Adakah anda mengetahui apa itu KOSPEN? KOSPEN telah dicetuskan pada Julai 2013 oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia pada ketika itu , Datuk Seri S. Subramaniam.
Nama penuh program KOSPEN adalah Komuniti Sihat Pembina Negara. Usaha program ini diperkenalkan atas tujuan menangani masalah peningkatan bebanan penyakit berjangkit di negara ini.
Tujuan utama inisiatif program ini adalah bagi melakukan transformasi perkhidmatan kesihatan awam agar mutu kesihatan rakyat Malaysia diperkasakan dengan melibatkan masyarakat dalam program kesihatan awam dengan menggabungkan mekanisma kerajaan sedia ada.
Penubuhan functional unit yang terdiri daripada sukarelawan dari kalangan masyarakat di seluruh negara, mereka digelar sebagai Pasukan Gerak Sihat Malaysia atau singkatannya GSiM.
GSiM bertindak sebagai agen kesihatan yang melaksanakan intervensi pencegahan dan kawalan penyakit tidak berjangkit di kediaman masing-masing.
GSiM dilatih oleh pihak KKM bagi menjalankan tugas pendidikan kesihatan, menggalakkan persekitaran serta amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk.
Di samping itu, ujian saringan kesihatan asas dilakukan untuk membuat rujukan kes serta menjalankan intervensi spesifik bagi faktor risiko yang dikenalpasti di kediaman tersebut.
AGENSI dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia
Antara agensi yang mempunyai mekanisme pelaksanaan program di peringkat komuniti dengan kerjasama KKM adalah seperti:
- Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
- FELCRA
- KESEDAR
- KEJORA
- Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN)
Hal ini bagi memastikan kawasan luar bandar dan pinggiran bandar tidak terkecuali daripada menerima pelaksanaan KOSPEN di samping kawasan bandar.
Dianggarkan KOSPEN memberikan manfaat kesihatan kepada sekurang-kurangnya 6 juta penduduk Malaysia. Aktiviti saringan dilakukan melibatkan penduduk dewasa yang berusia 18 tahun ke atas bagi menjalani:
- Pemeriksaan tekanan darah
- Paras glukosa drah
- Indeks jisim tubuh
- Pengesanan status merokok
Kes yang memenuhi kriteria risiko yang telah ditetapkan akan dirujuk ke:
- Klinik kesihatan berdekatan untuk ujian pengesahan
- Rawatan dan lawatan susulan
Konsep daripada masyarakat kepada masyarakat ini dilihat sebagai alternatif KKM untuk penyampaian menyeluruhan serta dekat pada masyarakat. Perkhidmatan kesihatan dibawah kepada masyarakat agar pencegahan dan kawalan penyakit dan faktor risiko penyakit tidak berjangkit dapat dicapai.
KKM hanya membekalkan latihan teknikal, peralatan teknikal saringan pelaksanaan aktiviti dengan bantuan agensi rakan kongsi sedia ada menjalankan program dengan bantuan sukarelawan.
Hasilnya, pelaksanaan program ini membolehkan lebih ramai rakyat mendapat faedah kesihatan secara langsung dengan pelaksanaan KOSPEN.
Intervensi Faktor Risiko Penyakit Tidak Berjangkit Dalam Komuniti
Intervensi ini dilakukan bagi mengalakkan dan memperkasakan rakyat Malaysia dengan amalan gaya hidup sihat melalui :
- saringan kesihatan
- amalan pemakanan sihat
- hidup yang aktif
- pengurusan berat badan
- tidak merokok
Tingkah Laku Yang Ingin Dicapai Melalui Intervensi
SKOP | TINGKAH LAKU YANG INGIN DICAPAI |
---|---|
Ketahui tentang status kesihatan anda | Pemeriksaan BMI, tekanan darah dan kandungan gula dalam darah. Penggunaan diari kesihatan untuk memantau kesihatan diri. |
Makan secara sihat | Mengamalkan budaya untuk tidak mengambil atau terhadkan pengambilan gula dan susu daripada minuman panas. Mengalakkan budaya pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran. Mengamalkan buday minum air kosong secukupnya. |
Hidup yang aktif | Mewujudkan trek 10,000 langkah dalam sesebuah komuniti atau kampung agar budaya kekal aktif diamalkan. |
Pengurusan berat badan | Melakukan pemeriksaan BMI secara tetap dan berkala agar berat badan sentiasa terurus. |
Tidak merokok | Penguatkuasaan atau pelaksanaan kawasan bebas asap rokok di masjid, sekolah, semasa majlis rasmi serta majlis keramaian. |
Media Pendidikan Kesihatan KOSPEN
Ini merupakan media pendidikan kesihatan yang diwujudkan oleh KOSPEN.
Makan Secara Sihat
Masyarakat didedahkan dan digalakkan mengetahui bahaya pengambilan lemak dan garam berlebihan bagi mencapai skop ini.
Hidup Yang Aktif
Mengalakkan aktiviti fizikal dikalangan masyarakat seperti menaiki tangga, menyapu, mengemop, mengemas rumah, membasuh kereta serta berkebun. Masyarakat juga digalakkan untuk bersenam bagi membakar kalori serta mengelakkan daripada menghidapi penyakit tidak berjangkit.
Pengurusan Berat Badan
Berat Ideal diperkenalkan agar masyarakat cuba mencapai berat badan ideal dengan didedahkan tentang pengiraan indeks jisim tubuh. Dengan mengamalkan makan secara sihat serta hidup yang aktif pastinya masyarakat dapat memperolehi berat badan yang ideal.
Tidak Merokok
Masyarakat didedahkan tentang bahaya rokok dan memperluaskan kawasan larangan merokok bagi membedung gejala merokok. Masyarakat juga didedahkan dengan tips untuk berhenti merokok agar skop ini dapat dicapai dan dilaksanakan.
SUMBER