Now Reading
Kesan Covid-19 pada Pesakit Kanser

Kesan Covid-19 pada Pesakit Kanser

Kesan Covid-19 pada Pesakit Kanser

Kesan Covid-19 pada pesakit kanser boleh memudaratkan sekiranya tidak dicegah kerana Covid-19 boleh dibentuk dengan pantas dan serius.

Sistem imun mereka selalunya dikrompomi dan menjadi lemah disebabkan penyakit dan rawatan yang diterima. Jadi, ini meletakkan mereka berada pada risiko yang lebih tinggi untuk mendapat bentuk COVID-19, yang serius. Malah, ada yang terfikir untuk menangguhkan atau menghentikan rawatan kemoterapi mereka disebabkan hal ini.

Seterusnya, penyelidikan yang telah dibuat sebelumnya menunjukkan terdapat sebab yang bagus mengapa hal ini perlu diberi perhatian.

Berdasarkan 44,000 kes yang disahkan positif COVID-19 di China, 0.9% daripada pesakit yang tidak mempunyai masalah kesihatan lain meninggal dunia pada bulan lalu, tetapi jumlah itu meningkat kepada 6% bagi mereka yang menghidap kanser seperti yang dilaporkan oleh Pusat Penyakit dan Pencegahan Penyakit. Namun, kadar kematian tersebut adalah lebih tinggi bagi penghidap penyakit jantung, iaitu pada 10.5% dan diabetes, pada 7%.

Berbanding golongan lain, pesakit kanser berisiko COVID-19 dilihat mendapatkan kesan yang teruk disebabkan penyakit ini seperti memerlukan mesin pernafasan. Ini ditulis oleh penyelidik di The Lancet selepas menganalisis 18 kes pesakit kanser yang menjangkiti coronavirus di China.

Memandangkan pesakit-pesakit tersebut mempunyai hasil yang lebih buruk disebabkan COVID-19, penulis menggesa doktor untuk memberi perhatian yang lebih intensif kepada pesakit kanser COVID-19 dengan keadaan yang memburuk secara cepat.

Jadi, untuk memberi pemahaman yang lebih baik berkaitan COVID-19 dan pesakit kanser, berikut adalah jawapan kepada beberapa soalan yang sering ditanyakan.

Adakah pesakit kanser mempunyai sistem imun yang berkompromi?

Pesakit dengan sejarah kanser yang tidak menjalani terapi sekarang dan tidak mempunyai kanser yang aktif mungkin tidak mengalami peningkatan risiko yang ketara berbanding individu lain dalam kumpulan umur yang sama. Sama juga seperti terapi hormon untuk kanser payudara yang tidak akan meningkatkan risiko penyakit yang teruk.

Namun, risiko yang lebih tinggi dihadapi oleh individu-individu yang masih menerima rawatan ketahanan imun, serta mereka yang mempunyai kanser aktif dan tidak mengalami peredaan (remission). Prosedur kemoterapi boleh meningkatkan lebih banyak risiko berbanding radiasi atau pembedahan. Tetapi, apa sahaja yang boleh memberi tekanan kepada sistem tersebut berpotensi untuk meningkatkan risiko seseorang mendapat jangkitan yang berbahaya.

Ianya tidak jelas bagaimana terapi imun boleh memberi impak kepada risiko yang dialami seseorang, tetapi pesakit yang terlibat mungkin mengalami gejala dan kesan sampingan yang boleh menjadi sangat sukar untuk dibezakan dengan jangkitan.

Apakah jenis kanser yang boleh meningkatkan paling banyak risiko?

Jenis kanser ini termasuklah keganasan hematologi, atau kanser darah seperti leukemia, limfoma dan sindrom myelodysplastic. Bagi pesakit-pesakit ini, kedua-dua rawatan dan kanser itu sendiri boleh menjejaskan sistem pertahanan semula jadi badan memandangkan sistem darah juga adalah sebahagian daripada sistem imun.

Di samping itu, kanser yang aktif dan menjejaskan fungsi organ seseorang juga perlu diberi perhatian. Sebagai contoh, pesakit kanser paru-paru mungkin berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi pernafasan disebabkan COVID-19 kerana mereka mempunyai penyakit paru-paru yang mendasari keadaan lain.

Malah, pesakit dengan sejarah pemindahan tulang sumsum juga berada pada risiko yang lebih tinggi kerana sistem imun mereka akan ditindas buat jangka masa yang panjang.

Berapa lama sistem imun anda berkompromi selepas rawatan kemoterapi?

Risiko ini mungkin ada buat seketika selepas individu selesai menjalani rawatan tersebut. Walau bagaimanapun, ia sepatutnya berkurangan dengan ketara setelah itu. Bagi tumor padat (kanser bukan darah) yang tidak lagi aktif, fungsi imun cenderung kembali normal dengan cepat iaitu dalam masa beberapa bulan.

