Bawang (Allium cepa) adalah sayur-sayuran berbentuk mentol yang tumbuh di bawah tanah. Ia juga dikenali sebagai bawang mentol atau bawang biasa, dan ditanam di seluruh dunia serta berkait rapat dengan bawang merah, bawang putih, daun bawang, bawang merah kecil dan sebagainya.
Adakah anda tahu bahawa bawang mempunyai beberapa manfaat kesihatan, yang mana kebanyakannya berpunca daripada kandungan antioksida dan sebatian sulfur yang tinggi di dalamnya.
Seterusnya, ia juga adalah berbeza dari segi ukuran, bentuk dan warna, tetapi jenis yang paling umum adalah putih, kuning dan merah. Rasanya berkisar dari rasa yang ringan dan manis hinggalah yang tajam dan pedas, bergantung pada ragam dan musim tersebut.
Terdapat banyak jenis bawang untuk digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan. Jika ditambah dalam jumlah kecil, mereka akan menjadikan hidangan penuh aromatik dan menaikkan lagi selera anda. Apabila digunakan secara mentah pula, mereka menjadi tambahan yang rangup pada hidangan seperti salad dan kuih salsa.
Di sini, artikel ini akan memberitahu anda semua yang perlu anda ketahui mengenai bawang.
Maklumat pemakanan
Bawang mentah mengandungi kalori yang sangat rendah, iaitu dengan hanya 40 kalori bagi setiap 3.5 auns (100 gram). Dengan berat segar, mereka adalah 89% air, 9% karbohidrat dan 1,7% serat, dengan sejumlah kecil protein dan lemak.
Nutrien utama dalam 3.5 auns (100 gram) bawang mentah adalah:
- Kalori: 40
- Air: 89%
- Protein: 1.1 gram
- Karbohidrat: 9.3 gram
- Gula: 4.2 gram
- Serat: 1.7 gram
- Lemak: 0.1 gram
Jenis-jenis Bawang
1. Bawang kuning
Sekiranya anda harus memilih satu jenis bawang untuk dibeli, bawang kuning adalah pilihan yang paling serba boleh. Mereka memberikan rasa yang paling enak ketika dimasak sehingga menjadi tekstur seperti karamel, dan anda boleh menumisnya dengan (atau tanpa) bawang putih sebagai asas bagi beberapa hidangan. Walau bagaimanapun, ia mungkin kurang sesuai apabila dimakan mentah, jadi elakkan penggunaan sebegitu. Di samping itu, anda juga boleh memanggang bawang kuning untuk mendapatkan rasa arang yang lebih sedap.
Sesuai untuk: Semua resipi – terutamanya yang menggunakan proses ‘caramelizing’.
2. Bawang manis
Bawang manis, seperti yang anda jangka adalah manis. Mereka mempunyai kandungan sulfur yang kurang jika dibandingkan dengan jenis bawang lain, jadi kehadirannya tidaklah begitu memberi kesan dalam satu masakan. Di samping itu, bawang manis atau ‘sweet onions’ ini juga mempunyai bentuk yang sedikit berbeza iaitu lebih rata dan bujur daripada bentuk bulat pada bawang biasa.
Sesuai untuk: Salad, hiasan hidangan tertentu.
3. Bawang merah
Walaupun tidak semanis bawang manis, bawang merah lebih manis di sisi spektrum bagi tahap kemanisan kerana mereka mempunyai lebih banyak gula. Rasanya enak dalam salad kentang dan taco. Malah, bawang merah juga merupakan kunci utama dalam pizza BBQ. Serta, ia boleh dikatakan adalah jenis bawang yang paling tahan lama jika ingin dimakan mentah.
Dari semua jenis bawang, bawang merah paling sesuai untuk dipanggang. Gula di dalamnya juga menjadikan mereka calon yang baik untuk proses karamel, walaupun ia akan memberikan rasa yang sedikit berbeza daripada bawang kuning.
Sesuai untuk: Salad, hidangan panggang dan acar.
4. Bawang putih
Anda mungkin keliru akan nama bawang ini dengan bawang putih yang anda selalu gunakan. Namun, ini adalah berbeza daripada bawang tersebut yang dipanggil sebagai ‘garlic’ dalam bahasa Inggeris. Bawang ini sebenarnya diberikan nama sebegini disebabkan warna kulit dan isinya yang nipis. Dengan rasa yang lebih tajam daripada rasa manis atau masam, inilah bawang yang menjadi pilihan bagi hidangan Latin dan Amerika Tengah, terutamanya makanan Mexico.
