Penggunaan herba tradisional semakin bertambah popular sejak beberapa dekad yang lalu terutamanya setelah kebanyakannya diuji selama beberapa generasi. Malah, sesetengah herba boleh menyembuhkan keadaan perubatan untuk kebaikan manakala sesetengah membantu untuk meringankan rasa sakit tertentu. Kajian saintifik kini juga telah mendapati bahawa herba tempatan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing dan sebagainya benar-benar memberi manfaat kesihatan dan khasiat seperti yang diketahui.
Tongkat Ali
Tongkat Ali atau nama saintifiknya, Eurycoma longifolia sangat dikenali sebagai ubat semulajadi untuk kesihatan seksual kaum lelaki. Oleh sebab itu, ia telah dihasilkan dalam bentuk campuran yang diadun bersama kopi dan ginseng dan boleh didapati di kedai serbaneka. Anda juga boleh menemuinya di kebanyakan kedai yang menjual herba tradisional.
– Faedah Tongkat Ali
Tongkat Ali mempunyai unsur ‘aphrodisiac’. Aphrodisiac adalah bahan yang meningkatkan keinginan atau tenaga seksual seseorang individu. Herba lain yang turut berada dalam kategori ini adalah ‘cordyceps’. Oleh itu, Tongkat Ali merupakan herba yang terkenal di kalangan kaum lelaki. Kajian saintifik yang dilakukan telah menunjukkan dan membuktikan bahawa Tongkat Ali dapat:
- Menyokong pertumbuhan dan kekuatan otot
- Merangsang dan meningkatkan libido
- Meningkatkan kualiti dan jumlah air mani
- Melancarkan peredaran darah
Kajian mengenai keberkesanan Tongkat Ali ini telah terbukti positif dalam kalangan sekumpulan lelaki di Malaysia. Pada permulaannya, 35% daripada mereka mempunyai tahap testosterone yang normal. Selepas mengambil Tongkat Ali selama sebulan, kumpulan tersebut mengalami peningkatan testosterone sebanyak lebih daripada 90%. Ini bermakna Tongkat Ali boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Jadi, sekiranya Tongkat Ali diambil dengan betul sebagai makanan tambahan, ia boleh membantu perancangan keluarga dan meningkatkan peluang kehamilan.
– Tongkat Ali untuk Wanita
Walaupun Tongkat Ali telah diketahui dapat membantu fungsi seksual lelaki, menariknya, ia juga boleh digunakan oleh wanita. Penyelidikan baru-baru ini telah menunjukkan bahawa ia boleh membantu wanita dengan cara berikut:
- Kawalan berat badan – Tongkat Ali membantu mengurangkan berat badan kerana dapat menstabilkan hormon dalam badan.
- Tenaga – Tongkat Ali mampu mengimbangi hormon. Apabila keadaan ini berlaku secara semulajadi tenaga dalam tubuh akan meningkat. Inilah ssebabnya kebanyakan minuman tenaga hari ini mengandungi Tongkat Ali
- Libido – Seperti lelaki, Tongkat Ali membantu meningkatkan testosterone terhadap kaum wanita juga. Wanita yang mengambil Tongkat Ali dipercayai dapat mengalami peningkatan sensitiviti di daerah erogen mereka.
Kacip Fatimah
Tongkat Ali adalah herba tempatan yang terkenal untuk lelaki, walau bagaimanapun Kacip Fatimah pula merupakan herba tempatan yang khusus untuk wanita. Kacip Fatimah adalah herba yang telah digunakan sejak berpuluh generasi yang lalu. Antara kelebihan menarik Kacip Fatimah terhadap kaum wanita termasuklah:
- Memudahkan proses melahiran bayi
- Merawat wanita selepas kelahiran
- Membantu membuka saluran kelahiran
- Meningkatkan semula kekuatan selepas mengandung
- Mengawal kitaran haid
Misai Kucing
Satu lagi herba tempatan yang popular di Malaysia, dikenali sebagai Misai Kucing. Menakjubkan, tumbuhan ini kelihatan sama seperti misai seekor kucing. Turut dikenali dengan nama saintifiknya, Orthosiphon Grandiflorus Boldingh, herba ini telah digunakan oleh semua generasi untuk pelbagai manfaay kesihatannya. Kebiasanya, Misai Kucing dikhususkan untuk merawat sendi dan kekejangan badan. Namun begitu, terdapat juga beberapa khasiat lain Misai Kucing yang jarang diketahui seperti:
- Merawat masalah kesihatan yang berkaitan dengan otot seperti Gout, Reumatik Dan Arthritis
- Membantu membersihkan darah
