Kuantan Pahang, ibu negeri Pahang Darul Makmur yang pastinya mempunyai banyak tarikan pelancongan sama seperti negeri-negeri yang lain.
Setiap kali anda bercakap tentang tempat menarik di Kuantan, Pahang, pasti anda hanya membayangkan Teluk Cempedak dan Pantai Cherating sahaja, kan? Sebenarnya bukan itu sahaja, ada banyak tempat menarik yang anda boleh kunjungi disini.
Yang pastinya, ia memberikan percutian yang baharu jauh dari percutian di tempat-tempat kebiasaan seperti Penang, Cameron Highlands dan Ipoh. Adakah anda mempunyai perancangan untuk bercuti disini? Jika ya, teruskan membaca kerana kami kongsikan 8 tempat menarik di Kuantan, Pahang untuk anda lawati.
Berikut adalah beberapa tempat menarik di Kuantan Pahang yang anda boleh jadikan sebagai panduan apabila bercuti. Semasa bercuti disini, pastikan anda melawati semua tempat-tempat menarik seperti dibawah ini.
1. Time Capsule Retreat Kuantan Pahang
Pernahkah anda menginap di tempat ‘hipster’ tetapi santai? Sekiranya belum , Time Capsule Retreat adalah pilihan yang tepat. Penginapan unik ini terletak di Sungai Lembing, iaitu pekan kecil yang terkenal dengan aktiviti perlombongan tin suatu ketika dulu.
Jika anda seorang yang tidak kisah dan ingin mencuba sesuatu baharu, bermalam di Time Capsule Retreat akan memberikan pandangan berbeza kerana konsepnya adalah untuk anda berehat di dalam sambil memandang ke arah pemandangan tropika yang cantik.
Jangan risau kerana fasiliti sangat cukup dan lengkap untuk para pengunjung. WIFI juga disediakan!
Kos: RM125 – 1 malam 2 orang dewasa
Lokasi: Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang, Malaysia
Tarikan Utama: Tenang dan Nyaman
2. Bukit Panorama Sungai Lembing
Adakah anda seorang pendaki dan sukakan aktiviti pendakian? Bukit Panorama Sungai Lembing adalah salah satu tempat menarik yang memberi peluang kepada anda untuk mendaki. Terletak tidak jauh dari pekan Sungai Lembing, bukit ini menjanjikan anda pemandangan indah dan memukau. Jika berada di puncak, anda boleh melihat keseluruhan kawasan kampung Sungai Lembing.
Tidak terlalu mencabar kerana dijaga dengan baik dari segi keselamatan dan persekitaran menjadikan Bukit Panorama sangat sesuai untuk anda yang baru mencuba aktiviti pendakian. Yang paling menarik, anda boleh melihat matahari terbit dan matahari terbenam dengan jelas di atas puncak.
Kos: Percuma
Lokasi: Kampung Kuala Kenau, 26200 Sungai Lembing, Pahang, Malaysia
Tarikan Utama: Pemandangan yang indah
3. Kelip-kelip di Sungai Cherating Kuantan
Kuantan adalah tempat yang sangat terkenal dengan paya bakau yang juga merupakan salah satu mercu tanda untuk melihat keajaiban alam iaitu kunang-kunang. Kebanyakan pelancong warga asing yang datang adalah semata-mata untuk melihat jutaan cahaya kelip-kelip.
Disini, lawatan hanya terhad selama 1 jam bermula pada waktu malam dan waktu operasi dari 7.30 malam hingga 9.30 malam.
Kos: RM35 orang dewasa, RM25 untuk seorang kanak-kanak
Lokasi: Jalan Tanah Putih, Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang, Malaysia
Tarikan Utama: Keajaiban Kunang-kunang
4. Mini Zoo Taman Teruntum
Adakah anda mencari tempat menarik untuk menggembirakan hati anak-anak anda? Mini Zoo Taman Teruntum adalah salah satu pendedahan awal berkenaan haiwan pada kanak-kanak.
Secara tidak langsung, minda kanak-kanak turut berkembang melihat hidupan liar dan jinak di depan mata sambil belajar kenal jenis binatang. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa aktiviti lain seperti menyewa basikal untuk bersiar-siar atau menaik kereta.
