Now Reading
Kencing Malam (Nocturia)

Kencing Malam (Nocturia)

Kencing Malam (Nocturia)

Kondisi ini adalah apabila anda kerap harus bangun pada waktu malam hanya disebabkan oleh keinginan untuk kencing. Ini juga dikenali melalui nama saintifiknya, nocturia atau nocturnal poliuria. Walaupun ini mungkin adalah suatu kebiasaan bagi sesetengah orang, namun awas, ia mungkin petanda bagi sesuatu. Ia amatlah penting bagi mengenalpasti antara nocturia (kerap kencing) dan poliuria (kencing dalam jumlah yang banyak).

Penyebab Kencing Malam (Nocturia)

Penyebab nocturia pelbagai daripada gaya hidup atau kesihatan. Nocturia mampu menjejas kumpulan umur yang muda, namun ia menjadi kebiasaan sepanjang berumur, terutamanya pada kumpulan lelaki dewasa. Ia dianggarkan bahawa 50% lelaki dalam lingkuran umur 70 perlu bangun sekurang-kurangnya dua kali setiap malam untuk kencing. Secara keseluruhannya, nocturia mampu menjejaskan sehingga 80% warga  tua. Nocturia lebih terbiasa antara dewasa yang berumur, namun ia mampu menjejas kepada mana-mana kumpulan usia. 

Nocturia mungkin disebabkan daripada amalan kecil seperti minum terlalu banyak cecair (terutamanya kafein atau alkohol) sebelum tidur. Atau, ia mungkin disebabkan daripada sesetangah perubatan, penyakit mahupun kekurangan kapasiti pundi kencing.

Berikut adalah gaya hidup atau amalan yang dikenalpasti sebagai punca nocturia pada kedua-dua lelaki dan wanita:

  • minum terlalu banyak cecair (terutamanya kafein atau alkohol) sebelum tidur
  • amalan kebiasaan (badan anda sudah terbiasa dengan bangun malam untuk menggunakan tandas walaupun tidak terdesak)
  • Masa atau dos ubat seperti ubat diuretic (water pills), cardiac glycosides, demeclocycline, lithium, methoxyflurane, phenytoin, propoxyphene, and vitamin D yang berlebihan.
  • gangguan tidur (insomnia atau sleep apnea)

Nocturia juga mungkin adalah indikasi penyakit tertentu seperti:

  • Diabetes
  • Penyakit darah tinggi
  • Sakit jantung, penyakit vaskular atau kegagalan jantung kongestif
  • Penyumbatan pundi kencing (batu karang), keradangan atau masalah lain yang mempengaruhi keupayaan pundi kencing (seperti pembedahan pundi kencing atau fibrosis daripada radiasi)
  • Gejala pundi kencing yang terlalu aktif
  • Halangan prostat
  • Prolaps faraj
  • Menopaus
  • Kehamilan – ini mungkin bermula pada peringkat awal kehamilan, tetapi ia juga mungkin berlaku kemudian, ketika rahim yang  membesar menekan pundi kencing.
  • Prolaps pelvis
  • Pembesaran prostat (hiperplasia prostat (BPH)
  • Sindrom kaki gelisah
  • Edema pada anggota badan bahagian bawah, atau pembengkakan kaki
  • Cystitis interstitial
  • Kapasiti pundi kencing berkurang
  • Nocturnal poliuria pada waktu malam (apabila badan anda mengeluarkan air kencing yang terlalu banyak pada waktu malam bagi pundi kencing anda untuk menahan)

Simptom-Simptomnya

Pada waktu tidur, badan anda menghasilkan lebih kurang air kencing yang pekat. Ini bermakna, secara semula jadinya, anda tidak perlu untuk bangun malam dan kencing. Tidur juga tidak akan dikacau selama 6 hingga 8 jam. Bermaksudnya, jika anda harus bangun antara dua atau lebih kali pada waktu malam untuk kencing, maka ia bukan situasi yang biasa. Sebaliknya, ia adalah tanda jelas nocturia. 

Bangun yang kerap untuk ke tandas semestinya akan menjejaskan kualiti tidur dah secara tidak langsung, kualiti hidup. Kebanyakan orang tidak akan berfungsi dengan baik dan sepenuhnya tanpa tidur malam yang cukup dan tidak terganggu. Situasi ini akan memberi kesan kepada angin, perasaan dan juga produktiviti harian. Melalui masa, tidur yang tidak nyaman akan membuahkan masalah lebih besar. Ia amatlah penting untuk menyedari bahawa nocturia adalah petanda daripada badan kita sendiri dan bukanlah penyakit tersendiri yang tidak menjejaskan aspek lain.

Diagnosis Untuk Mengenalpasti Penyakit Kencing Malam

Mencari diagnosis punca nocturia mungkin susah. Doktor anda harus menanyakan beberapa set soalan. Ia mungkin akan menjadi lebih menolong jika anda rajin menulis jurnal, sekurang-kurangnya untuk beberapa hari untuk merekodkan amalan minum dan kencing.

Beberapa soalan yang doktor anda mungkin tanya adalah:

  • Bilakah nocturia anda bermula?
  • Dalam satu malam, berapa kali anda perlu kencing?
  • Adakah anda mengeluarkan jumlah air kencing yang berkurangan daripada sebelum ini?
  • Pernahkan anda mempunyai kemalangan kencing katil?
  • Adakah sesuatu yang mungkin memburukkan lagi masalah ini?
  • Adakah anda mempunyai simptom lain?
  • Apakah ubat yang anda mengambil sekarang?
  • Adakah keluarga anda mempunyai sejarah masalah pundi kencing atau diabetes?

