Zukini ialah sejenis labu musim panas yang boleh mencapai hampir satu meter panjang, tetapi biasanya dituai tidak matang ketika 15 hingga 25 cm (6 hingga 10 in). Di Britain dan Ireland, zukini yang tumbuh sepenuhnya dirujuk sebagai marrow. Di Afrika Selatan ia dikenali sebagai baby marrow. Dalam konteks masakan, zukini dianggap sebagai sayuran; ia biasanya dimasak dan dihidangkan sebagai hidangan yang lazat atau iringan.
Ini adalah resepi kentang zukini bersama keju yang rangup dibakar menggunakan ‘air fryer’. Resepi ini adalah mesra diet karbohidrat dan keto malah adalah “kerepek” yang ringan, rangup dan penuh dengan rasa yang enak. Di samping itu, ia hanya mengandungi kandungan 3 karbohidrat bersih bagi setiap hidangan dan dapat disediakan dalam masa kurang 15 minit!
- Masa penyediaan – 15 minit
- Masa memasak – 10 minit
- Tahap – Mudah
- Pengukuran: Sukatan
- Saiz hidangan: 4
Peralatan yang diperlukan:
- ‘Air fryer’
Bahan-bahan:
- 2 buah zukini bersaiz sederhana
- 1 biji telur bersaiz besar dipukul
- 1/2 cawan tepung badam atau serbuk roti panko/ serbuk roti Itali
- 1/2 cawan keju parmesan diparut
- 1 sudu kecil perasa Itali (Italian seasoning) atau perasa pilihan
- 1/2 sudu kecil serbuk bawang putih (pilihan)
- Secubit garam dan lada
- Minyak semburan zaitun atau minyak lain atas pilihan (pilih minyak yang sihat)
Cara penyediaan:
- Potong buah zukini menjadi dua dan menjadi batang (atau kentang goreng) setebal 1/2 inci dan panjang 3 hingga 4 inci.
- Dalam mangkuk cetek, campurkan tepung badam (atau serbuk roti), keju parmesan diparut, rempah dan secubit garam dan lada. Gaul hingga sebati.
- Sadurkan buah zukini ke dalam telur dan kemudian di dalam campuran tepung badam dan letakkan di atas pinggan atau loyang. Semburkan zukini dengan semburan minyak sebanyak yang anda mahukan.
- Masak dalam kumpulan, letakkan kentang goreng zukini dalam satu lapisan di dalam ‘air fryer’. Masak selama 10 minit pada suhu 400F, atau hingga kentang kelihatan garing.
Catatan:
- Pilihan perasa: Sediakan kentang goreng zukini ini sendiri dengan menyaluti mereka dengan campuran perasa kegemaran anda. Anda tidak akan membuat salah dengan perasa Itali tetapi perasa cajun, perasa taco, perasa ‘ranch’ atau campuran perasa kegemaran anda akan membawa kentang goreng zukini ke tahap yang lebih hebat!
- Pilihan roti: Untuk memastikan kentang goreng zukini sesuai untuk diet rendah karbohidrat dan keto, pilih tepung badam dan elakkan penggunaan serbuk roti. Sekiranya anda tidak mengamalkan diet keto, anda boleh menggantikan tepung badam dengan serbuk roti panko. Ianya ringan dan akan menjadikan kentang goreng zukini anda sangat garing.
- Jika menggunakan ketuhar: Ikuti resipi seperti yang diarahkan dan bakar selama 30 minit dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 425°F atau sehingga ia berwarna keemasan dan garing.
Selamat mencuba!
Tefal Fry Delight Air Fryer
RM929.00
Tefal Air Fryer sesuai digunakan untuk menggoreng atau membakar makanan. Ianyasenang dibersihkan dengan bakul dan kuali yang boleh ditanggalkan.
Air fryer dari jenama tempatan ini menggunakan high speed air circulation technology untuk menghasilkan makanan yang kurang minyak dan lebih sihat.
Bekas menggorengnya pula diperbuat daripada stainless steel atau keluli tahan karat yang menepati piawaian keselamatan makanan.
TEFAL COMFORT CHEF KNIFE 20CM WITH COVER
RM57.90
Pisau keselesaan penting untuk menggunakan peralatan dapur untuk pengguna yang sesekali memasak atau untuk orang dewasa muda yang bergerak dan membeli set pisau pertama mereka. Manfaat utama adalah pemegang zon selesa dan reka bentuk bilah khusus. Dilengkapkan dengan penutup pisau yang selamat untuk semua model. Rekabentuk lengkungan lebar pisau ini sangat sesuai digunakan kerana ia dicipta untuk melakukan potongan-potongan asas ketika memasak. Pisau tajam ini boleh memotong apa sahaja barangan masakan dengan tepat dan sempurna.