Now Reading
Keratosis Seborheik (Seborrheic keratosis) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Keratosis Seborheik (Seborrheic keratosis) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

keratosis seborheik

Keratosis seborheik adalah pertumbuhan kulit bukan kanser yang biasa berlaku. Orang ramai lebih cenderung mendapatkannya apabila mereka semakin berusia.

Selain itu, masalah ini biasanya berwarna coklat, hitam atau gelap. Pertumbuhannya kelihatan seperti berlilin, bersisik dan timbul. Keratosis ini juga biasanya muncul di bahagian kepala, leher, dada atau belakang badan.

Namun begitu, masalah ini tidak berbahaya dan tidak menular. Ia tidak memerlukan rawatan, tetapi anda mungkin ingin membuangnya jika ia menimbulkan ketidakselesaan apabila terkena pakaian atau jika anda tidak suka dengan rupanya.

Simptom Keratosis Seborheik

Penyakit ini biasanya kelihatan seperti tumbuh-tumbuhan yang berlilin atau juga boleh dilihat sebagai ketuat. Ia biasanya muncul pada muka, dada, bahu atau belakang. Anda mungkin boleh mendapat pertumbuhan tunggal, namun pertumbuhan berganda adalah lebih biasa berlaku.

Selain itu, penyakit ini juga:

  • Boleh terdiri daripada warna coklat yang cerah, coklat atau hitam.
  • Berbentuk bulat atau bujur.
  • Mempunyai ciri seperti “ditampal”.
  • Ada jenis yang rata atau sedikit timbul dengan permukaan bersisik.
  • Variasi saiz daripada saiz yang sangat kecil hingga saiz lebih daripada 1 inci (2.5 sentimeter) diameter.
  • Boleh menggatalkan.

Punca Keratosis Seborheik

Punca masalah kesihatan ini masih tidak diketahui. Namun, perkara berikut telah diketahui seperti:

  • Keratosis seborheik boleh diwarisi dalam keluarga. Sesetengah orang lebih cenderung mewarisinya dan mendapat pertumbuhan yang banyak.
  • Matahari boleh memainkan peranan sebagai faktor yang menyebabkan masalah keratosis seborheik. Kajian menunjukkan bahawa pertumbuhan ini berkembang pada kulit yang terdedah kepada cahaya matahari yang banyak. Walau bagaimanapun pertumbuhan ini juga boleh terjadi pada kulit yang terlindung. Oleh itu, lebih banyak kajian diperlukan bagi menentukan isu ini.
  • Keratosis seborheik tidak berjangkit. Pertumbuhannya mungkin dilihat berlipat ganda dan merebak ke bahagian badan yang lain. Namun, ia akan menjadi lebih banyak apabila seseorang itu semakin berumur.

Diagnosis Keratosis Seborheik

Seorang pakar dermatologi boleh mendiagnosis masalah keratosis hanya dengan melihatnya. Jika terdapat sebarang ketidakpastian, mereka mungkin akan mengambil sedikit bahagian kulit atau semua pertumbuhan untuk diuji di makmal. Proses ini dipanggil biopsi kulit.

Sampel daripada biopsi tersebut akan diperiksa di bawah mikroskop oleh ahli patologi yang terlatih. Ini dapat membantu doktor untuk mendiagnosis pertumbuhan seperti keratosis atau kanser seborheik (seperti melanoma malignan).

Faktor Risiko Keratosis Seborheik

Biasanya, anda lebih cenderung untuk mendapat masalah keratos seborheik jika anda berusia lebih dari 50 tahun. Di samping itu, risiko anda juga meningkat jika anda mempunyai sejarah keluarga dengan keadaan yang sama.

Rawatan Keratosis Seborheik

Dalam kebanyakan kes, penyakit ini tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, doktor mungkin memutuskan untuk membuang sebarang pertumbuhan anda yang mempunyai penampilan yang mencurigakan atau menyebabkan ketidakselesaan secara fizikal atau emosi.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/266748

https://dermnetnz.org/topics/seborrhoeic-keratosis

https://www.healthline.com/health/seborrheic-keratosis

error: Content is protected !!