Now Reading
Khasiat Daun Selom Dan Kegunaannya

Khasiat Daun Selom Dan Kegunaannya

Khasiat Daun Selom dan Kegunaannya

Bagi penggemar ulam-ulaman, anda pastinya sudah biasa dengan daun selom ini bukan? Tahukah anda setiap satu jenis ulam atau tumbuh-tumbuhan mempunyai nama saintifiknya sendiri, dan nama saintifik bagi daun ini ialah oenanthe javanica.

Tumbuhan ini boleh dijumpai di hampir seluruh kawasan Asia termasuklah di negara kita. Ia tumbuh di kawasan dengan tanah lembap seperti paya dan tepi sungai. Rasanya yang berlemak dan sedikit pedas pastinya digemari ramai terutama apabila dimakan bersama nasi serta dicicah dengan sambal, budu atau cincalok.

Sekarang, jom kita lihat khasiat dan kegunaan daun selom.

Khasiat Daun Selom

Daun ini yang biasanya dimakan sebagai ulam juga mempunyai banyak manfaat kesihatan seperti:

1. Boleh mengubati penyakit

Dalam perubatan masyarakat Cina, daun selom dikatakan boleh membantu dalam rawatan demam panas, demam kuning, sembelit serta melawaskan kencing. Ia hanya perlu dihidangkan sebagai jus ataupun direndam dalam air panas sebelum diperah untuk mendapatkan jusnya itu. Kemudian, ia boleh diminum begitu sahaja.

2. Mengurangkan masalah insomnia

Individu yang mengalami masalah sukar untuk tidur atau insomnia ini mungkin berpunca daripada masalah organ dalaman iaitu hati. Pakar mengesyorkan individu sebegini untuk mengamalkan pemakanan bersama daun ini secara kerap atau minum secawan jusnya. Ia mungkin dapat membantu menenangkan sistem saraf serta membantu anda tidur dengan lebih baik.

3. Melegakan bisul atau gigitan haiwan

Batang serta daun itu sendiri dikatakan boleh mengubati masalah bisul ataupun gigitan oleh kuda, kala jengking dan ular. Anda hanya perlu menumbuk batang dan daunnya sehingga lumat kemudian tampalkan ia ke tempat yang sakit itu.

Kegunaan Daun Selom

Daun selom sangatlah digemari sebagai ulam-ulaman, tetapi ia juga boleh digunakan dalam masakan lain seperti laksa dan nasi kerabu. Ia mungkin kurang digemari oleh mereka yang tidak makan sayur-sayuran tetapi apa salahnya jika anda mencubanya terlebih dahulu? Seperti pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta.

Malah, bukan sahaja boleh digunakan bagi tujuan masakan, daun ini juga bermanfaat dalam aspek kesihatan. Ia dikatakan mengandungi kandungan air yang tinggi dan berkhasiat seperti ulam-ulaman lain. Selain itu, hampir keseluruhan bahagian selom ini berguna bagi kita termasuklah bahagian daun, batang serta bijinya yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai masalah perubatan yang kecil.

Namun, jika anda tidak pasti akan kesan sampingannya terlebih dahulu, elakkan penggunaannya tanpa pemantauan pihak lebih arif. Dapatkan pandangan daripada doktor jika anda mahu menggunakan daun ini atau bahagiannya yang lain sebagai rawatan bagi masalah perubatan tertentu.

Kredit: Gambar diambil daripada sumber

https://addiechang.blogspot.com/2013/06/daun-selom.html

SUMBER

https://makananherba.blogspot.com/2015/05/daun-selom.html

https://ayumawaddah.blogspot.com/2011/07/khasiat-daun-selom.html

5 khasiat ulam-ulam yang korang selalu jumpa tapi tak tau kebaikannya
error: Content is protected !!