KitKat® Lancar Coklat-Bermotif-Ketupat Pertama Sempena Kempen Raya “Rezeki Dikongsi Bersama”
KitKat® Nestlé menyambut ketibaan bulan Ramadan dan kemeriahan Hari Raya tahun ini dengan pelancaran kempen “Rezeki Dikongsi Bersama” bagi meraikan semangat perkongsian dan persaudaraan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Kempen ini menawarkan produk edisi terhad Raya yang menarik, muzik video animasi Raya KitKat® dan pelbagai kolaborasi istimewa lain.
Frederic Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi Unit Perniagaan Konfeksi menjelaskan bahawa kempen Raya “Rezeki Dikongsi Bersama” KitKat® bertujuan mengeratkan hubungan sesama insan melalui perkongsian saat-saat manis dan sukar dilupakan bersama KitKat®. “Bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya yang menyusul selepas itu merupakan perayaan yang membawa erti bagi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan latar belakang. Inilah masanya untuk berkumpul bersama keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan bagi menyambut hari yang bermakna ini. Ciri-ciri ini mencerminkan aspirasi KitKat® iaitu “Have a Break, Have A Kitkat”, dalam menggalakkan saat-saat yang bermakna, kebersamaan dan berkongsi rezeki sepanjang musim perayaan ini,” kata Frederic.
Tahun ini, KitKat® memperkenalkan KitKat® Ketupatedisi terhad Raya iaitu kombinasi wafer rangup yang disaluti dengan lapisan coklat susu yang enak dan buat pertama kalinya didatangkan dengan motif ‘Ketupat’ yang diterap pada bar coklat KitKat® 4-Jejari. Ketupat ialah hidangan ikonik yang sering dihidangkan semasa bulan Ramadan dan Hari Raya. Ia diperbuat daripada nasi yang dihimpit dalam bungkusan sulaman daun kelapa. Corak sulaman Ketupat yang halus melambangkan Silaturrahim, iaitu ikatan perhubungan dan persahabatan baik yang wujud dalam budaya Malaysia serta tradisi Islam – seterusnya menandakan inti pati kempen “Rezeki Dikongsi Bersama” KitKat®. Sehubungan dengan itu, KitKat® Ketupat berharap dapat menyebarkan kasih sayang, kebahagiaan dan hubungan erat ke setiap rumah semasa meraikan Raya dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi rezeki!
KitKat® Ketupat edisi terhad Raya hadir dalam empat koleksi rekaan unik, setiap satu menandakan warisan tradisi Raya dan sesuai dijadikan sebagai hadiah Raya yang enak untuk dikongsi dan ‘cele-break’ bersama keluarga dan rakan-rakan. KitKat® Ketupat terdapat dalam dua format pembungkusan yang berbeza – KitKat® Ketupat 4 Jejari 4 Multipack dan KitKat® Ketupat 4 Jejari 2 Multipack.