Kenali diet ‘Eat Clean’ dengan mengetahui prinsip asas ‘Eat Clean’ atau makan secara bersih menggalakkan anda mengambil makanan menyeluruh seperti buah-buahan, sayur-sayuran, protein tanpa lemak, bijirin penuh dan lemak sihat dan mengehadkan snek, gula-gula dan makanan dalam pakej yang diproses.
Sebagai contoh, hidangan yang mengandungi kesemua makanan ini mungkin seperti salad bayam bersama ayam gril, quinoa, avokado, walnut dan hirisan epal.
Apakah itu ‘Eat Clean’?
‘Eat Clean’ adalah sejenis gaya hidup yang berasaskan falsafah berikut:
- Mengehadkan pengambilan makanan diproses atau alam pakej yang memiliki senarai kandungan dipenuhi bahan-bahan tidak semulajadi. Kandungan yang tertulis pada label makanan sepatutnya terdiri daripada makanan yang dikenali, seperti bijirin oat penuh, epal kering, dan kulit kayu manis. Hadkan makanan yang tidak boleh dikenalpasti seperti lilin carnauba, lecithin soya dan perasa tiruan.
- Memotong makanan yang mengandungi garam dan gula tambahan atau lemak tepu.
- Menjauhi makanan yang diubah daripada bentuk sebenarnya, seperti jus epal, nuget ayam atau kerepek sayuran. Walau bagaimanapun, kadangkala makanan yang diproses boleh menjadi makann yang baik, seperti telur dan susu yang dipasteur. Selain itu, sayur dan buah-buahan sejuk beku juga boleh diambil kerana ia diproses secara minimum dan boleh mengandungi lebih banyak nutrien berbanding variasi yang segar.
- Menyediakan dan memakan makanan di rumah. Mulakan dengan hidangan mudah yang boleh membantu anda untuk mengamalkan gaya hidup ‘Eat Clean’ seperti memakan yogurt Greek dan beri segar untuk sarapan dan sebagainya. Diet ‘Eat Clean’ mempunyai fleksibiliti dan membenarkan modifikasi tertentu dan anda tidak semestinya perlu menjauhkan terus jenis makanan tertentu.
Jadi, apakah manfaat kesihatan bagi diet ‘Eat Clean’?
‘Eat Clean’ lebih kepada gaya hidup daripada sejenis diet yang sementara. Prinsip makanan bersih yang utama adalah makanan menyeluruh, yang tidak diproses, tanpa pengawet atau bahan-bahan tambahan lain, pewarna tiruan serta gula dan garam tambahan.
Tiada apa yang melebihi had sekiranya ia diperbuat daripada bahan-bahan yang tulen.
Individu yang mengamalkan ‘Eat Clean’ perlu memilih makanan yang mengandungi kurang dari 4 hingga 6 bahan-bahan yang boleh dikenalpasti.
Selain itu, ia juga melibatkan senaman berkala, minum air dalam kuantiti banyak dan memastikan diri anda mendapat nutrien yang cukup melalui suplemen tambahan.
Ia boleh memberi manfaat kesihatan kepada badan dengan membantu penurunan lemak dan berat badan, meningkatkan tahap tenaga, meningkatkan kesihatan mental dan memperbaiki kulit, menguatkan rambut dan meningkatkan kualiti tidur. Baca lebih lanjut mengenai kelebihan Eat Clean di sini.
Dalam setiap diet, termasuklah diet Eat Clean, sudah tentu terdapat makanan yang boleh diambil dan makanan yang perlu dielakkan.
Makanan yang boleh diambil dalam diet ‘Eat Clean’:
- Sayur-sayuran
- Buah-buahan
- Protein
- Tenusu
- Bijirin penuh
Makanan yang perlu dielakkan dalam diet ‘Eat Clean’:
- Bahan pengawet
- Pemanis tiruan
- Lemak tepu
- Lemak trans
- Garam tambahan
Anda ingin memulakan diet ‘Eat Clean’? Baguslah! Tetapi anda tidak mempunyai idea untuk sampel hidangan yang perlu dimakan?
Berikut adalah menu Eat Clean untuk sehari yang boleh anda cuba:
– Sarapan
1 hidangan smoothie strawberi dan pisang
– Snek pagi
1 hidangan kacang kuda berempah
2 inci kiub keju cheddar
– Makan tengahari
1 hidangan salad tuna bayam Mediterranean
– Snek petang
1 biji epal
26 biji badam panggang
– Makan malam
1 hidangan ayam panggang bersama sos herba parmesan
– Snek malam
1 cawan anggur sejuk beku
Teruskan diet Eat Clean anda dengan mengikuti sample menu seminggu Eat Clean yang telah kami sediakan!
Jika anda memiliki sebarang persoalan tentang Eat Clean, lawati artikel Soalan Lazim Eat Clean.
Semoga berjaya!
Sumber:
- https://www.cleaneatingmag.com/clean-diet/what-is-clean-eating
- https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/what-does-it-mean-to-eat-clean/art-20270125
- https://www.goodhousekeeping.com/health/diet-nutrition/a37595/what-is-clean-eating/
- https://www.medicalnewstoday.com/articles/320865