Now Reading
Kenali 5 jenis-jenis kucing yang paling diminati ramai!

Kenali 5 jenis-jenis kucing yang paling diminati ramai!

jenis kucing

Kucing (cats) adalah haiwan peliharaan yang sangat comel dan pasti memberi banyak kebahagiaan kepada rumah anda! Jenis kucing apa yang sedang anda cari? Disini kami kongsikan 5 jenis kucing yang sering menjadi pilihan ramai.

Setiap jenis kucing adalah unik dan istimewa. Setiap mereka mempunyai kelebihan tersendiri.

British Shorthair

Kucing ini boleh membesar sehingga mencapai tinggi 12 hingga 14 inci dan berat 7 hingga 17 paun. Ia berkepala besar, badan seimbang dan mata yang bulat.

Kucing ini dianggap sebagai baka kucing semula jadi tertua dari England. Ianya aktif, selesa bermain dengan anak-anak. Justeru, kucing ini ideal untuk di rumah.

Namun, kucing ini bukan kucing yang manja yang ingin bermain di paha anda, tetapi suka bermain berhampiran manusia yang mereka suka dan sangat penyayang.

Scottish Fold

Kucing ini boleh membesar sehingga mencapai tinggi 8 hingga 10 inci dan berat 6 hingga 14 paun. Ia bermata besar dan bulat, badan bulat dan telinga melipat.

Akibat mutasi geneteik, kucing ini mempunyai telinga yang melipat ke depan, tetapi anak kucing pula akan memiliki telinga yang lurus yang akan melipat ke depan setelah beberapa bulan. 

Kucing ini mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, penyayang dan riang. Seperti kucing lain, ia suka berada berhampiran manusia yang mereka suka dan permainan.

Siam

Kucing ini boleh membesar sehingga mencapai tinggi 8 hingga 10 inci dan berat 8 hingga 10 paun. Ia mempunyai mata besar bentuk kacang badam, badan ramping dan kepalanya berbentuk muncung kehadapan.

Kucing ini adalah salah satu keturunan kucing yang paling dikenali dan tertua. Ia juga dikenal sebagai “Meezers”.

Kucing ini bersifat agak cerewet, cerdas dan ingin tahu. Mereka sering berinteraksi dengan manusia untuk perhatian. Mereka aktif, perlukan banyak hiburan dan mencari permainan sendiri seperti bermain dengan pili air.

Abyssinian

Kucing ini boleh membesar sehingga mencapai tinggi 8 hingga 10 inci dan berat 8 hingga 12 paun. Ia bertelinga runcing dan tajam, badannya langsing dan berotot dan kepalanya pula berbentuk muncung kehadapan.

Kucing ini aktif, sukakan air dan lasak kerana mereka akan mendaki dan menjelajahi rumah anda. Kucing ini juga dikenali sebagai Aby.

Oleh kerana sifatnya yang aktif, perlu untuk anda menyediakan permainan interaktif untuk mereka. Dan jangan risau, kucing ini sangat setia.

American Shorthair

Kucing ini boleh membesar sehingga mencapai tinggi 8 hingga 10 inci dan berat 10 hingga 15 paun. Ia berbadan atletik, pendek dan padat.

Kucing ini sangat rendah, riang, aktif dan lasak serta mudah menyesuaikan diri di kehidupan baru. Jika darri kecil diberi pendedahan berkomunikasi dengan manusia, kucing ini akan lebih mudha bergaul dengan orang asing, anak-anak dan binatang peliharaan anda yang lain.

Akhir kata, terdapat banyak jenis kucing yang ada. Pasti ada antara mereka jenis kucing yang serasi dengan gaya hidup dan rumah anda. Memelihara kucing adalah tanggungjawab yang besar, oleh itu buat lah penyelidikan sedikit tentang kucing yang sesuai untuk anda.

Sumber:

https://www.99.co/blog/indonesia/jenis-kucing-terpopuler

https://www.thesprucepets.com/most-popular-cat-breeds-554221

https://www.yourcat.co.uk/types-of-cats/?CurrentPage=1

error: Content is protected !!