Now Reading
Klebang Tempat Viral.

Klebang Tempat Viral.

klebang

Klebang adalah sebuah bandar di negeri melaka yang mempunyai persisiran pantai yang indah dan permukaannya diselaputi oleh lapisan pasir yang putih bersih. Bandar ini juga dikenali sebagai Pantai Klebang.

Antara keistimewaan bandar Klebang adalah ia digelar sebagai  padang pasir putih Malaysia dan padang pasir Klebang, yang mana pasir pantai akan berubah warna seiring waktu terbenamnya matahari.

Cara untuk sampai ke destinasi.

Hanya mengambil masa 10 minit  jika anda memandu daripada Melaka Sentral ke Klebang manakala anda perlu mengambil masa 15 minit jika anda daripada lapangan terbang antarabangsa melaka.

Masalah pengangkutan? Anda jangan risau kerana semua jenis kenderaan pilihan anda seperti teksi, kereta dan bas boleh dinaiki untuk sampai ke destinasi.

Jika anda memilih :

  • Kereta:

Anda akan berasa tenang dan selesa jika anda memandu kereta sendiri kerana ia sangat menjimatkan masa dan kos. Anda tidak perlu menunggu masa yang lama untuk sampai ke destinasi.

  • Bas:

Bas merupakan pengangkutan yang mengenakan kos bayaran tambang murah dan ia akan bergerak dalam masa 2 jam sekali. Jika nasib anda baik, anda akan terus bergerak jika tidak anda perlu menunggu untuk bas seterusnya.

Selain itu, pergerakan bas  sangat terbatas kerana ia hanya akan menurunkan anda di luar sahaja dan ini mungkin akan menyebabkan anda tidak berasa selesa anda perlu berjalan kaki untuk sampai ke situ.

  • Teksi:

Jika anda tidak  selesa untuk beratur panjang dan menunggu bas ,teksi adalah pilihan terbaik dan yang pasti ia menjamin keselesaan anda untuk sampai ke bandar ini.

Jika anda memilih untuk keselesaan maka anda perlu mengeluarkan kos yang tinggi  . Masalah kos adalah perkara kecil jika  anda mempunyai wang lebih untuk di guna.

Masa terbaik untuk mengunjungi Klebang

Klebang merupakan destinasi terbaik untuk dikunjungi kerana ia mempunyai iklim hutan hujan tropika .Malaysia mengalami cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun. Suhu purata harian adalah 26 ° c hingga 30 °.

Antara masa yang terbaik untuk mengunjungi Klebang ketika:

  • Musim panas dan kering

Musim panas dan kering berlaku dalam bulan April, Mei dan Oktober. Suhu purata harian adalah 30 °. Kemungkinan hujan dan kelembapan pada musim ini sangat berkurang .

Anda perlu set kalendar anda bahawa musim tersebut adalah masa yang terbaik dan selamat untuk mengunjungi Klebang.

  • Musim hujan dan lembap

Musim hujan dan lembap berlaku pada bulan Mac-April dan Oktober-November. Pada musim ini, anda tidak digalakkan untuk berkunjung kerana hujan akan turun selebat-lebatnya.

Terpulang pada diri anda ,jika anda sukakan hujan ,anda dibenarkan untuk ziarah. Tetapi perlu diingatkan, anda perlu berhati-hati dengan risiko yang bakal anda hadapi.

Waktu sesuai untuk mengunjungi Klebang adalah waktu petang. Jika anda berhajat untuk mengunjungi destinasi lain, anda disarankan untuk datang pada awal pagi atau lewat petang kerana pada waktu itu sangat menyenangkan dan anda bebas menikmati keindahan tanpa sebarang masalah.

Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Klebang

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh jalankan di Klebang seperti bersantai, berjemur, menikmati keindahan pantai dan menyertai aktiviti sukan air yang mencabar.

  • Bersantai

Jika anda ingin bersantai dan berhibur, anda harus ke Bandaraya Melaka  kerana ia adalah tempat yang paling dekat dengan Klebang untuk anda membeli-belah dan makan-makan.

