Berdasarkan Organisasi Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) mendefinisikan kesihatan mental:
‘Kesihatan mental adalah keadaan pemikiran yang baik di mana seseorang individu tersebut menyedari kelebihan dirinya, boleh menjalani tekanan hidup yang normal, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbangkan kelebihannya kepada komuniti.’
Penyakit mental atau dipanggil sebagai gangguan kesihatan mental merujuk kepada keadaan kesihatan mental yang besar di mana gangguan ini menganggu, mempengaruhi mood, pemikiran dan tindakan anda.
Contoh masalah mental termasuklah depresi, gangguan keresahan, schizophrenia, gangguan pemakanan dan tingkah laku yang melibatkan ketagihan.
Kebanyakan individu mengalami masalah kesihatan mental mengikut keadaan dan masa. Tetapi masalah kesihatan mental menjadi penyakit mental apabila tanda – tanda dan simptom berterusan lalu menyebabkan stress yang kerap dan mempengaruhi kemampuan anda untuk menjalani kehidupan.
Penyakit mental boleh membuatkan anda sengsara dan boleh menyebabkan masalah timbul di dalam kehidupan seharian anda seperti di sekolah atau di tempat kerja atau di dalam sesuatu hubungan.
Dalam kebanyakan kes, simptom boleh dirawat dengan kombinasi ubat – ubatan dan terapi (psikoterapi).
Bagaimana anda menjaga kesihatan mental?
1. Menghargai diri sendiri
Berikan kebaikan dan kehormatan kepada diri anda sendiri dan elakkan daripada mengkritik diri sendiri. Ambil masa untuk lakukan hobi anda dan projek kegemaran anda atau bermain permainan.
Anda juga boleh melakukan teka silang kata setiap hari, menanam pokok, menjalani latihan menari, belajar bermain alat muzik atau memahiri bahasa lain.
2. Pastikan anda dikelilingi individu yang baik
Individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang kuat atau hubungan sosial yang baik selalunya lebih sihat daripada seseorang yang tidak mempunyai sebarang sokongan.
Merancanglah bersama ahli keluarga dan keluarga untuk bercuti atau sertai aktiviti di mana anda boleh berjumpa dengan individu baru seperti di kelas atau kumpulan sokongan.
3. Berkongsi sesuatu atau berbuat baik
Luangkan masa dan tenaga anda dengan sukarela untuk membantu orang lain. Anda akan rasa gembira apabila anda lakukan sesuatu untuk membantu seseorang yang memerukan bantuan selain ia merupakan cara yang bagus untuk berjumpa dengan individu baru.
4. Belajar menangani stres
Suka atau tidak, stres merupakan sebahagian daripada kehidupan yang tidak boleh kita elak tetapi tangani. Belajar beberapa kemahiran menangani stres dengan strategi menangani stress untuk 1 minit, melakukan senaman tai chi, bersenam, berjalan di tempat yang menenangkan, bermain bersama haiwan peliharaan atau menulis journal atau diari untuk mengurangkan stres.
Selain itu, ingatlah untuk sentiasa tersenyum dan lihat perkara yang menghiburkan. Elakkan daripad melihat sesuatu video yang boleh menganggu emosi anda.
Kajian menunjukkan dengan ketawa boleh merangsang sistem imun, mengurangkan rasa sakit dan menenangkan badan anda dan mengurangkan stres.
5. Dapatkan bantuan apabila diperlukan
Cari atau dapatkan bantuan adalah tanda – tanda kekuatan bukan kelemahan. Penting untuk anda sentiasa ingat bahawa setiap rawatan adalah efektif.
Jangan mencuba sebarang ‘poll’ atau meraih undian melalui media sosial kerana mereka bukanlah sumber yang betul untuk anda mendapatkan pendapat dan nasihat.
Cari individu yang profesional dan bertauliah, individu yang mendapatkan rawatan yang betul dapat menangani masalah yang dihadapi dan dengan itu memberikan anda kehidupan yang lebih baik.
