Now Reading
Khasiat dan Kegunaan Daun Semambu

Khasiat dan Kegunaan Daun Semambu

Khasiat dan Kegunaan Daun Semambu

Semambu adalah sejenis pokok yang mana kebanyakan bahagiannya boleh digunakan sebagai ubat-ubatan termasuklah daun, biji dan kulit kayunya. Malah, akar, bunga dan buahnya juga boleh digunakan bagi tujuan sama walaupun tidak sehebat bahagiannya yang lain. Bagi mereka yang kurang biasa mendengar tentang semambu, mungkin anda lebih mengenalinya sebagai ‘neem’.

Daun semambu ini adalah herba popular yang telah menjadi sebahagian daripada rawatan tradisional sejak 5000 tahun dahulu. Ia dikatakan mengandungi lebih 130 sebatian aktif secara biologi yang menjadikannya sumber anti-kulat dan anti-bakteria yang baik.

Sekarang, jom kita ketahui lebih lanjut tentang khasiat dan kegunaan daun ini.

Khasiat Daun Semambu

Daun semambu adalah antioksida kuat yang dapat meneutralkan radikal bebas yang mungkin boleh menyebabkan sebilangan masalah kesihatan. Malah, ia juga merupakan agen anti-keradangan yang baik.

Malah, ia juga sangat bermanfaat bagi keadaan seperti:

  • Melawan jangkitan kulat. Sifat anti-kulat dan anti-bakterianya melindungi badan daripada kulat dan bakteria berbahaya. Daun semambu menyerap virus tersebut dan memulakan proses penyembuhan badan. Malah, ia juga boleh merawat masalah jangkitan berkaitan dengan kulit.
  • Kini pengeluaran produk berasaskan daun semambu juga sudah meluas di pasaran. Antaranya produk keularan Himalaya yang sememangnya terdapat banyak di farmasi dan sebagainya.


Purifying Neem & Turmeric Body Bar

RM 11.80

  • Minyak semambu – Membantu membersihkan kulit meningkatkan daya tahannya.
  • Minyak Kunyit – Membantu menyokong kulit yang sihat
  • Mentega koko – Melembapkan dan menyuburkan kulit sebagai emolien.
  • Minyak kelapa – Digunakan untuk saponifikasi dan pelembap.

Bukan sahaja sabun malahan Himalaya juga ada mengeluarkan produk pencuci muka yang menggunakan ramuan daun semambu yang di yakini mampu mencegah bakteria yang menjadi punca jerawat.


Purifying Neem Face Wash

RM 24.57

Menghilangkan jerawat yang menyusahkan
Himalaya Neem Face Wash adalah formula herba bebas sabun yang membersihkan kotoran dan membantu membersihkan jerawat. Campuran semula jadi daun semambu dan kunyit menyatukan sifat antibakteria dan anti kulat mereka untuk mencegah jerawat berulang dari masa ke masa.

  • Menjaga kesihatan rambut. Daun semambu berupaya menguatkan dan membantu pertumbuhan rambut yang lebih baik. Anda boleh menumbuknya sehingga menjadi seperti pes bagi digunakan sebagai pelembut rambut. Ia juga berkesan untuk merawat masalah kelemumur yang pastinya menjadi satu isu besar kerana boleh jadi sangat menggatalkan. Ini akan membuatkan folikel rambut bertambah kuat serta memberikan nutrien pada rambut agar ia tumbuh dengan sihat dan cantik.
  • Penggunaan daun semambu juga selamat kepada binatang-binatang peliharaan yang berbulu. Terdapat juga produk di farmasi khas untuk melindungi haiwan peliharaan anda daripada kutu dan membersihkan mereka.


Dr Pets Flea & Tick Shampoo

RM 21.50

Syampu ini diperkaya dengan minyak Eucalyptus Essential Natural Pure 100% dan minyak Neem untuk mengatasi kutu, dengan sempurna sambil memberi khasiat dan pelembapan pada kot haiwan kesayangan anda. Dengan sistem pertahanan dualitasnya, kayu putih akan membantu mengusir serangga penghisap darah sementara minyak neem memberikan lapisan perlindungan disertai dengan kesan pelembab yang tahan lama.

Formulasi bebas wangian, semula jadi dan tidak berbau ini dari syampu peliharaan minyak pati 100% tulen membantu menyuburkan & mempromosikan lapisan berkilat. Sebagai tambahan, minyak neem kaya nutrien membantu melindungi jangkitan kulit, bagus untuk kesihatan kulit dan kulit kepala, menjadikan kotoran haiwan kesayangan anda sangat lembut dan berkilau.