Selain itu, ia juga boleh mengunjungi taman hiburan, membeli hasil kraf tangan masyarakat tempatan, melawat artifak sejarah peninggalan penjajah dahulu dan juga makanan tradisional.

Anda juga boleh dapat merasai dan menikmati pelbagai jenis masakan kaum di Malaysia yang indah.

  • Berjemur

Pantai Klebang adalah salah satu pantai yang paling popular di Malaysia. Anda bebas untuk melakukan aktiviti santai anda bersama keluarga atau bersama rakan-rakan. Terpulang pada anda jika anda ingin melakukan aktiviti berjemur secara bersendirian pun boleh.

Selepas itu, anda juga boleh menghabiskan masa dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan seperti bermain layang-layang, tempat bermain anak-anak dan menunggang kuda.

Jika anda lapar dan haus, di sana anda juga dapat menikmati makanan tempatan yang terkenal dan menikmati keistimewaan minuman ‘coconut shake’ di tempat ini.

  • Menikmati keindahan pantai

Anda perlu terokai keindahan padang pasir Klebang, juga dikenali sebagai padang pasir putih Malaysia. Lihatlah matahari terbenam yang paling menarik dengan perubahan warna di pemandangan yang menakjubkan ini.

 anda  bebas untuk menikmati keindahan pantai yang tiada tolok bandingannya. Anda harus mengunjungi bukit pasir untuk menikmati latar belakang yang indah dan jangan lupa untuk selitkan gambar sebagai kenangan terindah buat diri anda.

  • Menyertai aktiviti air yang mencabar.

‘Melaka River Cruise’ adalah salah satu cara untuk menerokai warisan, keindahan, dan seni kota melaka. Pelbagai aktiviti juga anda boleh lihat dan lakukan di Klebang .

Tempat yang menarik dan wajib dikunjungi di Klebang.

Klebang terkenal dengan pantai pasir putih dan bukit pasir putih dan menjadikan ia salah satu pantai terindah di Malaysia.

Terdapat beberapa tempat yang menarik dan wajib dikunjungi adalah:

  • Muzium kapal selam

Muzium kapal selam membolehkan anda melihat, meneroka dan mempelajari struktur dan kerja kapal selam.

klebang
  • Bandaraya Melaka

Bandaraya melaka merupakan pusat lokasi menarik Termasuk ‘A’famosa’, Jalan Jonker, Gereja, Dan Muzium.

  • Dataran 1Malaysia

Dataran 1Malaysia adalah mercu tanda terkenal di bandar melaka. Terdapat  angka ‘1’  besar yang menjadi tarikan utama dan dipasang dengan indah di tengah-tengah bandar Klebang .

Tempat penginapan di Klebang

Bandar Klebang mempunyai pelbagai pilihan tempat penginapan bermula daripada  kos mahal hingga mampu milik seperti hotel bintang 5, bintang 3,butik , motel dan asrama.

Semua hotel dan tempat penginapan dilengkapi dengan kemudahan penting seperti penghawa dingin ,wi-fi, tempat letak kereta, kolam dan tempat merokok.

Antaranya :

  1. Casa Bonita
  2. Tube Hotel Melaka
  3. Costa Horizon Suite
  4. Kapitan Kongsi Hotel
klebang

Kesimpulannya, anda menjadikan Klebang salah satu tempat yang anda wajib kunjungi terutama masa cuti persekolahan. Bandar ini mempunyai keajaibannya tersendiri bukan sahaja tempat untuk bersantai malahan bandar semangat mencintai tanah air.

Oleh itu, anda harus ambil peluang keemasan dengan berkunjung ke Klebang sementara kesan tinggalan masih ada.

Sumber:

https://www.thrillophilia.com/attractions/klebang

https://www.propertyguru.com.my/melaka/klebang

https://www.thestar.com.my/metro/views/2018/05/26/pantai-klebang-melaka-offers-beach-picnics-and-other-attractions

error: Content is protected !!