Membaca doa bersetubuh sebelum dan selepas melakukan hubungan halal suami dan isteri sangat dituntut dalam syariat Islam, hal demikian adalah untuk mengekalkan hubungan sehingga akhir hayat.
Secara umumnya, definisi persetubuhan adalah “pertemuan alat kelamin antara lelaki dan perempuan.
Selain itu, doa tersebut merupakan sebagai salah satu cara untuk melindungi hubungan tersebut daripada gangguan syaitan yang direjam.
Kepentingan membaca doa bersetubuh akan diterangkan lebih terperinci di bawah.
Kepentingan membaca doa bersetubuh.
Kepentingan membaca doa bersetubuh amat dititikberatkan dalam tuntutan agama Islam untuk menunjukkan wujudnya elemen kasih-sayang dan adab berkeluarga.
Tujuan dan matlamat perkahwinan adalah untuk mendapatkan ketenangan, belasan dan kasih sayang daripada Allah.
Tambahan pula, perkahwinan yang diredhai Allah adalah perkahwinan yang didahului rasa bertanggungjawab bukan sekadar nafsu.
Kesan baik daripada perhubungan ini, maka akan lahirlah penyejuk mata bagi suami isteri iaitu zuriat-zuriat soleh dan solehah yang bakal mendoakan untuk mereka bila sudah tiada di dunia.
Adab bermesra dan bersetubuh suami isteri
Adab bermesra dan bersetubuh suami isteri tidak mempunyai ketetapan dan peraturan yang khusus. Perkara paling penting adalah kedua-dua merelakan untuk melakukan perhubungan tersebut.
Islam itu agama yang adil, maka ‘bersama’ dilarang untuk dilakukan jika berlaku ketidakadilan di antara salah seorang daripada mereka sama ada tidak bersedia atau tidak rela untuk melakukannya.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa adab yang disyorkan untuk diikuti untuk memastikan pengalaman yang berlaku membawa kebahagiaan dan kegembiraan kedu-dua belah pihak.
Antaranya:
- Melakukan dalam keadaan suci dan bersih
Melakukan dalam keadaan suci dan bersih adalah memastikan diri kedua-dua berada dalam keadaan bebas daripasa hadas besar dan hadas kecil untuk mengelakkan jangkitan kuman dan bakteria.
Perkara yang anda perlu lakukan adalah anda perlu menjaga bau mulut dan elakkan makan makanan yang berbau seperti bawang putih mentah.
Selain itu, anda digalakkan memakai pewangi agar bau badan dapat ditutupi dengan wangian. Untuk pengetahuan, para isteri agak sensitif dan mengambil berat pada deria bau.
Si suami diharamkan untuk mendatangi si isteri ketika dalam berkeadaan hadas besar seperti haid, nifas dan wiladah. Hal ini untuk menunjukkan bahawa Islam itu indah , islam sangat menjaga mental isteri , pada ketika itu mental dan diri si isteri sangat tidak stabil dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada dirinya.
- Berwudhu sebelum dan selepas bersetubuh
Sentiasa berwudhu sebelum dan selepas bersetubuh. Wudhu menunjukkan anda sudah bersih daripada kekotoran luaran dan dalaman.
- Bergurau terlebih dahulu
Bergurau terlebih dahulu sangat digalakkan bagi mengelakkan rasa kekekokan para isteri kepada para suami.
Dengan cara ini, ia dapat membantu isteri untuk berasa selesa dengan para suami dan seterusnya dapat mengeratkan lagi hubungan para suami dan isteri.
- Mengucup dahi dan memeluk isteri
Mengucup dahi dan memeluk isteri adalah salah satu adab yang baik untuk dipraktikkan sebelum bermuamalah dengan isteri.
Hal ini bertujuan untuk memastikan si isteri lebih bersedia untuk di manjakan oleh si suami.
Tambahan pula, kaedah ‘foreplay’ seperti mengucup dahi dan memeluk isteri amat digalakkan dan dituntut untuk si suami memastikan si isteri menerima dengan baik.
- Bergaul dengan cara yang sopan
Bergaul dengan cara yang sopan menunjukkan si suami hormat kepada si isteri. Si suami perlu melakukan hubungan tersebut dengan lembut dan sopan. Hal ini bagi memastikan kedua-dua berada dalam zon selesa dan tidak terburu-buru.
- Mandi wajib
Mandi wajib bagi hadas besar junub perlu dilakukan selepas anda bersetubuh. Hal ini bagi membolehkan anda melakukan ibadah wajib yang lain seperti yang dituntut di dalam Al-Quran. Ibadah akan diterima apabila badan bersih daripada hadas besar dan kecil.
Hukum adab dan bersetubuh mengikut mazhab Syafie.
Hukum adab bersetubuh mengikut mazhab Syafie berdasarkan fatwa mufti wilayah persekutuan adalah:
Hukum adab bersetubuh mempunyai tiga; harus, makruh dan haram.
- Harus
Para suami diharuskan untuk bergaul dan menikmati secara seksual semua bahagian tubuh badan isterinya dengan syarat ia tidak membawa masalah kepada penyakit dan masalah kesihatan.
- Makruh:
Makruh ke atas para suami untuk melihat kepada faraj dan bahagian dalam isterinya.
- Haram:
Haram hukumnya, jika para suami menyetubuhi isterinya pada duburnya.
Berdasarkan kenyataan beberapa para ulama menyatakan bahawa harus hukumnya jika para suami untuk bermain dan menyentuh dengan lembut pada bahagian sulit para isterinya. Menyentuh dan bermain-main dengan kasar amat ditegah kerana boleh merosakkan anggota bahagian tersebut.
Sebagai peringatan, Sebelum memulakan pergaulan suami dan isteri, anda perlu memastikan yang anda membaca doa sebelum dan selepas bergaul. Segala perbuatan perlu berlandaskan adab yang dituntut dalam Islam.
Doa bersetubuh sebelum melakukan hubungan suami isteri berserta terjemahan.
Doa bersetubuh sebelum melakukan hubungan suami isteri berserta terjemahan adalah:
بِسْمِ اللهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْـتَنَا
Maksud: “Dengan nama Allah, Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Kau kurniakan kepada kami.”
Doa bersetubuh selepas melakukan hubungan suami isteri berserta terjemahan.
Doa bersetubuh selepas melakukan hubungan suami isteri berserta terjemahan.
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ خَلَقَ مِنَ المْـَــاءِ بَشَـــرًا
Maksud : “Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air mani ini menjadi manusia (keturunan).”
Secara kesimpulan, membaca doa bersetubuh sebelum dan selepas sangat penting untuk di amalkan bagi memastikan perkahwinan dan perhubungan berada di atas landasan yang dituntut syariat Islam.
jika si suami ingin mendatangi si isteri, mereka harus mengetahui adab-adab yang perlu di lakukan untuk memastikan kedua-dua berasa selesa .
Selain itu, suami dan isteri juga harus mengetahui tentang batas yang perlu dijaga ketika melakukan perhubungan. Maka, mereka yang bakal mendirikan rumah tangga haruslah mengambil berat dalam mempelajari selok-belok perkahwinan demi kebahagiaan sepanjang zaman.
SUMBER:
https://www.al-islam.org/marriage-parenthood-heavenly-path/chapter-2-sexual-etiquette