- Merawat penyakit Batu Karang
- Merawat penyakit Tekanan Darah Tinggi
- Melepaskan sisa metabolik yang berlebihan daripada sistem
Dukung Anak
Dukung Anak atau dikenali secara saintifik sebagai Phyllanthus niruri Linn, mempunyai pelbagai nama lain juga. Antarana, ia turut dikenali sebagai Keman Jolok dan Amin Buah. Keistimewaan herba ini adalah ia boleh di tanam di mana-mana sahaja persekitaran tanah yang terbuka atau persekitaran yang terkawal. Penampilan semula jadi herba ini sangat unik kerana ia kelihatan seperti manik yang bercambah di atas pokoknya. Jika anda melihatnya secara dekat, anda akan nampak beberapa biji kecil yang kelihatan seolah-olah manik kecil. Berikutlah bagaimana tumbuhan ini mendapat namanya. Antara manfaat herba Dukung Anak adalah:
- Merawat masalah pencernaan seperti cirit-birit
- Membantu menurunkan Tekanan Darah Tinggi
- Membersihkan darah dalam sistem tubuh
- Meningkatkan proses penyembuhan seperti luka
- Boleh digunakan untuk mengubari Penyakit Kuning atau Jaundis dalam golongan kanak-kanak
Bayam Duri
Bayam Duri merupakan antara jenis herba terkenal di Malaysia yang kaya dengan nilai khasiatnya. Tumbuhan herba ini boleh tumbuh dengan sendirinya, tidak cerewet dan tidak memerlukan kerja keras anda untuk menanamnya. Dari segi penampilannya, Bayam Duri kelihatan sedikit kasar tetapi apabila anda mengambil akarnya, ia boleh digunakan untuk membantu merawat masalah seperti Ekzema, Buasir dan Gusi Berdarah.
Temu Lawak
Temu Lawak adalah herba tempatan yang sangat popular di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Nama saintifiknya adalah Curcuma xanthorrhiza dan ia boleh digunakan oleh keaum lelaki dan wanita. Temu Lawak telah digunakan sebagai ramuan rawatan tradisional yang berkesan sejak beberapa generasi yang lampau. Berikut merupakan manfaat menarik Temu Lawak yang perlu anda ketahui:
- Merawat Sembelit
- Mengurangkan kesakitan semasa datang haid (Senggugut)
- Mengurangkan atau menghilangkan bau hanyir darah haid
Senduduk
Pokok Senduduk adalah sejenis tumbuhan yang tergolong dalam kumpulan rumpai. Terdapat dua jenis pokok Senduduk yang dikenalpasti berdasarkan warna bunganya iaitu putih dan ungu.
Daun dan tunas Senduduk secara tradisional dimakan untuk menyembuhkan cirit-birit. Di Malaysia, pes yang dihasilkan dari daun dan akar Senduduk digunakan untuk mencegah parut daripada cacar.
Rebusan akar senduduk digunakan untuk:
- Melegakan sakit gigi
- Untuk melembutkan kaki
- Menghilangkan kembung
Rebusan akar atau daun Senduduk boleh diambil oleh wanita selepas bersalin. Manakala rebusan yang disediakan dari campuran daun Senduduk, cuka, Zingiber officinale dan Zingiber cassumnar (bonglai) digunakan untuk merawat leucorrhea.
Dan dan pucuk Senduduk dicampur dengan kulit manggis atau sekam buah-buahan disediakan sebagai rebusan untuk merawat cirit-birit.
Serbuk daun Senduduk pula digunakan untuk merawat:
- Disentri
- Luka
- Sebagai tonik
Daun Sirih
Penggunaan utama daun sirih adalah sebagai bungkusan untuk mengunyah kacang pinang atau tembakau, di mana ia boleh menambah rasa. Selain itu, Daun Sirih juga boleh digunakan dalam masakan atau dimakan mentah, kerana rasa pedasnya yang unik. Penggunaan sirih,mempunyai lebih dari 300 tahun sejarah di kawasan-kawasan di China di mana ia telah dijadikan sebagai kegunaan dalam perubatan. Begitu juga di Malaysia, selain dikunyah, Sirih juga digunakan sebagai penghias tepak sirih dan dalam perubatan tradisional seperti merawat masalah kewanitaan. Daun sirih bersifat analgesik dan boleh melegakan kesakitan, seperti lebam dan sebagainya. Selain itu, Daun Sirih juga boleh:
- Melegakan Sembelit
- Memperbaiki sistem pencernaan
- Mengurangkan masalah pernafasan
- Mengawal dan mengurangkan keradangan
Sumber
https://burukcantek97.blogspot.com/p/senarai-herba.html
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/03/326028/khazanah-pokok-ubat