Amenorea (Amenorrhea) adalah ketiadaan haid, yang berlaku untuk satu atau lebih tempoh haid.
Amenorea primer (Primary Amenorrhea) merujuk kepada ketiadaan haid pada seseorang yang belum mempunyai haid pada usia 15 tahun. Penyebab amenorea primer yang paling umum adalar berkaitan dengan tahap hormon, walaupun masalah anatomi juga boleh menyebabkan amenorea.
Amenorea sekunder (Secondary Amenorrhea) pula merujuk kepada ketiadaan haid untuk tiga atau lebih tempoh berturut-turut oleh seseorang yang pernah mengalami tempoh haid pada masa lalu. Kehamilan adalah penyebab amenorea sekunder yang paling biasa, walaupun masalah dengan hormon juga boleh menyebabkan amenorea sekunder.
Dalam kebanyakan kes, kedua-dua jenis amenorea ini dapat dirawat dengan berkesan.
Simptom Ketiadaan Haid
Bergantung kepada penyebab amenorea, anda mungkin mengalami tanda-tanda atau gejala lain bersamaan dengan ketiadaan haid, seperti:
- Cecair susu daripada puting
- Keguguran rambut
- Sakit kepala
- Penglihatan berubah
- Rambut muka berlebihan
- Sakit pelvis
- Jerawat
- Tiada perkembangan payudara
Punca Ketiadaan Haid
Amenorea boleh berlaku kerana pelbagai sebab. Ada yang normal, sementara yang lain mungkin disebabkan oleh kesan sampingan ubat atau tanda masalah perubatan.
- Amenorea semula jadi
- Sepanjang perjalanan hidup anda yang normal, anda mungkin mengalami amenorea kerana sebab semula jadi, seperti:
- Kehamilan
- Penyusuan susu ibu
- Menopaus
- Sepanjang perjalanan hidup anda yang normal, anda mungkin mengalami amenorea kerana sebab semula jadi, seperti:
- Kontraseptif
- Sesetengah orang yang mengambil pil perancang kelahiran (kontraseptif oral) mungkin tidak mengalami haid. Walaupun selepas menghentikan pil perancang kelahiran, sedikit masa mungkin akan diperlukan sebelum ovulasi dan haid kembali. Kontraseptif yang disuntik atau ditanamkan juga boleh menyebabkan amenorea, seperti juga beberapa jenis alat intrauterin (IUDs).
- Ubat-ubatan
- Ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan haid berhenti. Ubat-ubat termasuk:
- Antipsikotik
- Kemoterapi kanser
- Antidepresan
- Ubat tekanan darah
- Ubat alahan
- Ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan haid berhenti. Ubat-ubat termasuk:
- Faktor gaya hidup
- Tekanan stress
- Penurunan berat badan yang melampau
- Bersenam berlebihan
- Ketidakseimbangan hormon – Banyak jenis masalah perubatan boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon, termasuk:
- Sindrom ovarium polikistik (PCOS)
- PCOS disebabkan oleh tahap estrogen yang rendah ataupun tahap testosteron yang tinggi.
- PCOS menyebabkan tahap hormon yang agak tinggi dan berkekalan, berbanding dengan tahap hormon yang ada turun dan naik pada kitaran haid yang normal.
- Gangguan kelenjar tiroid
- Kelenjar tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme) atau kelenjar tiroid yang tidak aktif (hipotiroidisme) boleh menyebabkan ketidakteraturan haid, termasuk amenorea.
- Tumor pada ovari atau otak (jarang berlaku)
- Tumor kelenjar pituitari.
- Tumor bukan kanker (tidak berbahaya) di kelenjar pituitari anda boleh mengganggu pengaturan hormon semasa haid.
- Menopaus pramatang.
- Menopaus biasanya bermula sekitar usia 50 tahun. Tetapi, bagi sesetengah wanita, bekalan telur ovari berkurang sebelum usia 40 tahun dan haid berhenti.