Klinik atau hospital juga akan menjalankan ujian lain seperti:

  • ujian darah bagi memeriksa kemungkinan diabetes
  • ujian darah lain untuk mengira jumlah darah dan kimia darah
  • urinalisis
  • kultur air kencing
  • ujian kekurangan cecair
  • ujian pencitraan seperti ultrasound atau imbasan CT
  • ujian urologi seperti cystoscopy

Rawatan Nocturia

Pengubahsuaian Cara Hidup

  • Hadkan pengambilan cecair pada waktu malam
  • Minum sebanyak cecair yang mungkin pada waktu siang (terutamanya air), tetapi menghadkan cecair 2-4 jam sebelum tidur.
  • Hadkan alkohol dan kafein (air berkabonat, teh dan kopi)
  • Uruskan penggunaan ubat diuretik anda. Sekiranya anda memerlukan ubat diuretik, minum sekurang-kurangnya 6 jam sebelum tidur.
  • Tinggikan kedudukan kaki anda atau memakai stoking mampatan. Ini kerana sesetegah orang mengalami penumpukan cecair di kaki mereka. Apabila anda mengangkat kaki, ia membantu mengagihkan semua cecair ke dalam aliran darah, lantas mengurangkan keperluan membuang air kecil. Stoking mampatan elastik pula membantu dengan memeberi tekanan pada kaki anda untuk mengelakkan penumpukan cecair.
  • Mengambil tidur petang yang sekejap.
  • Apabila anda kurang tidur, tidur siang yang sekejap mampu membantu untuk memberi tenaga kembali. Tidur siang yang sekejap juga membolehkan cecair diserap ke dalam aliran darah.

Pengurusan

Jika anda pernah mengalami kencing atas katil, terdapat beberapa produk yang dapat membantu anda dan juga mengekalkan katil anda untuk terus kering. Contohnya, alas katil yang kalis air atau pakaian dalaman yang senang menyerap air.

Ubat-ubatan

Jika pengubahan gaya hidup sahaja tidak membantu dengan nocturia anda, beberapa ubat mungkin dapat membantu. Sesetengah orang sering terus mencuba pelbagai jenis ubat sehingga menjumpai ubat yang sesuai. Bukan semua dapat memperoleh faedah ubatan ini, namun mengetahui tentang mereka mungkin akan membantu.

  • Ubatan yang mampu membantu buah pinggang mengeluarkan kencing yang berkurangan. Contohnya, Desmopressin.
  • Ubat antikolinergik untuk merawat masalah otot pundi kencing. Mereka melembutkan otot pundi kecing jika berlaku kekejangan. Ini digunakan bagi membetulkan pundi kencing yang terlalu aktif. Contohnya, Darifenacin (Enablex®), Oxybutynin (Ditropan®), Tolterodine (Detrol®), Trospium Chloride (Sanctura®), or Solifenacin (VESIcare®).
  • Ubat diuretik untuk mengature kembali pengeluaran air kencing dan tekanan darah tinggi. Contohnya, Bumetanide (Bumex®), Furosemide (Lasix®).

Jika penyakit tersembunyi menjadi faktor nocturia, merawat penyakit tersebut pasti akan membantu. Ia amatlah penting untuk merawat diabetes, tekanan darah tinggi, kegagalan jantung yang tersumbat, halangan apnea tidur dan prostat yang membesar. 

Selepas Rawatan

Dengan pengubahan gaya hidup untuk jangka masa panjang dan juga menjaga masalah kesihatan yang lain, simptom anda sepatutnya akan bertambah baik. Anda sepatutnya akan dapat kembali tidur yang lena. Beri perhatian juga pada perkara yang akan membantu anda mendapati tidur malam yang lebih lena. Teruskan dengan perubahan-perubahan ini bagi mengelakkan nocturia pada masa depan. Selalu berhubung dengan pusat penjagaan kesihatan anda untuk memberitahu perkembangan atau situasi terbaru anda. 

Pencegahan

Ada beberapa langkah yang dapat mengurangkan impak nocturia. Mengurangkan jumlah peminuman 2 hingga 4 jam sebelum tidur dapat membantu anda daripada kencing malam (nocturia). Elakkan minuman beralkohol dan kafein juga membantu. Beberapa jenis makanan boleh menjejaskan pundi kencing, seperti coklat, makanan pedas dan berasid dan juga pemanis buatan. Berikan perhatian pada punca yang mungkin menyebabkan simptom anda meningkat atau berkurang. Sebilangan orang juga menyatakan bahawa menyimpan buku atau jurnal harian memberi impak yang sangat menolong bagi mengatasi masalah ini.

SUMBER:

www.healthline.com/health/urination-excessive-at-night#treatment

www.urologyhealth.org/urology-a-z/n/nocturia

www.sleepfoundation.org/articles/nocturia-or-frequent-urination-night

my.clevelandclinic.org/health/diseases/14510-nocturi

www.verywellhealth.com/frequent-urination-at-night-nocturia-3300107

KREDIT GAMBAR:

blog.ekincare.com/2019/08/07/nocturia/

www.storypick.com/3-am-wake-up/

error: Content is protected !!