Now Reading
Keletihan Otot (Muscle twitch)

Keletihan Otot (Muscle twitch)

keletihan otot

Pengenalan

Keletihan otot boleh menjadi keadaan yang tidak selesa dan menjengkelkan tetapi adakah ia menunjukkan keadaan kesihatan lain yang mendasari? Kebanyakan masalah keletihan otot tidak disedari dan tidak membimbangkan. Dalam sesetengah kes, ia mungkin menunjukkan keadaan sistem saraf dan memerlukan anda berjumpa dengan doktor secepatnya.

Penerangan

Keletihan otot juga dikenali sebagai ‘muscle fasiculation. Ia melibatkan pengecutan otot kecil di dalam badan. Otot anda terdiri daripada serat otot yang dikendalikan oleh saraf anda. Stimulasi atau kerosakan kepada saraf boleh menyebabkan serat otot anda berkurangan.

Penyebab yang berkemungkinan

Keletihan otot berlaku kerana otot  mengetat (“berkontrak”) secara tidak sengaja yang mana dengan erti kata lain, kita tidak dapat mengawalnya.

Ia boleh berlaku disebabkan pelbagai punca, seperti tekanan, terlalu banyak kafein, diet yang tidak baik, senaman, atau sebagai kesan sampingan bagi beberapa ubat-ubatan.

Ramai orang mengalami keletihan otot dalam kelopak mata, ibu jari atau betis. Jenis-jenis ini biasanya hilang selepas beberapa hari. Malah, masalah otot ini seringkali dikaitkan dengan tekanan atau kebimbangan.

Walaupun kebanyakan masalah ini hilang dalam beberapa hari dan tidak perlu dikhuatiri, beberapa simptom ini boleh terjadi disebabkan masalah saraf atau keadaan perubatan lain. Maklumkan pada doktor anda jika:

  • Anda mempunyai keletihan otot yang tidak hilang.
  • Anda merasakan kelemahan, semut-semut, atau rasa kebas di kawasan yang terjejas.
  • Otot kelihatan semakin mengecil.

Mendapatkan tidur yang mencukupi, mengelakkan pengambilan kafein terlalu banyak, dan makan makanan yang sihat (seperti banyak buah-buahan dan sayur-sayuran), boleh membantu mengelakkan sesetengah masalah keletihan otot. Ia juga adalah cara yang baik untuk kekal sihat secara keseluruhan!

Bila anda perlu menghubungi doktor

Sekiranya seseorang mengalami keletihan otot yang mana puncanya tidak mudah dijelaskan, berbincang dengan doktor anda secepatnya.

Ia juga merupakan idea yang baik untuk bercakap dengan doktor jika berlaku bersama gejala baru.

Apa yang boleh diharapkan di klinik

Doktor boleh meminta individu untuk membincangkan keadaan apabila keletihan otot mula berlaku, berapa kerap ia berlaku, dan bagaimana perasaannya. Mereka juga boleh bertanyakan tentang gejala yang berkaitan.

Sekiranya doktor berfikir keletihan otot seseorang terjadi disebabkan keadaan yang tidak diketahui, mereka mungkin akan meminta individu tersebut melakukan beberapa  ujian. Ini mungkin termasuk elektromilogi untuk menilai fungsi otot dan saraf.

Rawatan

Rawatan biasanya tidak diperlukan untuk masalah keletihan otot. Kekejangan cenderung berkurangan tanpa rawatan dalam masa beberapa hari. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan rawatan jika salah satu keadaan yang lebih serius menyebabkan masalah itu. Bergantung pada diagnosis tertentu, doktor mungkin menetapkan ubat-ubatan tertentu untuk mengurangkan gejala. Ia termasuklah:

  • Kortikosteroid, seperti betamethasone (Celestone) dan prednisone (Rayos).
  • Ubat penenang otot, seperti carisoprodol (Soma) dan cyclobenzaprine (Amrix).
  • Penyekat neuromuskular, seperti incobotulinumtoxin A (Xeomin) dan rimabotulinumtoxin B (Myobloc).

Sumber:

https://www.webmd.com/brain/ss/slideshow-twitches-spasms-causes

https://www.medicalnewstoday.com/articles/324641

https://www.healthline.com/health/muscle-twitching

https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/15301-myoclonus-muscle-twitch

error: Content is protected !!