Bagaimana untuk mengetahui jika anda mempunyai sistem imun yang berkompromi?

Tiada ujian mudah yang boleh doktor lakukan untuk mengukur bagaimana sempurnanya fungsi imun pesakit kanser dari segi memerangi jangkitan virus. Tetapi, kiraan darah lengkap boleh mendedahkan maklumat penting, termasuklah tahap sel darah putih yang melawan jangkitan dan kesihatan keseluruhan bagi seseorang individu. Ia juga boleh membantu doktor mengenal pasti pesakit yang berisiko tinggi kerana kiraan darah yang rendah.

Perlukah pesakit yang masih menerima rawatan kemoterapi membatalkannya?

Ia mungkin bergantung kepada bagaimana coronavirus telah meluas di kawasan mereka serta apa yang disarankan oleh doktor mereka. Ini adalah kerana kebanyakan pesakit diharuskan menerima rawatan tersebut kerana mereka memerlukannya, jadi pihak perubatan tidak boleh sewenang-wenangnya menyuruh mereka memberhentikan rawatan tersebut begitu sahaja.

Setiap kes perlu dikaji satu per satu dan dibincangkan dengan doktor mereka. Rawatan kemoterapi bukan sahaja diberikan untuk menyembuhkan pesakit, malah ia juga kadangkala boleh membantu mengurangkan gejala yang dialami oleh pesakit kanser.

Jika ada golongan yang diharuskan untuk menangguhkan atau membatalkan lawatan ke hospital, ianya pastilah golongan individu membuat pemeriksaan rutin bersama doktor. Dalam keadaan yang kacau ini, anda mungkin boleh menjadualkan perundingan maya dengan doktor anda, jika mereka mempunyai kemudahan itu. Ia harus dilakukan sebegini bagi mengurangkan risiko penyebaran virus terhadap sesiapa sahaja. Malah, ini juga akan membantu mengehadkan jumlah kuman yang mungkin dibawa oleh individu-individu lain yang datang bagi menerima rawatan.  

Kesan Covid-19 Pada Pesakit Kanser * Langkah Berjaga-jaga

Mematuhi arahan “penjarakan sosial” adalah sangat penting bagi pesakit yang mempunyai kanser aktif serta mereka yang menjalani rawatan ketahanan imun. Langkah ini bermakna anda perlu menghindari orang ramai, tidak meninggalkan rumah, tidak melancong mahupun menggunakan pengangkutan awam jika tiada keperluan.

Nasihat standard ini juga adalah lebih penting untuk pesakit kanser seperti cuci tangan  dengan kerap, jangan sentuh muka anda dan bersihkan permukaan tertentu secara kerap. Pastikan sistem imun anda kuat dengan mendapatkan tidur yang cukup, makan dengan baik dan bersenam.

Bagi individu dengan masalah sistem imun yang berkompromi, berhati-hati dan buat persediaan yang seharusnya jika tempoh ‘Kawalan pergerakan’ ini terpaksa dilanjutkan lagi. Ahli keluarga lain juga harus sentiasa berwaspada kerana mereka juga berisiko akan penyakit ini jadi ambil langkah sepatutnya untuk melindungi orang yang tersayang.

Bagaimana jika pesakit kanser mengenal pasti gejala coronavirus?

Seorang pesakit yang mempunyai kanser aktif atau masih mendapatkan rawatan harus mempertimbangkan demam sebagai tanda kecemasan perubatan dan segera hubungi doktor atau penjaga kesihatan mereka.

Bagi simptom pernafasan atau tanda-tanda virus lain, hubungi klinik kesihatan terdekat lebih awal berbanding hanya muncul begitu sahaja di jabatan kecemasan atau pejabat doktor. Ini akan membantu memberikan doktor sedikit masa sebeleum menentukan langkah seterusnya.

Usah mempunyai pemikiran yang salah seperti tidak perlu berasa risau sekiranya anda kekal sihat kerana virus ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Fikirkan tentang keluarga anda yang masih ada terutamanya ibu bapa atau datuk nenek yang lebih tua dan mungkin tidak dapat bertahan sekiranya mereka dijangkiti virus tersebut. Begitu juga dengan mereka yang mempunyai kanser kerana sistem imun mereka adalah lebih lemah berbanding individu biasa.

SUMBER

https://news.cancerconnect.com/treatment-care/cancer-patients-covid-19-what-you-need-to-know-and-how-to-reduce-your-risks-E-lSV5d9mk6w6hphSlU–g

https://www.esmo.org/guidelines/cancer-patient-management-during-the-covid-19-pandemic

https://www.thelancet.com/journals/lancet/article/PIIS0140-6736(20)31173-9/fulltext

error: Content is protected !!