6. Jaga diri anda
Menjaga diri sendiri secara fizikal boleh meningkatkan kesihatan mental anda juga. Pastikan anda :
- Makan makanan atau hidangan yang bernutrisi
- Elakkan diri daripada merokok atau mengambil dadah mahupun minum arak
- Minum air yang banyak
- Bersenam, lakukan senaman untuk membantu anda mengurangkan depresi dan meningkatkan mood
- Dapatkan tidur yang cukup. Pengkaji percaya bahawa kurang tidur menjadi sebab depresi yang tinggi di kalangan pelajar kolej atau universiti
Simptom masalah kesihatan mental
Setiap penyakit ada simptomnya, tetapi tanda – tanda penyakit mental di kalangan individu dewasa dan remaja yang biasa dilihat seperti :
- Terlebih risau atau ketakutan
- Rasa terlalu sedih atau hilang motivasi
- Fikiran bercelaru atau bermasalah untuk memberi tumpuan dan belajar
- Perubahan mood yang ekstrem termasuklah rasa gian yang tidak terkawal atau perasaan terlampau gembira (euphoria)
- Perasaan mudah marah, kuat dan berpanjangan
- Mengelak daripada rakan – rakan dan aktiviti sosial
- Sukar untuk memahami atau berada dalam keadaan atau masalah seseorang
- Perubahan tabiat tidur atau rasa penat dan tiada tenaga
- Perubahan pada tabiat pemakanan seperti rasa sangat lapar atau kurang selera makan
- Perubahan pada dorongan atau keinginan terhadap seks
- Sukar menghadapi realiti (berhalusinasi atau berkhayal di mana individu tersebut mengalami dan merasakan sesuatu yang tidak wujud dalam bentuk realiti)
- Tidak mampu memahami perubahan perasaan pada diri sendiri begitu juga tindakan atau personaliti (anosognosia)
- Penggunaan berlebihan atau penyalahgunaan dadah atau arak
- Pelbagai penyakit fiizkal tanpa sebab yang khusus seperti sakit kepala, sakit perut, samar – samar dan rasa sakit dan sengal – sengal yang berpanjangan
- Terfikir untuk bunuh diri
- Tidak mampu menjalani kehidupan atau aktiviti seharian atau menangani masalah dan tekanan yang berlaku setiap hari
- Rasa takut yang berlebih – lebih tentang berat badan menaik atau risau tentang penampilan diri
Keadaan kesihatan mental ini juga boleh berlaku sejak kanak – kanak tersebut masih kecil. Hal ini kerana mereka masih belajar untuk mengenal pasti dan bercakap mengenai pandangan dan emosi mereka.
Simptom mereka yang paling ketara adalah pada sikap dan tindakan. Simptom di kalangan kanak – kanak termasuklah :
- Prestasi di sekolah berubah
- Terlebih risau atau keresahan contohnya tidak mahu atau mengelak daripada menghampiri katil atau pergi ke sekolah
- Sikap yang hiperaktif
- Sering mengalami mimpi ngeri
- Sering tidak mendengar kata atau bertindak agresif
- Sering mengekspresikan perasaan atau mengamuk
Rawatan kesihatan mental
Rawatan gangguan kesihatan mental tidak semestinya sesuai untuk semua orang dan ia tidak menawarkan atau memastikan kesembuhan.
Justeru itu, rawatan bertujuan untuk mengurangkan simptom, menangani punca berlakunya, dan membuatkan keadaan yang dihadapi boleh ditangani.
Anda dan doktor anda akan berkerjasama untuk mencari jalan yang terbaik. Ia boleh juga melibatkan kombinasi pelbagai rawatan kerana sesetengah individu memberikan hasil yang lebih baik dengan pendekatan daripada pelbagai sudut. Ini merupakan antara rawatan kesihatan mental yang sering digunakan :
1. Ubat – ubatan
4 kategori ubat yang digunakan untuk merawat gangguan kesihatan mental seperti antidepressants, anti-anxiety, antipsychotic, and mood-stabilizing.
Jenis ubat mana yang terbaik untuk anda bergantung pada simptom yang anda alami dan isu kesihatan yang anda lalui. Seseorang individu tersebut boleh mencuba beberapa ubat pada dos berbeza sebelum menemui sesuatu yang sesuai untuk mereka.
2. Psikoterapi
Terapi percakapan atau psikoterapi adalah peluang untuk anda bercakap tentang keadaan anda dengan pakar kesihatan mental mengenai apa yang anda alami, perasaan, pandangan dan idea anda.
Pakar terapi akan bertindak sebagai pendengar dan pengantara yang bersifat neutral yang membantu anda mempelajari cara menangani dan strategi untuk menguruskan simptom anda.
3. Rawatan di hospital dan pusat pemulihan psikososial
Sesetengah individu perlu menjalani rawatan intensif di hospital atau pusat pemulihan. Melalui program ini membantu mereka menjalani rawatan dengan lebih baik. Terdapat juga program pada waktu siang di mana mereka menjalani proses sosialisasi.
JADI,
Kepada individu di luar sana, berhenti menilai individu yang menghadapi masalah kesihatan mental dengan perkara yang tidak baik atau menganggap mereka gila. Apabila rakan anda sakit, anda akan ucapkan “Semoga cepat sembuh,” bukannya “Tak makan makanan sihat ni,”.
Ubah mentaliti anda! Hulurkan tangan, berikan sokongan. Mental atau otak anda juga ada tahap kesihatannya, sama juga seperti badan anda. Mari kita bantu dan bersama – sama mereka untuk berjuang menangani masalah mental. Hapuskan stigma untuk masa depan masyarakat yang lebih sihat.
SUMBER
https://www.medicalnewstoday.com/articles/154543#definition
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/mental-illness/symptoms-causes/syc-20374968
https://www.nami.org/About-Mental-Illness/Warning-Signs-and-Symptoms