Now Reading
Kenapa Pantai Merdeka Adalah Lokasi Terbaik Untuk Bersantai?

Kenapa Pantai Merdeka Adalah Lokasi Terbaik Untuk Bersantai?

pantai merdeka

Pantai Merdeka adalah salah satu tempat yang menjadi daya tarikan para pengunjung dan pelancong di Kedah.

Penduduk di sekitar daerah Kuala Muda menjadikan pantai ini sebagai lokasi percutian ketika hari cuti bersama ahli keluarga.

Kebayakkan orang yang datang ke pantai ini bertujuan untuk mandi laut dan berkhelah bersama keluarga sambil menikmati pemandangan laut yang terbentang luas.

Gunung Jerai dan pekan Tanjung Dawai adalah terletak bertentangan dengan Pantai Merdeka, oleh itu setiap pengunjung yang datang pasti akan terpegun melihat keindahan yang tersergam indah di hadapan mata.

Pantai Merdeka adalah lokasi yang sesuai untuk anda bersantai dan melakukan aktivit bebas dengan keluarga dan rakan-rakan. Tapi mengapa? Jom kita baca sebab-sebabnya seperti di bawah.

Pantai Merdeka | Destinasi Day Trip Terbaik Di Sungai Petani

1. Kecantikan pemandangan yang tidak terhingga

Pantai Merdeka Di Kedah Tempat Menarik Yang Awesome Untuk Berehat - Tempat  Menarik

Pemandangan laut yang cantik menjadi salah satu tarikan yang ada di Pantai Merdeka. Anda boleh melihat bot yang berulang-alik membawa penumpang dan perahu nelayan dilaut dari Tanjung Dawai.  

Pemandangan Gunung Jerai cukup mempersonakan terutama ketika cuaca cerah. Keindahan gunung yang tersergam indah hasil ciptaan Tuhan begitu mengagumkan ditambahkan lagi dengan litupan awan putih di atas gunung.

Selain dapat melihat pemandangan gunung, anda juga dapat melihat pemandangan matahari terbenam di pantai ini bersama ahli keluarga anda ataupun dengan orang yang tersayang.

2. Pantai yang unik

Pantai Pulau Sayak | Pantai Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Ke… | Flickr

Setiap tempat pasti mempunyai keunikan yang tersendiri, begitu juga dengan Pantai Merdeka. Anda boleh berjalan di tepi pantai ketika air surut.

Terdapat kawasan berbatu besar berhampiran kaki Bukit Penjara dihujung sebelah kanan pantai, selepas jeti bot ke Tanjung Dawai.

Batu-batu landai yang ada sangat unik kerana ianya berwarna merah dan tidak sama dengan batu-batu lain yang sering kita jumpa. Ia adalah fosil yang ditemui didalam batu dan menunjukkan ia berusia lebih 450 juta tahun.

Selain fosil, adakah anda tahu bahawa di pantai ini juga terdapat juga sebuah kubu pertahanan? Ia adalah sebuah kubu  yang dibina Inggeris bagi menghalang pendaratan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

3. Kawasan pantai yang luas

KEMBARA KEDAH – PERAK : MANA PANTAI MERDEKA ?! | LIFE IS ABOUT PASSIONS —  THANK YOU FOR SHARING MINE - MS -

Sekiranya anda tiba di pantai ini, anda tidak perlu risau dengan kehadiran orang ramai kerana Pantai Merdeka mempunyai kawasan yang luas untuk orang awam melakukan aktiviti disini.

Anda boleh melakukan aktiviti riadah di sini bersama keluarga kerana terdapat rumput hijau dan pohon-pohon rendang yang meneduhkan di padang hadapan resort Pantai Merdeka.

Bukan itu sahaja, malah terdapat juga padang yang luas hingga ke kaki Bukit Penjara dihadapan medan selera. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga di sini.

Namun, semasa musim cuti tempat ini akan diambil-alih oleh resort dan gerai-gerai perniagaan yang berniaga. Walaupun begitu, anda tidak perlu risau kerana masih terdapat ruang untuk para pengunjung berkelah di sini dengan membawa tikar masing-masing.

4. Suasana meriah ketika musim cuti sekolah

Pantai Merdeka | Destinasi Day Trip Terbaik Di Sungai Petani

Ketika musim cuti sekolah dan hari cuti umum, pantai ini pasti akan dipenuhi orang ramai yang melakukan aktiviti riadah bersama keluarga terutama pada waktu petang.

Pantai ini menjadi seperti pesta kerana banyak gerai-gerai perniagaan dibuka seperti menjual makanan, pakaian dan sebagainya.

Anak-anak pasti akan merasa sangat seronok ketika waktu ini kerana banyak aktiviti dan permainan yang disediakan untuk kanak-kanak bermain seperti permainan kereta, basikal, skuter, bouncy castle, layang-layang dan bermacam-macam lagi.

5. Kelengkapan fasiliti untuk pengunjung

Discover Kedah - Pantai Merdeka | Blog Afzal Laidin

Kemudahan yang terdapat di Pantai Merdeka tidak pernah mengecewakan dan sesuai dengan gelarannya sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Kedah. Antara kemudahan yang disediakan di pantai ini adalah:

Di pantai ini mempunyai resort bagi mereka yang berminat untuk menginap terutama bagi mereka yang bercuti. Chalet dan homestay pula banyak terdapat dikawasan berhampiran.

  • Tandas awam.
  • Medan selera – Terdapat 16 buah gerai menjual berbagai jenis makanan dan minuman
  • Gerai-gerai jualan.
  • Surau

Surau baru didalam kawasan resort dan surau lama dibelakang dewan berhampiran kaki bukit.

  • Dewan.
  • Kemudahan bot pelancong

Pengunjung boleh menyewa bot untuk bersiar-siar melihat pemandangan menarik disekitar Pantai Merdeka. Bot penumpang ke Tanjung Dawai juga terdapat disini.

6. Tempat Penginapan Di Pantai Merdeka

Bercuti di Pantai Merdeka - Tips lengkap 2020 | Percutian Bajet

Pengunjung yang ingin bermalam disini tidak perlu susah-susah memikirkan tempat penginapan yang sesuai kerana di Pantai Merdeka Resort telahpun menyediakan chalet penginapan bagi pengunjung yang ingin bermalam.

Resort ini terletak sangat dekat dengan Pantai Merdeka, jadi sesiapa sahaja boleh ke pantai dengan mudah pada bila-bila masa. Kemudahan yang disediakan serta aktiviti yang boleh dilakukan termasuk:

  • Kolam mandi khas untuk orang dewasa.
  • Kolam mandi kanak-kanak.
  • Padang serbaguna untuk aktiviti sukaneka hari keluarga dan lain-lain.
  • Bbq.

Disebabkan oleh resort ini adalah satu-satunya resort yang ada di Pantai Merdeka, maka harga chalet disini agak mahal untuk percutian bajet. Sekiranya anda berkemampuan, bolehlah memilih resort ini sebagai tempat penginapan anda.

Pantai Merdeka semangnya pantai yang sangat sesuai bagi anda dan keluarga anda yang ingin meluangkan masa bersama ketika waktu cuti. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sana, kemudahan untuk para pengunjung juga banyak disediakan.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke Pantai Merdeka ini sekiranya anda bercuti di Kedah!

Sumber:

https://www.percutianbajet.com/kedah/bercuti-di-pantai-merdeka

error: Content is protected !!