Sesuai untuk: Hidangan Mexico dan hidangan panggang.
5. Bawang merah kecil
Bawang merah jenis ini adalah bawang kecil, berkulit coklat dengan isi keunguan, dan mentolnya terdiri daripada beberapa lobus, hampir sama dengan cara mentol bawang putih dibahagikan kepada ulas individu.
Ia memberikan rasa yang sangat kuat, dan disebabkan saiznya yang lebih kecil, ia terdiri daripada lapisan yang lebih nipis. Ini membolehkan mereka dicincang halus dan digunakan dalam kuah salad dan sos tertentu. Malah, bawang merah kecil juga sesuai untuk dipanggang, dan anda juga boleh mengupas dan membelahnya dahulu sebelum memasukkan mereka ke bawah kuali ketika anda memanggang ayam. Ini pastinya akan menambahkan rasa lebih enak pada hidangan ayam anda.
Sesuai untuk: Sos dan kuah.
Manfaat Kesihatan Bawang
Bawang telah terbukti mempunyai sifat antioksida dan anti-radang yang kuat. Mari kita ketahui lebih lanjut mengenainya di bawah.
– Anti-radang
Kandungan sulfur dalam bawang adalah agen anti-radang yang berkesan, dan ini dibuktikan menurut kajian tahun 1990 dalam jurnal ‘International Archives of Allergy and Applied Immunology’.
Seterusnya, kandungan Quercetin pula telah dijumpai dapat mengendurkan otot saluran pernafasan dan dapat melegakan gejala asma, berdasarkan kajian 2013 di ‘American Journal of Physiology’.
– Mencegah kanser
Makan sayur-sayuran dari keluarga genus allium seperti bawang putih dan bawang biasa telah dikaitkan dengan risiko kanser yang lebih rendah, termasuklah kanser perut dan kolorektal. Sifat memerangi kanser ini telah dikaitkan dengan sebatian sulfur dan antioksida flavonoid yang terdapat dalam sayur allium.
Sebagai contoh, bawang menyediakan onionin A, iaitu sejenis sebatian yang mengandungi sulfur dan terbukti dapat mengurangkan perkembangan tumor dan melambatkan penyebaran kanser ovari dan paru-paru dalam kajian tabung uji.
– Membantu mengawal gula dalam darah
Makan bawang dalam diet harian boleh membantu mengawal kadar gula darah, yang menjadi aspek sangat penting bagi penghidap diabetes atau pradiabetes.
Selain itu, pelbagai kajian mengenai haiwan pula menunjukkan bahawa pengambilan bawang boleh memberi manfaat kepada kawalan gula darah yang lebih baik. Satu kajian menunjukkan bahawa tikus yang mengalami diabetes serta diberi makanan yang mengandungi 5% ekstrak bawang selama 28 hari mengalami penurunan kadar gula darah puasa dan lemak badannya iaitu jauh lebih rendah daripada kumpulan kawalan yang lain.
– Boleh meningkatkan kepadatan tulang
Satu kajian pada tahun 2009 dalam jurnal ‘Menopause’ mendapati bahawa pengambilan bawang setiap hari boleh meningkatkan kepadatan tulang pada wanita yang sedang menghadapi atau telah selesai menopaus. Wanita yang makan bawang sering mempunyai risiko berlakunya kepatah tulang pinggul sebanyak 20% lebih rendah berbanding wanita yang tidak pernah makan bawang.
Kajian haiwan pula menunjukkan bahawa bawang boleh melindungi individu daripada kerosakan tulang serta bahkan dapat meningkatkan jisim tulang.
– Membantu dalam kesihatan pencernaan
Bawang adalah kaya dengan sumber serat dan prebiotik, yang mana kedua-duanya diperlukan untuk mendapatkan kesihatan usus yang optimum. Prebiotik adalah sejenis serat tidak dicerna yang dipecahkan oleh bakteria usus yang bermanfaat.
Jadi, ternyata bawang adalah sangat kaya dengan prebiotik inulin dan fruktooligosakarida. Ia membantu meningkatkan bilangan bakteria baik di usus anda dan meningkatkan fungsi imun badan secara keseluruhan.
SUMBER