Now Reading
Kenali Masjid Putrajaya Yang Unik: Masjid Putra

Kenali Masjid Putrajaya Yang Unik: Masjid Putra

masjid putrajaya

Tahukah anda masjid Putrajaya bernama Masjid Putra yang menjadi kebanggaan penduduk Putrajaya adalah sebuah masjid yang unik dan sangat cantik binaannya.

Masjid Putra menunjukkan bagaimana reka bentuk masjid berkembang di Malaysia di mana seni bina Islam Masjid Putra menggabungkan seni reka tradisional dan melibatkan penggunaan bahan-bahan asli dan seni pertukangan tempatan.

Masjid yang menghadap ke Tasik Putrajaya ini menjadi salah satu masjid paling moden di dunia dan mercu tanda Putrajaya yang paling istimewa.

Pintu masuk utama Masjid Putra adalah seperti pintu gerbang awam di Parsi Muslim dan reka bentuk ini adalah hasil gabungan seni bina Parsi dan Arab-Islam, dan Malaysia. Ia juga mengikut seni bina Islam Parsi pada zaman Safavid dengan unsur-unsur yang berasal dari budaya Muslim yang lain.

MENGENAI MASJID PUTRAJAYA (MASJID PUTRA)

Masjid Putra dan MTMZA ditutup sepanjang PKP - Kosmo Digital

Masjid Putra mempunyai dinding bawah tanah yang menyerupai masjid Raja Hassan di Casablanca, Maghribi. Manakala, menaranya yang setinggi 116 meter dipengaruhi oleh reka bentuk masjid Sheikh Omar di Baghdad.

Masjid ini memiliki warna merah jambu gurun yang mengimbangi kayu cengal pada pintu, tingkap dan panel. Warna ini terhasil daripada bahan binaanya iaitu granit berwarna mawar.

12 tiang yang menopang kubah utama berdiameter 36 meter menyokong dewan solat yang sederhana dan elegan. Selain itu, khat atau kaligrafi Islam menghiasi mimbar dan mehrab, iaitu ceruk yang menunjukkan arah Mekah.

Masjid Putra juga mempunyai kompleks masjid yang digunakan untuk mengadakan persidangan, seminar dan simposium serta dapat memuatkan sehingga 10,000 jemaah. Di depan ruang solat pula, dibina halaman berturap sahna untuk para jemaah yang mampu memuatkan tambahan 5,000 orang.

Selain itu, pembesar suara lemparan depan digunakan untuk membuat kesan semua bunyi yang berasal dari arah imam. Ini adalah satu lagi keunikan Masjid Putra yang terdapat pada sistem suara masjid.

PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN DI MASJID PUTRAJAYA

Perkara pertama yang anda akan lalui ketika melawat masjid ini adalah anda pasti akan berasa kagum dengan seni bina Masjid Putra yang sangat unik. Jadi, tidak hairanlah jika semua pengunjung berasa teruja untuk mengambil foto di sini. Di tambah lagi dengan pemandangan di sekitar masjid yang indah.

Seterusnya, di luar masjid terdapat Kompleks yang luas di mana ianya sesuai untuk aktiviti ringan untuk keluarga pada waktu malam seperti bermain layang-layang, menunggang basikal atau berjoging mahupun bermain papan selaju.

Anda juga boleh pergi ke Dataran Putra. Di sana, anda akan dapat menikmati pandangan kompleks Perdana Putra yang paling cantik.

Di sebelah tasik pula terdapat banyak gerai makanan. Jambatan Seri Wawasan, Tanah Lembap Putrajaya, Kompleks Kementerian Kewangan dan Seri Perdana dan tempat tarikan lain juga terletak tidak jauh dari Masjid Putra.

PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM BERKUNJUNG KE MASJID PUTRAJAYA.

Pelawat bukan muslim mestilah memakai pakaian yang sopan dan bertutup.

Mereka tidak boleh menggunakan seluar pendek dan baju lengan pendek. Jubah berwarna merah jambu akan diberikan kepada pelawat untuk dipinjam dan dipakai sebelum memasuki masjid ini sekiranya pakaian mereka tidak mencapai syarat yang disebutkan tadi.

Masjid Putra beralamat di Persiaran Persekutuan, Presint 1, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Waktu melawat adalah 9 am-1230pm, 2 pm-4pm, 530pm-6pm pada hari sabtu hingga khamis dan 3 pm-4pm, 530pm-6pm pada hari jumaat.

CARA UNTUK KE MASJID PUTRAJAYA

  • Anda perlu memandu dari pusat bandar Kuala Lumpur selama 35 minit.
  • Jika dari Petaling Jaya, anda boleh melalui lebuh raya Seremban / E37 dan kemudian ikuti rambu ke Putrajaya.
  • Jika dari Klang, anda perlu mengambil laluan Lebuhraya Persekutuan dan kemudian lebuh raya ke KLIA / Putrajaya.
  • Jika dari KL sentral, anda boleh menaiki kereta api Express Rail Link (ERL), berhenti stesen Bandar Tasik Putrajaya, dan kemudia berjalan kaki atau mendapatkan Grab ke masjid.

Akhir sekali,

Semua orang tanpa mengira umur pasti akan setuju bahawa Masjid Putra memiliki seni bina bangunan yang megah dan indah. Oleh sebab itu, ianya sesuai untuk dilawati ketika anda bercuti bersama keluarga anda di Putrajaya. Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah berbangga kerana Masjid Putra yang bertaraf dunia ini terletak di negara kita.

Sumber:

http://www.kuala-lumpur.ws/putrajaya/putramosque.htm

https://www.thestar.com.my/lifestyle/travel/2019/05/08/putra-mosque-putrajaya

https://klfoodie.com/putra-mosque-pink-instagrammable-spot-in-malaysia/

error: Content is protected !!