Hari ini kita nak borak tentang kisah rumah tangga, khususnya dengan topik kehamilan. Ramai orang yang berfikir perkahwinan adalah sumber kebahagiaan.
Perkahwinan juga didatangkan dengan pelbagai cabaran. Cara pasangan mengendalikan diri antara satu sama lain boleh dilihat samada umur perkahwinan mereka akan kekal ataupun tidak.
Mungkin salah seorang daripada pasangan akan mengabaikan kesilapan atau rutin yang tidak berfungsi, sambil berfikir untuk mengubah pasangan yang pada biasanya gagal melainkan ada yang memimpinnya dalam mengekalkan hubungan jangka masa panjang ini.
Bagaimana pula dengan mereka yang suka “berseronok” di usia muda?
KEHAMILAN DI USIA MUDA
Apabila anda dapat tahu yang anda hamil di usia yang sangat muda, apatah kehamilan tersebut tidak diingini dan tidak dirancang, ianya akan membuahkan rasa tekanan kepada anda dan keluarga.
Walaubagaimanpun, bantuan sentiasa anda untuk menolong anda membuat keputusan yang terbaik pada waktu itu.
Bila anda dapat tahu yang anda hamil – atau bakal menjadi bapa di usia muda – sedikit sebanyak akan mengganggu emosi. Anda cenderung untuk rasa keliru dan takut, atau gembira dan teruja.
Kesemua emosi ini adalah normal dan boleh diterima. Sementara anda sedang bertimbang-tara dengan pilihan yang ada, emosi anda turut berubah.
KISAH RUMAH TANGGA: PILIHAN
Sebelum membuat apa-apa keputusan, pastikan anda sudah padat dengan pengetahuan tentang pilihan mengenai kehamilan anda.
Sayangnya, ramai pasangan muda tunggu sehingga mereka hamil baru meminta bantuan, sambil beranggapan yang itu bukanlah realiti. Buat mereka yang ingin meneruskan kehamilan pula mungkin terlepas temujanji prenatal yang penting akibat dari sikap tangguh-tangguh.
Namun begitu, sangat penting untuk meminta bantuan medik.
Pasangan muda mempunyai peluang tinggi untuk hamil dan mempunyai masalah melahirkan, juga kemurungan selepas melahirkan. Seeloknya bincang dengan GP yang akan mengendalikan kehamilan anda dengan kadar segera.
Kelewatan dalam memastikan bahawa anda hamil atau tidak memberi impak kepada beberapa tahap penamatan sekiranya anda memilih untuk gugurkan kandungan. Penamatan dari segi perubatan, mengambil pil untuk akhiri kandungan, sebagai contoh, di mana hanya dibenarkan buat kandungan yang berusia kurang dari 9 minggu)
- Ini adalah beberapa pilihan yang bileh dipertimbangkan:
- Simpan kandungan dan jaga anak anda bersama pasangan
- Simpan kandungan dan besarkan anak dengan sendiri
- Teruskan hamil kemudian lakukan adoptasi
- Tamatkan nyawa kandungan anda (gugur)
PENAMATAN KANDUNGAN
Setiap negara membawa undang-udang yang berbeza tentang bagaimana cara untuk menggugurkan kandungan dan pada umur berapa anda boleh membuat keputusan sendiri tanpa merujuk ibubapa terlebih dahulu.
Ini adalah sesuatu perkara yang anda perlu bincang bersama doktor. Jika anda sudah membuat pilihan untuk gugur, anda perlu berbuat demikian sebelum mencapai usia 14 minggu kandungan, di mana sesetengah negara boleh sehingga usia 20 minggu atau 24 minggu.
AMBIL MASA SEBELUM BUAT KEPUTUSAN
Isu yang berbeza akan memberi impak berbeza kepada anda dan memerlukan jangka masa yang agak lama untuk membuat keputusan.
Berikut adalah beberapa soalan untuk bantu anda capai keputusan terbaik buat masa sekarang:
Hubungan dengan pasangan:
- Adakah anda mempunyai keluarga atau pasangan yang boleh hukurkan bantuan?
- Adakah anda dapat jalani waktu-waktu sukar ini?
Tanggungjawab:
- Menurut pandangan anda, apakah maksud menjadi ibubapa?
- Siapakah yang anda akan rujuk untuk masalah emosi dan kewangan?
Pelan untuk masa hadapan:
- Apakah impak dari keputusan yang anda ambil di masa hadapan?
- Lagi satu, dua dan lima tahun ke depan, di manakah anda berada?
- Jika anda berfikir untuk gugurkan kandungan, operasi sebaik-baiknya dijalankan dengan kadar segera, tapi sangat penting untuk anda ambil masa dan buat keputusan yang terbaik untuk diri anda.
Ini adalah hak-hak anda yang sah menurut undang-undang:
- Penjagaan peribadi
- Penjagaan yang selamat dan tidak akan dihakimi
- Apa jua keputusan anda, anda tetap akan dihormati
ISU MENJADI IBU/BAPA MUDA
Boleh jadi bila anda pikul tanggungjawab sebagai ibu atau bapa akan menyebabkan kesukaran untuk mendapat pendidikan atau kerja tetap. Ianya sukar untuk mengimbangi keperluan untuk menjadi ibu/bapa dengan bebanan kerja, belajar dan kehidupan bersosial.
Walaupun nampak sukar, tetapi ianya tidak mustahil, untuk cari pusat jagaan kanak-kanak yang tersedia dan berpatutan. Isu ini mungkin akan nampak pancarobanya bila berkait dengan kewangan, juga rasa terasing daripada keluarga dan rakan-rakan.
Pada sudut lain, sebagai ibu/bapa muda, anda mungkin sedar yang anda mempunyai tenaga yang tidak terbatas untuk bermain bersama anak.
Mungkin juga anda dapat mengadaptasikan gaya hidup baru sebagai ibu/bapa dengan lebih baik berbanding ibubapa anda, seperti berdepan dengan jadual tidur yang tidak menentu sewaktu punya anak.
LELAKI MUDA DAN KEHAMILAN
Ini adalah beberapa isu yang perlu dipertimbangkan:
- Sekiranya wanita muda tersebut telah membuat keputusan untuk simpan dari kandungannya, anda perlu tentukan seberapa banyak keberadaan diri yang anda inginkan dan apakah tanggungjawab anda untuk bantu menyokong anak itu.
- Sekiranya nama awak tertera pada sijil lahir atau anda telah bersepakat untuk menjadi ayah (sebagai contoh, anda tinggal bersama ibu kepada anak), anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hal kewangan anak itu.
- Jikalau anda berfikir yang anda bukanlah ayah bagi anak itu, anda patut merujuk kepada peguam bela yang sah. Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungan Pusat Guaman di negara anda.
- Ujian DNA boleh dijadikan untuk mengenalpasti samada seseorang itu adalah ayah yang sah bagi anak ini. Darah (atau tisu badan yang lain) daripada anda, bayi dan sebaiknya, ibu kepada bayi perlu diambil untuk ujian ini.
Hamil di usia muda adalah cabaran terbesar di dalam kisah rumah tangga kerana anda tidak pernah merancang atau tidak pernah ingin untuk mempunyai anak pada awalnya.
Namun begitu, akan sentiasa ada jalan keluar tanpa perlu sakiti mana-mana pihak, samada ibunya, bayi atau ayah kepada bayi. Sila minta bantuan profesional untuk keputusan yang lebih baik.
Sumber: