Now Reading
Kernikterus (Kernicterus) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Kernikterus (Kernicterus) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

kernikterus

Kernikterus adalah kerosakan otak yang jarang berlaku tetapi boleh dicegah. Ia selalunya memberi kesan pada bayi baru lahir yang menghidap penyakit demam kuning.

Penyakit demam kuning adalah keadaan kulit dan tisu lain berwarna kuning yang telah menjejaskan kira-kira 60% hingga 80% bayi. Ia berlaku apabila bayi menghasilkan terlalu banyak bahan kimia dipanggil bilirubin di dalam darahnya. Biasanya, keadaan ini akan hilang dengan sendiri. Selain itu, ia juga hanya berlaku apabila tahap bilirubin kekal terlalu tinggi serta apabila penyakit demam kuning tidak dirawat, keadaan tersebut boleh menjadi Kernikterus dan menyebabkan kerosakan otak.

 

Simptom Kernikterus

Apabila bayi anda mendapat penyakit demam kuning, perubahan warna kulit biasanya dilihat di wajahnya terlebih dahulu. Apabila paras bilirubin semakin tinggi, gejala boleh merebak ke seluruh tubuh, termasuk dada, abdomen, lengan dan kaki. Namun begitu, ia agak sukar untuk mengesan penyakit demam kuning pada bayi yang berkulit gelap. Ia juga boleh muncul di bahagian putih mata bayi anda.

Jika bayi anda mempunyai mana-mana gejala penyakit demam kuning, ianya penting untuk berjumpa doktor dengan segera. Simptom penyakit demam kuning termasuklah:

  • Perubahan warna kulit, menyebabkan warna kuning atau jingga yang bermula dari kepala.
  • Kesukaran untuk bangun tidur atau masalah tidur sama sekali.
  • Masalah makan, sama ada susuan ibu atau botol.
  • Jeritan yang melampau.
  • Lampin basah atau kotor adalah kurang daripada purata biasa.

Kebanyakan kes penyakit demam kuning tidak memerlukan rawatan, tetapi jika ia berlaku terlalu lama, komplikasi boleh berlaku mendorong kepada Kernikterus.

Gejala Kernikterus boleh berubah-ubah, tetapi mungkin termasuk:

  • Mengantuk atau kurang tenaga.
  • Menangis tidak terkawal atau nada sangat tinggi/nyaring.
  • Demam.
  • Masalah untuk makan.
  • Lemah atau kaku seluruh badan.
  • Pergerakan mata yang luar biasa.
  • Kekejangan otot atau mengurangkan nada otot

Gejala lain Kernikterus boleh berkembang apabila kanak-kanak menjadi lebih besar seperti:

  • Sawan atau kejang.
  • Pembangunan dan pergerakan motor yang luar biasa.
  • Kekejangan otot dan/atau otot yang membengkok.
  • Masalah pendengaran dan masalah deria lain.
  • Ketidakupayaan untuk melihat ke atas.
  • Enamel gigi yang kotor.

Punca Kernikterus

Kernikterus berlaku apabila paras bilirubin dalam darah menjadi begitu tinggi sehingga membuat halangan pada saluran darah otak dan merosakkan tisu otak. Keadaan ini selalunya hampir berkaitan dengan penyakit demam kuning yang serius.

Penyebab umum penyakit demam kuning termasuk:

  • Hati yang tumbuh dengan terbantut, berpenyakit, atau rosak.
  • Kemusnahan sel darah merah, selalunya berlaku apabila jenis darah ibu tidak sepadan dengan bayinya.
  • Kelahiran pramatang, biasanya sebelum 37 minggu tempoh kehamilan.
  • Peningkatan penghasilan bilirubin.
  • Sindrom Gilbert, keadaan yang mendorong kepada tahap bilirubin yang tinggi.
  • Halangan atau penyumbatan pada saluran hempedu .

Diagnosis Kernikterus

Bayi biasanya mempunyai tahap bilirubin tertinggi apabila mereka berumur 3 hingga 5 hari. Jadi, mereka harus diperhatikan sekiranya ada tanda-tanda penyakit demam kuning setiap 8 hingga 12 jam semasa 2 hari pertama dalam kehidupan mereka.

