Ar Rahnu telah dicadangkan oleh The Malaysian Islamic Economic Development Foundation (YPEIM). Kemudian, pada 1992, kedai Ar-Rahnu yang pertama telah ditubuhkan 1992 oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang kemudiannya diamanahkan kepada koperasi untuk urusan pentadbiran dan pengendalian cawangan-cawangan yang lain.
Koperasi Bank Rakyat menjadi koperasi pertama yang menjalankan Ar-Rahnu iaitu pada Oktober 1993 dengan kerjasama YPEIM. Hingga 2004, terdapat 22 koperasi terlibat dalam perniagaan ini dengan 125 pusat di seluruh negara manakala 100 pusat sahaja dimiliki oleh Bank Rakyat.
Dalam agama islam, bunga atau faedah itu adalah suatu yang haram. Jadinya, ramai muslim yang enggan menyimpan dalam bank.
Namun, budaya penyimpanan dalam bentuk emas juga sentiasa menjadi pilihan ramai. Muslim mempunyai pilihan yang terhad jika difikirkan tentang bunga atau faedah menyimpan. Oleh itu, adanya kemudahan ini untuk para muslim.

Konsep
Dalam Islam, Ar-Rahnu ialah pajak gadai untuk pinjaman bercagaran jangka pendek yang sesuai dengan peraturan islam.
Berikut adalah 3 Konsep Ar-Rahnu:
- Qardhul Hasan – Peminjam hanya perlu membayar jumlah yang dipinjam
- Ar-Rahnu dan Al-Wadi’ah – Peminjam diminta meletakkan aset berharga sebagai jaminan untuk mendapatkan pinjaman dan untuk memastikan pembayaran (seperti pinjaman gadai geran perumahan)
- Al-Ujrah – Pemberi pinjaman dibenarkan mengenakan yuran untuk penyimpanan barang yang digadai
Mekanisma Ar-Rahnu di Malaysia
Dalam Ar-Rahnu, hanya emas dan perhiasan emas yang boleh digadaikan. Sesiapa pun boleh buat gadaian termasuklah warga tempatan, warga asing dan orang islam mahupun bukan islam. Peminjam mempunyai pilihan sama ada bayaran secara ansuran atau bayaran sekaligus.
Tempoh pinjaman antara 1-6 bulan. Namun, jika peminjam tidak dapat membayar balik pinjaman, ada kemungkinan diberikan perpanjangan hingga 3 bulan. Sekiranya peminjam masih tidak dapat membayar balik pinjaman, barang yang digadaikan akan dilelong dan sebarang lebihan jumlah yang belum dibayar dan caj akan dikembalikan kepada peminjam.
Selain itu, kemudahan pajak gadai ini juga tidak mempunyai unsur riba dan gharar. Seperti yang dipersetujui dalam perjanjian, peminjam hanya perlu membayar prinsipal ditambah dengan wang simpanan semasa tarikh matang.
Secara amnya, margin kewangan adalah dari minimum RM100 hingga 60-70% dari nilai emas. Ar-Rahnu memperoleh keuntungan daripada upah simpanan iaitu servis menyimpan emas penggadai tanpa mengenakan faedah ke atas pinjaman yang diberikan.
Di mana untuk mendapatkan kemudahan Ar Rahnu di Malaysia?
Kemudahan ini boleh dibuat di dua jenis agen iaitu Bank atau bukan Bank seperti berikut.
Bank:
- RHB
- CIMB
- Bank Rakyat
- Bank Islam
- Agrobank
- Bank Muamalat
Bukan Bank:
- Pos Malaysia
- YBU-YaPEIM
- Public Gold
- Ar-Rahnu X’change
Kelebihan
Berbanding dengan pajak gadai konvensional kedai dan pinjaman peribadi tanpa jaminan, Ar-Rahnu mempunyai beberapa kelebihan tertentu.
- Tiada bunga/riba/faedah
- Faedah adalah haram dalam Islam. Hanya bayaran simpanan seperti yang dipersetujui akan dikenakan pada barang yang dijanjikan.
- Nilai gadai yang munasabah
- Walaupun Pajak Gadai 1972 tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai barang yang digadaikan , seseorang masih boleh mengharapkan nilai gadai yang wajar dari broker gadai yang dilembagakan
- Barang yang digadaikan akan berada dalam keadaan yang sama seperti sebelumnya
- Apabila barang ditebus, tidak akan ada masalah seperti rantai emas yang lebih pendek atau lebih ringan, yang kadang-kadang boleh berlaku dengan broker gadai konvensional
- Lebihan akan dikembalikan
- Sekiranya harga jualan melebihi baki hutang, lebihan akan dikembalikan
- Pemberitahuan Lelong
- Sekiranya peminjam tidak dapat membayar hutang, mereka akan diberitahu mengenai caj dan penjualan paksa
Akhir Sekali,
Sebagai seorang muslim, Ar-Rahnu adalah pilihan pajak gadai tanpa riba yang terbaik untuk anda. Ianya juga alternatif yang lebih murah berbanding pinjaman peribadi sekiranya anda mencari pinjaman jangka pendek dan mempunyai perhiasan emas.
Namun, pinjaman peribadi mungkin lebih sesuai jika anda memerlukan pinjaman jangka panjang tanpa jaminan.
Sumber:
http://e-muamalat.islam.gov.my/images/pdf-bahan-ilmiah/arrahnu_brakyat._melayu.pdf
https://loanstreet.com.my/learning-centre/ar-rahnu-islamic-pawn-broking-in-malaysia