Pengenalan
Kesukaran yang berlaku sewaktu proses menelan digelar Disfagia. Menelan adalah proses kompleks yang melibatkan otot dan saraf berbeza.
Terdapat tiga jenis Dysphagia:
- Dysphagia oral (disfagia tinggi) – masalahnya adalah di dalam mulut dan ia kadangkala disebabkan oleh lidah yang lemah selepas strok, kesukaran mengunyah makanan atau masalah mengangkut makanan dari mulut.
- Dysphagia Pharyngeal – masalahnya bermula di tekak. Masalah di tekak sering disebabkan oleh gangguan neurologi yang mempengaruhi saraf seperti penyakit Parkinson, strok atau sklerosis lateral amiotrofik.
- Dysphagia Esophageal (disfagia rendah) – masalahnya terjadi di esofagus. Ini biasanya terjadi disebabkan penyumbatan atau kerengsaan. Jika keadaan ini berlaku, pesakit perlu menjalani prosedur pembedahan.
Perlu diingatkan bahawa kesakitan sewaktu menelan (odinofagia) adalah berbeza daripada Dysphagia, tetapi seseorang mungkin mempunyai kedua-dua simptom ini pada masa yang sama. Selain itu, globus pula adalah perasaan seperti terdapat sesuatu yang terperangkap dalam tekak.
Penerangan
Sesetengah pesakit yang mengalami Dysphagia tidak menyedari keadaan tersebut. Dalam kes sebegini, ia mungkin tidak didiagnosis dan tidak dirawat, justeru itu meningkatkan risiko keradangan paru-paru (jangkitan paru-paru yang boleh berkembang apabila pesakit secara tidak sengaja menyedut air liur atau zarah makanan).
Selain itu, Dysphagia yang tidak didiagnosis juga boleh menyebabkan dehidrasi dan kekurangan zat makanan.
Simptom lain yang dikaitkan dengan Dysphagia termasuklah:
• Tercekik semasa makan.
• Batuk atau gatal ketika menelan.
• Air liur meleleh.
• Asid makanan atau perut naik ke dalam tekak.
• Rasa pedih ulu hati yang berulang.
• Suara serak
• Sensasi seperti terdapat makanan tersekat dalam tekak, dada, atau di belakang tulang dada.
• Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.
• Pembalikan makanan (regurgitasi).
• Kesukaran mengawal makanan di dalam mulut.
• Kesukaran memulakan proses menelan.
• Pneumonia berulang.
• Ketidakupayaan mengawal air liur di dalam mulut.
Penyebab yang berkemungkinan
Kemungkinan penyebab Disphagia termasuklah:
- Sklerosis lateral amiotrofik – sejenis keadaan neurodegenerasi progresif yang tidak boleh disembuhkan. Dari masa ke semasa, saraf di tulang belakang dan otak kehilangan fungsinya secara progresif.
- Akalasia – otot esofagus yang lebih rendah tidak rehat dengan cukup untuk membolehkan makanan masuk ke dalam perut.
- Kekejangan yang merebak – otot dalam esofagus mengecut (contract) secara tidak teratur.
- Strok – sel otak mati akibat kekurangan oksigen kerana aliran darah berkurangan. Jika sel-sel otak yang mengawal aktiviti menelan terjejas, ia boleh menyebabkan Disphagia.
- Cincin esofagus – sebahagian kecil dari kerongkong menjadi sempit sehingga menghalang makanan pepejal daripada bergerak.
- Esophagitis Eosinofilik – tahap eosinofil yang sangat tinggi (sejenis sel darah putih) dalam esofagus. Eosinofil ini tumbuh dengan cara yang tidak terkawal dan menyerang sistem gastrointestinal justeru itu menyebabkan muntah dan kesukaran untuk menelan makanan.
- Sklerosis berbilang – sistem saraf pusat diserang oleh sistem imun sendiri dan memusnahkan myelin yang berfungsi untuk melindungi saraf.
- Myasthenia gravis (penyakit Goldflam) – otot-otot di bawah kawalan refleks mudah letih dan lemah kerana terdapat masalah rangsangan saraf pada kontraksi otot. Ini merupakan gangguan autoimun.
- Penyakit Parkinson dan sindrom Parkinsonisme – Penyakit Parkinson adalah gangguan neurologi yang progresif dan degeneratif yang menjejaskan kemahiran motor pesakit.
- Radiasi – sesetengah pesakit yang menerima terapi radiasi (radioterapi) di leher dan bahagian kepala mungkin mengalami masalah untuk menelan.
