Now Reading
Kuah: 3 Resepi Kuah Masakan Melayu

Kuah: 3 Resepi Kuah Masakan Melayu

kuah

Kuah masakan melayu memang pekat dan penuh dengan rasa. Resepi masakan melayu berkuah sememangnya lazat dan enak dimakan tidak kira waktu. Di bawah ini terdapat 3 resepi kuah masakan melayu yang wajib anda cuba!

1. Laksa Penang Kuah Nanas

Bahan kisar A

  • 5 biji bawang merah
  • 5 hingga 10 cili padi, buang tangkai
  • 16 biji cili kering, buang biji dan rebus
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan air

Bahan-bahan kisar B

  • Isi 3 ekor ikan kembung
  • 1 cawan air rebusan ikan kembung
  • Asam keping dari ikan rebus

Bahan-bahan kisar C

Bahan-bahan kisar D

  • Tulang-tulang ikan
  • 1/2 cawan air rebusan ikan

Bahan-bahan kisar E

  • 1/4 biji nanas
  • 1/2 cawan air

Bahan-bahan Perasa Kuah

  • 1-2 kuntum bunga kantan, belah 4
  • 1 ikat daun kesum
  • seketul belacan bakar, agak-agak sebesar ibu jari
  • 1 ketul kecil gula melaka
  • Boleh letak petis kalau suka

Bahan-bahan Ulam

  • Daun salad
  • Nenas potong kecil
  • Cili padi dan cili merah
  • Bawang besar
  • Daun selom
  • Timun
  • 3 biji telur rebus
  • Segengam daun pudina
  • 2 biji asam limau nipis

Kaedah Penyediaan:

  • Rebus ikan kembung bersama asam keping dan air secukupnya dalam anggaran 10 minit atau sehingga ikan masak dan kemudian sejukkan.
  • Ambil ikan, asingkan bahagian isi dan tulang. simpan air rebusan dan asam keping.
  • Kisar halus bahan-bahan A, B, C, D, E. Untuk Bahan D, tapis dan ambil airnya sahaja.
  • Masukkan 1/2 liter air dalam periuk dan masak hingga mendidih.
  • Masukkan bahan kisar halus A, B, C, D, E.
  • Tambah bunga kantan, daun kesum, belacan bakar, petis, garam dan gula melaka secukup rasa.

Cara-Cara Untuk Rebus Laksa

  • Rendam dalam air selama 1/2 jam kemudian masukkan kedalam air mendidih, bila laksa sudah lembut, angkat dan sejatkan.

Cara-Cara Untuk Sediakan Ulam

  • Hiris nipis daun salad atau daun selom, timun, bawang besar, cili padi, cili merah, pudina dan nenas.
  • Rebus telur, kupas kulit dan belah 2.
  • Potong limau nipis.
  • Laksa sedia untuk dihidangkan.

2. Kuah Durian

Bahan-bahan:

  • 10 ulas durian
  • 1/2 cawan santan
  • 3 sudu besar gula perang
  • Secubit garam
  • Sehelai daun pandan (carik-carik dan simpulkan)
  • 3 cawan air

Kaedah Penyediaan:

  • Masukkan durian, gula perang, air dan daun pandan masak dengan api sederhana.
  • Masakan hingga gula dan durian sebati dan cair.
  • Masukkan santan serta garam kacau sebati sehingga mendidih dan kuah agak pekat sikit. Bila dah pekat boleh lah tutup api dan hidangkan.

3. Mee Kuah Ketam dan Isi Udang Lipan

Bahan-bahan:

  • 1 paket mee kuning

Kuah:

  • 8 ekor ketam
  • 200 gram isi udang lipan
  • 2 biji kentang
  • 1 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 15 biji cili kering
  • 3 biji bawang besar
  • 1 batang lobak merah
  • 6 batang putik jagung
  • 1 keping fishcake
  • 7 biji fishball
  • 1 senduk minyak masak
  • 1 sudu besar garam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil serbuk perasa

Ulaman:

  • 100 gram taugeh
  • 4 tangkai daun sup & bawang
  • 4 helai sawi
  • 100 gram bawang goreng
  • 5 biji limau kasturi

Sudahkah anda membuat keputusan untuk mencuba resepi yang mana hari ini? Sekiranya anda mengikut dengan teliti resepi yang diberikan nescaya masakan anda akan menjadi dan berasa sedap. Selamat mencuba!

Sumber:

https://cookpad.com/my/search/kuah?page=2

https://www.enyabdullah.com/2017/04/mee-kuah-udang-lipan.html

https://resipicitarasawan.blogspot.com/2018/08/laksa-asam-nenas-ikan-seekor.html

error: Content is protected !!