Politeknik Port Dickson terletak di Negeri Sembilan. Ia adalah salah satu institusi pengajian tinggi awam yang terdapat di Malaysia.
Sebenarnya mereka yang memilih politeknik mempunyai banyak kelebihan, berdasarkan kehendak pasaran kerja serta ekonomi dunia semasa.
Sayangnya, ramai lepasan SPM yang memandang politeknik ‘sebelah mata’ kerana banyak sebab. Tahukah anda banyak kelebihan sekiranya anda masuk ke politeknik ini.
Kami beri anda 5 sebab anda kena pilih untuk masuk ke Politeknik Port Dickson.
1. Kurang persaingan dengan universiti
Faktor ‘glamour’ universiti memang menjadi faktor mengapa lebih ramai lepasan SPM untuk tidak memandang politeknik. Tambahan pula, filem dan drama Melayu di negara ini lebih banyak bercerita tentang universiti tetapi tidak politeknik.
Oleh itu, persaingan untuk ke politeknik adalah sangat kurang jika dibandingkan dengan universiti. Sebagai contoh, jumlah pelajar keseluruhan politeknik di Malaysia ialah berjumlah 85,000 pada tahun 2008. Universiti pula, 1.3 juta pelajar!
2. Bidang teknikal lebih banyak kerja
Sebagai sebuah negara yang bercita-cita untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, Malaysia memerlukan ramai pakar dalam bidang teknikal. Ini kerana negara-negara maju di Asia seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura menumpukan modal insan mereka untuk menjadi pakar dalam bidang teknikal dalam usaha mereka untuk menjadi negara maju.
Jadi, Malaysia juga tidak seharusnya ketinggalan dalam bidang ini.
Juruteknik dari pelbagai bidang juga diperlukan oleh pihak majikan. Antara kerjaya juruteknik yang diperlukan termasuklah juruteknik mekanikal, elektrikal, instrumen dan sebagainya.
Bergandingan dengan jurutera, juruteknik banyak melaksanakan tugasan praktikal untuk menyelesaikan masalah-masalah teknikal dan kemahiran ini masih lagi kurang di Malaysia.
Sebagai contoh, Welding Inspector atau inspektor kimpalan bertanggungjawab mengawasi semua aktiviti dan tugas kakitangan kimpalan dalam memastikan kualiti kimpalan, menyiapkan kimpalan mengikut masa yang ditetapkan dan memastikan segala-galanya adalah mengikut cara kerja yang betul.
Welding inspector perlu mempunyai pengetahuan lanjutan berkaitan prosuder kimpalan. Ini bagi memastikan anak buahnya memahami tugasan yang harus disiapkan. Jadi tugasan ini sangatlah mencabar dan memerlukan ketelitian selain kemahiran yang tinggi.
Disebabkan tidak semua orang mampu melaksanakannya kerana pelbagai faktor antaranya persekitaran yang panas, penggunaan tenaga yang lebih dan sebagainya, kebanyakkan syarikat sanggup menawarkan gaji yang tinggi untuk pekerjaan ini.
Yang penting kualiti graduan yang dihasilkan di Politeknik Port Dickson adalah antara yang terbaik.
3. Pembukaan sektor baru teknologi hijau
Teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Teknologi hijau juga merujuk kepada produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
- Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
- Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Abad ke-21 menyaksikan pencambahan teknologi baru yang lebih memikirkan soal kelestarian alam serta mencari alternatif kepada bahan bakar seperti minyak dan gas.
Teknologi hijau yang menggunakan sumber yang boleh diperbaharui sudah mula berkembang pesat dan dijangka menjadi sektor yang sama penting dengan sektor minyak dan gas menjelang pada 2020.
Pembukaan sektor baru ini juga memerlukan pakar-pakar baru dalam bidang teknikal, jadi sudah pastilah graduan dari politeknik Port Dickson akan mendapat lebih banyak peluang pekerjaan dengan kebangkitan teknologi hijau ini.
Justeru, masyarakat dunia kini menghadapi dua cabaran utama, iaitu isu perubahan iklim dan keselamatan tenaga. Kedua-dua isu ini harus ditangani secara kolektif dan efektif. Satu pendekatan yang kritis amatlah penting.
Berdasarkan keperluan ini, teknologi hijau menjadi portfolio Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, (KeTHHA) yang ditubuhkan pada 9 April 2009. Teknologi hijau mempunyai peranan strategik yang lebih jauh daripada setakat mencapai autonomi tenaga dan menangani perubahan cuaca.
4. Persaingan global
Selain negara-negara maju seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura, negara-negara membangun seperti China, Vietnam, Indonesia dan Thailand kini memberi persaingan sengit dengan Malaysia dalam bidang teknologi dan teknikal.
Kebangkitan China sebagai kuasa besar serta pemain ekonomi global juga menyebabkan Malaysia perlu mengambil peluang, memandangkan Asia kini sudah menjadi bahagian yang penting dalam ekonomi dunia.
5. Kurangkan bergantung kepada tenaga asing
Dengan populasi hari ini seramai 30 juta orang, Malaysia seharusnya mampu berdiri sendiri atau kurang bergantung pada tenaga asing dalam bidang teknikal.
Jika kita mampu berdiri sendiri dalam bidang teknikal, kita mampu menjimatkan sejumlah wang yang besar yang kita gunakan untuk mengimport tenaga asing, dan kita mampu mengimport tenaga kita ke negara yang lebih besar seperti di Asia Selatan atau Afrika.
Sukar untuk menggambarkan kebanjiran pekerja asing di negara kita. Tentunya lebih sukar lagi untuk mengelakkan kehadiran mereka ke sini.
Di sektor perladangan,teknikal dan pembinaan, kehadiran pekerja asing adalah diperlukan akibat ketandusan pekerja tempatan. Penduduk tempatan kebiasaannya memilih kerjaya mereka, sangat kurang yang mahu bekerja di lading,teknikal dan sektor pembinaan.
Pekerja tempatan hanya mahukan kerja yang menawarkan pendapatan yang lumayan, selesa dan tidak berbahaya. Ada antara pekerja tempatan yang lebih suka bekerja di sektor perkilangan jika dibandingkan dengan di sektor perladangan atau pembinaan.
Kedatangan pekerja asing ini, yang majoritinya datang dari negara Indonesia, Myanmar, Afrika, Bangladesh dan Pakistan, diakui mempunyai kebaikan dan juga keburukan kepada negara kita.
Jika dilihat daripada statistik yang diambil sehingga akhir bulan Ogos 2011 menunjukkan jumlah penduduk Malaysia adalah sekitar 27,728,700 orang, meliputi kaum Bumiputera 61.8 peratus, Cina 22.9 peratus, India dan lain-lain 8.1 peratus. Penduduk bukan warganegara pula berjumlah 7.1 peratus.
Semestinya pilihan anda untuk ke Politeknik Port Dickson pasti akan membawa buah kejayaan kerana walau dimanapun kita belajar, ilmu yang ditimba pasti akan membawa kepada hasil yang baik. Selain itu, Politeknik Port Dickson juga melahirkan graduan yang berkualiti sesuai dengan penerangan seperti di atas. Jadi, adik-adik semua tak perlu ragu-ragu untuk memilih Politeknik Port Dickson ya!
Sumber: