Kudis Buta bukanlah satu jangkitan tetapi ia adalah sejenis serangan hama. Sejenis hama kecil yang dipanggil Sarcoptes Scabiei akan menebuk satu lapisan ‘terowong’ di luar kulit manusia. Kulit biasanya tidak dapat bertoleransi dengan serangan hama tersebut. Apabila hama tersebut bertelur dalam kulit, serangan itu mengakibatkan kesan seperti gatal-gatal yang tidak berhenti dan ruam berwarna merah menyala.
Simptom Kudis Buta
Apabila seseorang diserang Kudis Buta buat kali pertama, ia boleh mengambil masa selama empat hingga enam minggu untuk kulit bertindak balas terhadap serangan tersebut. Simptom yang paling biasa ditunjukkan adalah seperti:
- Gatal-gatal yang teruk berlaku terutamanya pada waktu malam
- Muncul ruam seperti jerawat
- Kehadiran luka-luka atau bisul yang melepuh
- Luka yang disebabkan oleh tabiat menggaru kawasan kudis
Punca Kudis Buta
Kudis Buta adalah kesan daripada serangan hama kecil yang mempunyai lapan kaki. Pepijat ini sangat kecil sehingga anda tidak dapat melihatnya dengan pada kulit anda, tetapi anda dapat merasa kesannya ke atas kulit anda.
Hama akan membuat sarang di lapisan kulit yang paling atas untuk hidup dan makan. Hama betina akan bertelur pada lapisan kulit. Kulit anda bertindak balas terhadap hama tersebut dan sisa buangannya, mengakibatkan anda mengalami ruam merah yang gatal.
Hama ini mudah dijangkiti daripada individu lain melalui sentuhan kulit ke kulit secara langsung, yang merupakan cara utama jangkitan hama yang mengakibatkan serangan Kudis Buta. Hama juga boleh disebarkan melalui permukaan barang yang dicemarinya seperti:
- Perabot
- Pakaian
- Tempat tidur
Penggunaan kemudahan awam juga boleh menyebarkan jangkitan hama antara manusia. Ini termasuklah tempat-tempat awam seperti nurseri atau rumah penjagaan lanjutan.
Diagnosis Kudis Buta
Doktor mungkin dapat mendiagnosis penyakit ini hanya dengan melakukan pemeriksaan fizikal pada kawasan kulit yang terjejas. Dalam sesetengah kes, doktor akan mengeluarkan hama dari kulit anda menggunakan jarum untuk mengesahkan diagnosis dengan lebih tepat.
Sekiranya hama tidak dapat dijumpai dengan mudah, doktor akan mengikis sebahagian kecil kulit untuk mendapatkan sampel tisu. Sampel ini kemudiannya akan diperiksa di bawah mikroskop untuk mengesahkan kehadiran hama Kudis Buta atau telurnya.
Ujian dakwat Kudis Buta (atau Ujian Dakwat Burrow) boleh membantu mengesan jejak tebukan hama Kudis Buta pada kulit anda. Untuk melakukan ujian ini, doktor akan menitiskan dakwat daripada pena dakwat basah ke kawasan kulit yang dijangkiti. Kemudiannya, doktor akan membersihkan dakwat tersebut dengan mengelapnya.
Mana-mana dakwat yang jatuh ke dalam terowong tebukan hama akan kekal dan menjadi jelas kepada mata kasar. Ini merupakan tanda yang jelas anda telah diserang hama Kudis Buta.
Rawatan Kudis Buta
Rawatan penyakit ini melibatkan penghapusan serangan menggunakan ubat-ubatan. Beberapa krim dan losyen yang merawat Kudis Buta boleh didapati melalui preskripsi doktor.
Doktor anda mungkin akan meminta anda menyapu ubat pada seluruh tubuh anda, dari leher ke bawah dan biarkan ubat di badan anda selama sekurang-kurangnya lapan hingga 10 jam. Sesetengah rawatan memerlukan aplikasi kedua, dan rawatan perlu diulangi jika terowong tebukan hama dan ruam baru muncul.
Memandangkan masalah Kudis Buta boleh merebak dengan begitu mudah, doktor mungkin akan mencadangkan rawatan dijalankan kepada semua ahli keluarga atau seisi rumah dan kenalan rapat anda, walaupun mereka tidak menunjukkan tanda-tanda serangan Kudis Buta.
Ubat-ubatan yang biasa ditetapkan untuk merawat Kudis Buta termasuklah:
- Krim Permethrin (Elimite). Permethrin adalah sejenis krim topikal yang mengandungi bahan kimia yang membunuh hama Kudis Buta dan telurnya. Ia selamat untuk digunakan oleh individu dewasa, wanita hamil, dan kanak-kanak berumur 2 bulan ke atas.
- Losyen Lindane. Ubat ini, yang juga merupakan rawatan kimia, disyorkan hanya untuk individu yang tidak boleh bertolak ansur dengan rawatan lain yang diluluskan atau rawatan lain yang tidak memberi kesan kepadanya. Ubat ini tidak selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak yang berumur kurang dari 10 tahun, wanita hamil atau menyusu, atau sesiapa yang beratnya kurang daripada 110 paun (50 kilogram).
- Crotamiton (Eurax). Ubat ini boleh didapati dalam bentuk krim atau losyen. Ia digunakan sekali sehari selama dua hari. Ubat ini tidak selamat digunakan oleh kanak-kanak, individu dewasa berumur 65 tahun ke atas, atau wanita yang mengandung atau sedang menyusukan anak. Kegagalan rawatan juga kerap dilaporkan dengan penggunaan crotamiton.
- Ivermectin (Stromectol). Doktor mungkin akan menetapkan ubat oral ini untuk individu yang mengalami sistem imun yang diubah, individu dengan Kudis Buta yang kering, atau individu yang tidak bertindak balas terhadap rawatan losyen dan krim preskripsi. Ivermectin tidak disyorkan untuk digunakan oleh wanita yang mengandung atau sedang menyusukan anak, atau kanak-kanak yang beratnya kurang daripada 33 paun (15 kilogram).
Walaupun ubat ini membunuh hama dengan segera, anda mungkin mendapati bahawa gatal-gatal tidak akan berhenti sepenuhnya selama beberapa minggu.
SUMBER
https://www.healthline.com/health/scabies
https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/ss/slideshow-scabies-overview