Now Reading
Ketahui berapa kalori Nasi Lemak Anda!

Ketahui berapa kalori Nasi Lemak Anda!

kalorinasilemak

Kalori nasi lemak semestinya penting bagi anda yang sangat mengambil berat hal diet anda. Sedikit pengenalan tentang nasi lemak, ianya adalah hidangan yang paling terkenal di Malaysia. Nasi lemak ialah nasi yang dimasak dengan santan dan pada asalnya dihidang bersama timun, kacang tanah, ikan bilis dan telur rebus. Hidangan lazat ini mestilah ditemani dengan sambal cili.

Kini, nasi lemak dihidangkan tidak kira masa dan tidak seperti sebelumnya yang dihidang untuk waktu sarapan sahaja.

Hidangan nasi lemak berevolusi kepada beberapa variati. Ada yang menghidangnya dengan lauk ayam, ikan goreng, telur goreng bahkan kuah kari. Tradisionalnya, Nasi Lemak dibungkus menggunakan daun pisang.

Nilai kalori dalam Nasi Lemak

Sekiranya anda sarapan nasi lemak dengan lauk kepingan ayam goreng dan minuman Teh Tarik, berapakah nilai kalori yang telah anda ambil?

Kalori adalah seperti berikut:

  • Nasi Lemak 644 kalori
  • Kepingan ayam goreng 290 kalori
  • Teh Tarik 83 kalori

Jadi jumlah kalori adalah 1017 kalori. Ini untuk sarapan sahaja ye, bayangkan berapa nilai kalori anda sehari jika ditambah dengan makan berat lain yang anda ambil di waktu tengah hari dan malam. Ianya adalah nilai kalori yang sangat tinggi!

Nilai kalori yang diperlukan dalam sehari

Nilai kalori yang anda perlukan bergantung pada berat badan anda. Sebagai contoh, berat anda 60kg. Darabkan berat anda dengan 30 kalori.

60 x 30 kalori = 1800 kalori yang anda perlukan dalam sehari.

3 cara membakar kalori

Berikut adalah cara untuk membakar kalori

  • Buat exercise. Jika anda membuat exercise, badan anda akan membakar kalori untuk anda terus dapat melakukan aktiviti.
  • Lakukan latihan kekuatan untuk membina otot. Kita menggunakan otot ketika membuat exercise. Akhirnya, secara tidak langsung kita membina otot dan tisu otot ini akan membakar lebihan kalori.
  • Makan dengan kuantiti sedikit tetapi tingkatkan kekerapan makan. Badan kita akan mula menghadam makanan yang kita ambil dan menyerap nutrien. Sistem penghadaman manusia akan membakar lemak untuk memberi tenaga kepada badan untuk proses menghadam dan menyerap nutrien. Jadi, semakin banyak hidangan kecil yang anda ambil, semakin banyak kalori yang dibakar.

Akhir kata, makan Nasi Lemak bukan lah sesuatu yang salah, namun kita haruslah mengambilnya dalam kuantiti yang selamat agar kita dapat mengekalkan diet yang seimbang. Daripada diet yang seimbang, lahir tubuh badan yang sihat serta minda yang cerdas.

SUMBER:

https://www.tasteatlas.com/nasi-lemak

https://www.thestar.com.my/lifestyle/viewpoints/tell-me-about/2011/02/27/malaysian-calories

https://www.webmd.com/diet/obesity/features/8-ways-to-burn-calories-and-fight-fat#1

https://www.foodrepublic.com/recipes/authentic-nasi-lemak/

error: Content is protected !!