Kos: RM 4 untuk orang dewasa, RM2 untuk kanak-kanak
Lokasi: Jalan Padang Golf, 25050 Kuantan, Pahang, Malaysia
Tarikan Utama: Hidupan liar
5. Muzium Sultan Abu Bakar
Salah satu tempat menarik di Kuantan, Pahang adalah berkunjung ke Muzium Sultan Abu Bakar. Anda akan menemui pelbagai koleksi yang lama termasuk artifak milik sultan Pahang. Bukan itu sahaja, juga terdapat foto keluarga Sultan termasuk gambar perkahwinan dan masa kecilnya.
Ini adalah tempat yang bagus untuk anda meluangkan masa untuk mempelajari sejarah Kuantan. Sudah puas meninjau di bahagian luar, mari kita masuk ke bahagian dalam tetapi ada bayaran tertentu:
- Warganegara Malaysia RM 5.00
- Pahang RM 4.00
- Bukan warganegara RM 16.00
- Kanak-kanak (12 tahun dan kebawah) dan OKU: Percuma
Lokasi: Kampung Pancur, 26600 Pekan, Pahang, Malaysia
Tarikan Utama: Sejarah & koleksi peninggalan Sultan Pahang
6. Kilang Keropok Lekor
Keropok Lekor atau dikenali sebagai sosej ikan adalah hidangan popular yang digemari oleh penduduk tempatan. Jika anda ingin mempelejari sesuatu benda baharu, anda boleh pergi ke Kilang Keropok Lekor yang mempamerkan bagaimana proses pembuatan keropok lekor dibuat. Anda dapat menyaksikan keseluruhan proses memasak dari awal hingga akhir.
Lokasi: Kampung Peramu Hulu, 26060 Kuantan, Pahang, Malaysia
Tarikan Utama: Proses pembuatan makanan ringan
7. Pantai Teluk Cempedak, Kuantan Pahang
Tidak asing lagi, Teluk Cempedak Kuantan terkenal dengan pantainya yang cantik dan keindahan panoramanya yang memukau. Lagi-lagi ketika matahari terbenam. Terletak hanya kira-kira 5 km dari bandar Kuantan, anda boleh pergi menaiki kereta atau menggunakan pengangkutan awam.
Percayalah, anda akan jatuh cinta saat pertama kali pergi ke pantai ini dan asyik dengan keindahan pokok pine, pasir putih, longgokan batu-batuan yang unik dan angin yang mendamaikan. Selain dapat menikmati kecantikan pantai, anda juga berpeluang merasai kedamaian dan ketenangan daripada hutan-hutan yang berhampiran.
Kos: Percuma
Lokasi: Pantai Teluk Cempedak 25050, Pahang, Malaysia
Tarikan Utama: Panorama dan pantai yang cantik
8. Masjid Sultan Ahmad Shah
Salah satu perkara terbaik yang boleh dilakukan di Kuantan ialah mengunjungi masjid yang indah ini atau disebut sebagai Muzium Negeri Pahang. Seni bina masjid yang menakjubkan ini banyak diilhamkan dari zaman Uthmaniyyah-Moor. Kubah pusatnya besar dan terdapat empat kubah kecil dan menara lain yang berbentuk seperti roket.
Kos: Tanpa bayaran masuk
Lokasi: Jalan Mahkota, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia
Tarikan Utama: Seni bina
Adakah anda sudah jatuh cinta dengan tempat-tempat menarik di Kuantan, Pahang walaupun baru sahaja memikirkannya? Jadi, sekiranya anda bercadang untuk berkunjung ke Kuantan pastikan anda telah menambahkan tempat-tempat ini dalam senarai anda.
Kami pasti anda akan pulang ke rumah dengan rasa yang menggembirakan dan menyenangkan selepas balik dari Kuantan Pahang. Jangan lupa kongsikan pengalaman anda dengan kami tentang percutian di Kuantan Pahang.
Sumber:
https://traveltriangle.com/blog/things-to-do-in-kuantan-malaysia-bdp/
https://www.holidify.com/places/kuantan/
https://funntaste.com/kuantan-10-amazing-places-to-visit-airasia/