Now Reading
Khasiat Cendawan Yang Anda Tidak Mahu Terlepas!

Khasiat Cendawan Yang Anda Tidak Mahu Terlepas!

Khasiat Cendawan Yang Anda Tidak Mahu Terlepas!

Cendawan adalah sejenis kulat yang boleh dimakan serta dapat memberikan beberapa nutrien penting. Pelbagai jenis cendawan yang ada boleh memberikan  pelbagai komposisi dan profil pemakanan yang berbeza.

Selama bertahun-tahun, cendawan telah digunakan kerana kemampuan unik mereka untuk menambahkan rasa dalam banyak masakan budaya yang berbeza. Walaupun ia sebenarnya kulat, cendawan masih tergolong dalam kategori sayur untuk tujuan memasak. Cendawan juga membolehkan anda menambahkan rasa dalam hidangan tanpa sodium atau lemak.

Namun begitu, terdapat juga cendawan beracun yang sukar dikenali, jadi anda haruslah selalu membelinya dari kedai runcit atau pasar yang boleh dipercayai. Jenis yang paling biasa terdapat di pasaraya adalah:

  • shiitake
  • portobello
  • crimini
  • butang atau cendawan putih
  • tiram
  • enoki
  • beech
  • maitake

Dalam artikel ini, pelajari lebih lanjut tentang kemungkinan manfaat kesihatan apabila anda makan cendawan.

1. Membantu anda kekal awet muda

Cendawan mengandungi kepekatan tinggi dua antioksida iaitu ergothioneine dan glutathione, menurut kajian Penn State pada tahun 2017. Apabila antioksida ini hadir bersama, mereka bekerja keras untuk melindungi tubuh daripada tekanan fisiologi yang menyebabkan tanda-tanda penuaan biasa seperti kedutan, garisan halus dan lain-lain.

2. Mempunyai sifat melawan kanser

Menurut Institut Kanser Kebangsaan, kandungan antioksida dalam cendawan dapat membantu mencegah kanser paru-paru, prostat, payudara dan jenis kanser lain. Choline adalah antioksida lain dalam cendawan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan choline dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser, tetapi terdapat juga kajian lain yang menunjukkan bahawa ia dapat meningkatkan risiko kanker prostat.

3. Menurunkan berat badan

Cendawan mempunyai banyak nilai pemakanan dengan kurang kalori dan sedikit lemak. Ia juga mengandungi dua jenis serat makanan, beta-glucans dan chitin, yang meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan selera makan. Dalam satu kajian, para penyelidik memberi kurang daging dan lebih cendawan sebagai pengganti daging. Selepas hanya satu tahun, peserta kajian dilaporkan berasa lebih sihat daripada sebelumnya.

4. Memperbaiki masalah pencernaan

Cendawan adalah makanan yang mesra usus. Mereka mengandungi prebiotik, yang bermaksud ia dapat menyuburkan bakteria baik di usus anda. Malah, pengambilan cendawan juga didapati dapat mengimbangkan bakteria mikroba bermanfaat, seperti Acidophilus dan Bifidobacterium.

5. Meningkatkan tahap imuniti dengan baik

Kandungan lentinan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh anda, tetapi ia juga mempunyai pembantu tersendiri. Beta-glucan adalah gula yang terdapat di dinding sel kulat (antara tumbuhan lain) yang juga membantu meningkatkan sistem imun anda. Lentinan berasal dari cendawan shiitake, tetapi beta-glucan pula lebih banyak terdapat dalam kebanyakan jenis cendawan terutama jenis cendawan butang.

6. Membantu menurunkan kadar kolesterol

Cendawan terbukti mempunyai beberapa sifat terapeutik yang dapat membantu menurunkan kadar kolesterol, terutama pada orang dewasa dengan masalah berat badan berlebihan, serta phytonutrients yang dapat membantu mencegah sel  daripada melekat pada dinding saluran darah dan membentuk penumpukan plak. Ini seterusnya membantu melindungi jantung dengan mengekalkan tekanan darah dan peredaran darah yang sihat.

7. Menguatkan tulang anda

Cendawan berlabel UVB telah didedahkan kepada cahaya matahari selama tempoh pertumbuhannya (berbanding dengan cendawan yang tumbuh dalam kegelapan), dan ini justeru telah mengubah sebatian yang disebut sebagai ergosterol secara langsung menjadi vitamin D. Ini bermaksud, hanya dengan pengambilan cendawan UVB  sebanyak 3 auns, anda telah memenuhi keperluan vitamin D harian dan justeru boleh meningkatkan kesihatan tulang anda.

8. Membantu memberikan anda tenaga

Cendawan kaya dengan vitamin B: riboflavin [B2], folate [B9], thiamine [B1], asid panthothenic [B5] dan niacin [B3]. Ini membantu tubuh menggunakan tenaga daripada makanan yang kita makan dan menghasilkan sel darah merah, yang membawa oksigen ke seluruh badan.

9. Mempunyai kekuatan anti-radang

Cendawan mengandungi antioksida kuat iaitu ergothioneine, yang membantu mengurangkan keradangan di seluruh badan. Cendawan reishi khususnya, telah digunakan dalam aspek perubatan di Asia selama ribuan tahun, kerana kesan anti-radang yang ketara. Beberapa kajian menunjukkan bahawa cendawan reishi ini mempunyai banyak manfaat kesihatan seperti boleh melawan penyakit, menurunkan keradangan, menekan tindak balas alergi, mengurangkan pertumbuhan tumor dan banyak lagi.

TUNGGU DAHULU,

Semasa membeli cendawan di pasaraya, pilih yang segar, kering, dan tidak lebam. Elakkan membeli cendawan yang kelihatan berlendir atau layu.

Simpan cendawan di dalam peti sejuk. Anda tidak boleh mencuci atau memotongnya sehinggalah tiba masanya untuk memasak dengannya.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/278858

https://www.healthline.com/health/food-nutrition/are-mushrooms-good-for-you

https://www.goodhousekeeping.com/health/diet-nutrition/a27633487/mushroom-health-benefits

https://foodrevolution.org/blog/health-benefits-of-mushrooms/

error: Content is protected !!