- Masalah struktur
Masalah dengan organ seksual itu sendiri juga boleh menyebabkan amenorea. Contohnya merangkumi:
- Parut rahim.
- Sindrom Asherman, adalah satu keadaan di mana tisu parut terbentuk di dalam lapisan rahim, kadang-kadang boleh berlaku selepas pelebaran dan kuretase (D&C), pembedahan Caesar ataupun rawatan untuk fibroid rahim. Parut rahim menghalang penumpukan normal dan penumpahan lapisan rahim.
- Kekurangan organ pembiakan.
- Kadang-kala masalah timbul semasa perkembangan janin yang menyebabkan hilangnya bahagian sistem pembiakan, seperti rahim, serviks atau vagina. Kerana sistem pembiakan tidak berkembang sepenuhnya, kitaran haid tidak mungkin berlaku di kemudian hari.
- Keabnormalan struktur faraj.
- Penyumbatan pada vagina dapat mengelakkan pendarahan haid. Membran atau dinding mungkin terdapat di dalam vagina yang menyekat aliran keluar darah dari rahim dan serviks.
- Gangguan genetik atau gangguan kromosom, seperti sindrom Turner dan sindrom Sawyer, kadang-kadang boleh menyebabkan haid lewat.
Diagnosis & Rawatan
Doktor anda akan melakukan ujian fizikal dan membuatkan ujian kehamilan jika anda tidak mempunyai haid selama tiga bulan. Sekiranya keadaan itu dikesampingkan, anda mungkin memerlukan lebih banyak ujian untuk menentukan sebab ketiadaan haid.
Ujian diagnostik ini mungkin merangkumi:
- Ujian darah.
- Ini mengukur tahap hormon tertentu dalam darah anda, termasuk hormon perangsang folikel (FSH), hormon perangsang tiroid, prolaktin, dan hormon lelaki. Terlalu banyak atau terlalu sedikit mana-mana hormon ini boleh mengganggu kitaran haid.
- Ujian pengimejan.
- Ultrasound adalah ujian yang membolehkan doktor anda melihat pelbagai organ, seperti ovari dan rahim dan memeriksa pertumbuhan yang tidak normal.
- Imbasan CT pula, adalah jenis ujian yang menggunakan komputer dan mesin sinar-X berputar untuk membuat gambar keratan rentas badan. Gambar-gambar ini membolehkan doktor anda mencari massa dan tumor di kelenjar dan organ anda.
- Histeroskopi.
- Doktor anda akan meletakkan kamera cahaya kecil melalui faraj dan rahim anda untuk melihat bahagian dalam rahim anda.
- Pemeriksaan genetik.
- Mencari perubahan genetik yang menghentikan ovari anda daripada berfungsi, dan kromosom X yang hilang sebahagian atau sepenuhnya (sindrom Turner).
Rawatan untuk amenorea akan tertumpu pada keadaan yang menyebabkannya. Terapi penggantian hormon atau pil kawalan kelahiran dapat membantu memulakan kitaran haid anda sekali lagi. Gangguan tiroid atau pituitari dapat dirawati dengan ubat. Manakala, keadaan fizikal yang tidak normal (seperti pembedahan sista ovari, tisu parut atau luka rahim) mungkin memerlukan pembedahan.
Doktor anda juga mungkin mencadangkan anda membuat perubahan gaya hidup yang sederhana seperti menguruskan tekanan stress atau kemurungan, kenaikan atau penurunan berat badan kerana ini boleh mempengaruhi kitaran haid anda. Oleh itu, anda boleh mengambil peranan yang aktif dalam rawatan anda dengan mengambil langkah-langkah untuk menguruskannya.
Sumber:
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/amenorrhea/diagnosis-treatment/drc-20369304
https://www.webmd.com/infertility-and-reproduction/guide/absence-periods
https://www.healthline.com/health/menstruation-absent#treatment