  • Meningkatkan imuniti. Ramai pakar kesihatan mengesyorkan penggunaan daun semambu kerana dilihat mampu mengurangkan suhu panas kerana demam terutama bagi suhu tinggi disebabkan malaria. Cara rawatannya juga begitu mudah untuk disediakan kerana anda hanya perlu menghancurkan sedikit daunnya dan ambil bersama segelas air kosong secara tetap.
  • Merawat gigitan yang tidak begitu serius. Daun semambu juga dapat menyembuhkan gigitan serangga biasa tanpa meninggalkan bekas parut yang buruk. Malah, ia juga dapat mencegah jangkitan septik serta melindungi badan daripada sesetengah racun. Daun semambu juga berupaya merawat keradangan yang berlaku kerana gigitan serangga. Ia hanya perlu dikisar halus atau ditumbuk sehingga menjadi pes dan disapukan pada bahagian terjejas beberapa kali sehari sehingga sembuh.
  • Kesan gigitan serangga juga boleh dirawat dengan menyapu krim di kawasan yang terbabit. Adalah bagus untuk anda menyimpan krim-krim yang sepatutnya di rumah anda. Krim-krim yang di syorkan banyak boleh didapati di farmasi.


Mopiko 20g

RM 10.50

Mopiko dapat digunakan untuk menenangkan dan melegakan gatal, kerengsaan akibat gigitan nyamuk / serangga. Juga boleh digunakan untuk sementara sakit dan sakit otot dan sendi yang berkaitan dengan rematik.

  • Melindungi gigi. Semakin banyak produk gigi yang mengandungi neem kerana sifat anti-kulat dan anti-bakteria di dalamnya. Ia boleh mengelakkan berlakunya jangkitan atau penyakit berkaitan mulut seperti gusi bengkak, ulser mulut dan sebagainya.


HIMALAYA Toothpaste Complete Care

RM 12.00

Ubat Gigi Lengkap Perawatan Himalaya, dengan pilihan ramuan herba yang kaya dengan anti-oksidan, telah dikembangkan khas untuk menjadikan gigi dan gusi menjadi kuat. Pokok Sakit Gigi, yang terdapat di lembah Himalaya subtropika, sangat baik untuk gusi berdarah. Pokok wangi lemon ini telah digunakan dalam rawatan rumah di seluruh dunia untuk melegakan sakit gigi.

Neem dan Delima dalam Toothpaste Complete Care melawan kuman dan memberikan perlindungan gigi sepanjang hari. Neem telah digunakan selama beratus-ratus tahun sebagai kaedah kebersihan mulut yang sangat berkesan. Kulit kayu neem mempunyai aktiviti fenolik dan antioksidan dan juga mempunyai sifat anti-radang dan antimikroba.


Ubat Gigi Himalaya Complete Care yang baru bukan sahaja melindungi gigi dan gusi dari kuman, tetapi juga mempunyai antioksidan yang membantu membuang toksin, membantu gusi anda mengekalkan kesihatan semula jadi.

  • Mengawal kadar gula darah. Serbuk daun semambu adalah sangat baik dalam mengawal dan menstabilkan peningkatan gula darah dalam badan. Kandungan flavonoid, triterpenoid, anti-radang dan glikosida dalam serbuk ini menstabilkan tahap glukosa darah serta memastikan tiada kenaikan kadar gula secara mendadak dan tidak terkawal.

Kegunaan Daun Semambu

  • Digunakan dalam produk rambut

Pengilang kadangkala menambahkan daun semambu atau neem ke dalam produk rambut seperti syampu dan gel rambut. Malah, ada juga individu yang menggunakan neem bersama dengan syampu biasa untuk mendapatkan kesihatan rambut lebih baik. Malah, menggunakan syampu khas yang mengandung ekstrak daun semambu pada kulit kelapa dikatakan boleh membantu menyembuhkan keadaan kutu di kepala kanak-kanak.

  • Menjadi produk gigi semula jadi yang baik

Terdapat produk pergigian seperti ubat kumur, ubat gigi yang mengandungi neem ini. Ia boleh mengurangkan sakit gigi serta memberikan kesihatan gigi yang lebih baik di samping membersihkan gigi dan mengurangkan keradangan gusi. Namun, ia mungkin tidaklah sebegitu berkesan jika dibandingkan dengan penggunaan ubat kumur chlorhexidine.

  • Membantu dalam rawatan tradisional

Masyarakat terdahulu banyak menggunakan daun semambu sebagai pes atau serbuk kerana ia dapat membantu dalam rawatan mudah seperti merawat luka mahupun gigitan serangga yang tidak begitu serius. Ia juga membantu mencegah kesan parut pada kulit jadi secara tidak langsung, pes atau serbuk yang digunakan dapat melindungi kulit kita.

SUMBER

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-577/neem

https://food.ndtv.com/health/benefits-and-uses-of-neem-a-herb-that-heals-1231051

https://www.medicalnewstoday.com/articles/325048#how-to-use

https://timesofindia.indiatimes.com/life-style/health-fitness/home-remedies/herbal-remedies-20-health-benefits-of-neem/articleshow/20083389.cms

https://www.netmeds.com/health-library/post/neem-leaf-powder-incredible-benefits-for-skin-hair-and-overall-health

error: Content is protected !!