- Bibir dan lelangit terbelah – sejenis perkembangan yang tidak normal di muka yang disebabkan oleh penggabungan tulang yang tidak lengkap di kepala, mengakibatkan belahan (cleft) pada lelangit dan bibir hingga ke kawasan hidung.
- Skleroderma – sejenis penyakit autoimun yang jarang berlaku di mana kulit dan tisu penghubung menjadi tegang dan mengeras.
- Kanser Esophageal – sejenis kanser di esofagus yang berkaitan dengan penggunaan alkohol dan tabiat merokok, atau penyakit refluks gastroesophageal (GERD).
- Struktur esophageal – penyempitan esofagus yang sering dikaitkan dengan GERD.
- Xerostomia (mulut kering) – kekurangan air liur untuk membasahkan mulut.
Bila perlu berjumpa doktor
Saban hari, Dysphagia boleh menyebabkan simptom seperti penurunan berat badan dan jangkitan dada yang berulang. Anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami kesukaran menelan peringkat tertentu.
Apa yang boleh diharapkan di klinik
Jika anda mengesyaki anda mengalami masalah menelan, berbincanglah dengan doktor anda. Anda boleh menjalani ujian seperti:
- Cineradiography: Ujian imbasan di mana kamera digunakan untuk menggambarkan struktur badan dalaman. Semasa ujian, anda akan diminta untuk menelan penyediaan barium (cecair atau bentuk lain yang menyala di bawah X-ray). Mesin X-ray dengan keupayaan video akan digunakan untuk melihat pergerakan barium tersebut melalui esofagus. Prosedur ini sering dilakukan di bawah bimbingan ahli patologi pertuturan iaitu seorang pakar menelan dan pakar ucapan.
- Endoskopi atas: Sebuah tiub yang fleksibel dan sempit (endoskopi) dimasukkan ke dalam kerongkong bagi merakam imej dalam tekak (faring) serta esofagus dan digambarkan pada skrin untuk penilaian.
- Manometri: Ujian ini mengukur tempoh dan kekuatan kontraksi esofagus serta relaksasi injap otot.
- Ujian Impedans dan pH: Ujian ini boleh menentukan jika refluks asid yang menyebabkan masalah menelan.
Rawatan
Sesetengah kesukaran menelan tidak boleh dicegah dan memerlukan rawatan Dysphagia. Ahli patologi bahasa pertuturan akan melakukan penilaian menelan untuk mendiagnosis Dysphagia anda. Apabila penilaian telah selesai, ahli patologi pertuturan boleh mengesyorkan:
• Pengubahsuaian diet
• Latihan menelan oropharyngeal untuk menguatkan otot
• Strategi menelan
• Pengubahsuaian postur yang perlu anda ikuti semasa makan
Walau bagaimanapun, jika masalah menelan masih berterusan, ia boleh mengakibatkan kekurangan zat makanan dan dehidrasi, terutamanya bagi individu dewasa yang muda dan tua. Jangkitan pernafasan yang berulang serta pneumonia juga mungkin berlaku. Semua komplikasi ini adalah serius dan boleh mengancam nyawa. Jadi, ia harus dirawat dengan berkesan.
Jika masalah menelan anda disebabkan oleh esofagus yang tegang, prosedur yang disebut esophageal dilation akan dijalankan bertujuan untuk melebarkan esofagus. Semasa prosedur ini, belon kecil dimasukkan ke dalam esofagus untuk meluaskannya. Selepas prosedur tamat, belon tersebut akan akan dibuang.
Sekiranya terdapat ketumbuhan yang tidak normal dalam kerongkong, pembedahan mungkin perlu dijalankan untuk mengeluarkan ketumbuhan itu. Selain itu, pembedahan juga boleh digunakan untuk membuang tisu parut.
Jika anda mempunyai refluks asid atau ulser, anda akan diberikan ubat preskripsi untuk merawatnya dan digalakkan mengikuti diet khusus pesakit refluks asid.
Dalam kes yang teruk, anda mungkin dimasukkan ke hospital dan diberi makanan melalui tiub makan. Tiub khas ini masuk ke dalam perut dan melewati esofagus. Pengubahsuaian diet juga mungkin diperlukan sehingga masalah kesukaran menelan anda sembuh. Pengubahsuaian diet akan mengelakkan dehidrasi dan kekurangan zat makanan.
SUMBER
https://www.healthline.com/health/difficulty-in-swallowing#treatment
https://www.webmd.com/digestive-disorders/swallowing-problems#2