Selain itu, mereka kemudian perlu juga diperhatikan semula sebelum berumur 5 hari. Doktor boleh menguji tahap bilirubin bayi baru lahir dengan meter cahaya sebelum dia meninggalkan hospital. Sekiranya hasilnya adalah tinggi, doktor boleh membuat ujian darah untuk penilaian lanjut. Ini adalah cara paling tepat untuk mengukur tahap bilirubin individu. Jika tahap bilirubin bayi anda adalah terlalu tinggi, dia akan menerima rawatan khusus bergantung kepada berapa jam bayi sudah dilahirkan serta sama ada dia mempunyai faktor-faktor risiko tertentu atau tidak.

Doktor jgua boleh menjalankan lebih banyak ujian darah selepas rawatan dibuat untuk memastikan tahap itu kembali ke julat yang normal.

Faktor Risiko Kernikterus

Walaupun penyakit demam kuning ringan sangat biasa berlaku pada bayi yang baru lahir, beberapa faktor diketahui boleh meningkatkan risiko penyakit ini dan penyakit Kernikterus yang serius.

Faktor risiko Kernikterus termasuk:

  • Ibu dan anak tidak berkongsi kumpulan darah yang sama.
  • Kekurangan glukosa-6-fosfat dehidrogenas (G6PD), enzim yang membantu sel darah merah berfungsi dengan baik.
  • Berat rendah semasa lahir.
  • Kelahiran pramatang.
  • Sepsis.
  • Meningitis.
  • Warna kulit gelap, jadi kulit yang menguning adalah sukar untuk diperhatikan.
  • Masalah makan atau kurang selera makan.
  • Keadaan lebam.
  • Sejarah keluarga yang berpenyakit demam kuning.
  • Lebam atau kecederaan akibat kelahiran yang sukar.

Walaupun kebanyakan keadaan ini yang dapat meningkatkan risiko bayi untuk menghidap penyakit demam kuning yang serius, rawatan segera bagi menurunkan kadar bilirubin yang tinggi dapat mencegah berlakunya Kernikterus.

Rawatan Kernikterus

Bagaimana penyakit demam kuning yang agresif dirawat bergantung kepada usia bayi yang diukur dalam jam dan berapa banyak tahap paras bilirubin yang telah meningkat. Bayi yang menghidapi penyakit Kernikterus sentiasa dirawat di hospital dengan segera.

Kebanyakan bayi dengan penyakit demam kuning pada peringkat yang memerlukan jaminan rawatan, dan semua bayi dengan penyakit Kernikterus akan diletakkan di dalam inkubator, iaitu di bawah lampu khas dengan mata yang dilindungi.

Seterusnya, golongan bayi ini juga akan memerlukan susu atau formula lebih banyak, dan sering kali menyusu setiap 2 jam. Dalam sesetengah kes, tiub makanan boleh diletakkan di dalam kerongkong kanak-kanak untuk memberi makan secara langsung. Cecair penghidratan juga biasa diberikan melalui vena.

Bagi kes-kes penyakit demam kuning yang serius dan biasanya menjadi kes Kernikterus, pemindahan darah segera perlu dilakukan untuk menurunkan jumlah bilirubin bebas dalam darah.

Setelah penyakit Kernikterus berkembang, pilihan rawatan khusus bergantung kepada gejala yang dialami.

Rawatan biasa yang digunakan bagi komplikasi Kernikterus termasuklah:

  • Fisioterapi.
  • Terapi ucapan.
  • Bimbingan, nasihat atau perubahan yang dibuat berkaitan pendidikan.
  • Implan koklea jika kehilangan pendengaran berlaku.
  • Peranti atau prosedur ortopedik.
  • Ubat untuk merawat masalah otot atau pergerakan.
  • Suntikan botoks.
  • Ubat untuk gangguan hiperaktif kekurangan perhatian.

SUMBER

https://www.webmd.com/children/what-is-kernicterus

https://www.healthline.com/health/kernicterus

https://www.medicalnewstoday.com/articles/320701

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/infant-jaundice/symptoms-causes/syc-20373865

error: Content is protected !!