan lebih banyak peluang pendedahan dan penjualan.

Kempen Jualan Besar

Salah satu faedah utama menyertai e-pasaran seperti Shopee adalah mengikuti kempen penjualan agresif mereka seperti 11.11 dan 12.12.

Dengan usaha pemasaran yang besar, trafik akan melonjak terutamanya ketika kempen penjualan besar dan ia memberikan peluang besar juga bagi penjual untuk meningkatkan kadar penjualan mereka dengan ketara semasa promosi ini.

Kesimpulannya, begitu banyak faedah menjual dengan Shopee sebagai Shopee Seller, apa yang anda masih tunggu? Anda boleh mula menjual di Shopee menggunakan aplikasi atau laman web mereka.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda tentang kelebihan yang anda akan dapat dengan menjadi Shopee Seller. Terima Kasih kerana sudi membaca artikel ini.

Sekian, semoga dengan cara ini, kami dapat membantu anda!

Sumber:

https://blog.splitdragon.com/shopee-seller-center-an-overview/

https://www.ecinsider.my/2019/04/how-to-sell-on-shopee-malaysia.html

error: Content is protected !!